Sunday, November 16, 2008
Toy Museum, Penang
Sebelum balik sempat singgah di Toy Museum yang terletak betul-betul di hadapan Hotel Copthorne Orchid. Bayaran masuk adalah RM10.00 bagi dewasa dan kanak-kanak RM6.00 dan untuk pelancong asing pula bayarannya adalah berganda. Muzium ini dikatakan mempunyai koleksi barang mainan yang terbesar seumpamanya iaitu lebih kurang 100,000 dan bernilai lebih RM20 juta. Telah mencatat 2 rekod dalam The Malaysia Book of Records untuk muzium permainan pertama di Malaysia dan koleksi terbesar permainan dan figura.
Muzium ini seluas 650 meter persegi. Muzium ini di bahagikan kepada beberapa bahagian seperti the Chamber of Horror, Hall of Celebrities, Field of Combats, Chamber of Monsters, Chamber of Comic Book Heroes, Hall of Virtual Reality, Hall of Robots, Hall of Rock Legend, Hall of Cartoons, Hall of Mythical Monsters dan seksyen khas untuk peminat koleksi Star Wars.
Robot berwarna oren ini adalah koleksi yang termahal iaitu RM9,000 dan ketinggian robot Gundam dari Jepun ini adalan 1.8m. Sebelah robot tu adalah Jack Sparrow dari cerita Pirate of The Carribean, saiznya sebesar manusia. Begitu juga Superman dan Spiderman di bawah. Koleksi sentiasa ditambah dari masa ke semasa termasuk watak-watak baru dari filem.
Apa saja watak kartun dan filem boleh didapati dalam muzium ini. Kalau bawa kanak-kanak mungkin ada yang tak nak balik kot. Bagi yang dewasa mungkin bila masuk ke sini teringat la zaman kanak-kanak kita dulu. Kan orang kata dalam diri setiap orang itu ada kanak-kanak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Toy Museum tu saya sempat jenguk dari luar jer.. Nak masuk, teringat anak-anak yang tak penah ke sini. Lain kali lah..
Lain kali bawa anak-anak sekali untuk lawat muzium nie, mesti dia orang suka
Post a Comment