Wednesday, February 17, 2010

Mana Perginya Masa???

Salam semua.... Banyak yang nak dicoret tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Banyak yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Sedang mencari-cari masa dan ketika yang sesuai untuk mencoret sesuatu di sin.

Thursday, February 11, 2010

Cuti Hujung Minggu

Salam semua... Hari Ahad nie bangsa Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina di mana tahun ini adalah tahun Harimau. Jadi sekolah akan bercuti selama 4 hari sahaja dari Sabtu hingga Selasa, tidak seperti sekolah lain yang mungkin bercuti selama 9 hari... Apa pun, walau hanya 4 hari bersyukur sangat, lepas jugak sedikit sebanyak tekanan kerja kalau ada... dan boleh la bercuti. Untuk hujung minggu nie ada 2 program yang akan dihadiri, satu kenduri kawin sepupu di Kuala Selangor pada hari Sabtu dan juga reunion dengan kawan-kawan sekolah yang akan diadakan di Taiping pada hari Isnin. Tak sabar pulak nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa sejak tamat zaman persekolahan... Nanti kalau tak ada aral mungkin boleh diletak entry tentang program yang dihadiri ini.

THE TIGER
2010, 1998, 1986, 1974, 1962, 1950

Selamat bercuti...

Tuesday, February 9, 2010

...

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari...
Dia datangkan petir dan kilat...
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar...
Rupa-rupanya... Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

Monday, February 8, 2010

Abah

Salam semua.... Cepat betul masa berlalu... rasanya seperti baru semalam menerima panggilan dari Abang Nan memberitahu abah kurang sihat. Masa tue lebih kurang pukul 11.30 malam. Terus telefon adik-beradik yang lain untuk beritahu tentang keadaan abah. Hari ini 8 Februari cukup sebulan abah pergi meninggal kami anak-anaknya. Abah pergi dalam usia 81 tahun pada tarikh 8 Januari 2010, 10 hari sebelum tarikh emak pergi meninggalkan kami 6 tahun yang lalu pada 18 Januari 2004.
Kali ni cuma nak letak gambar-gambar keluarga lama yang ada dalam simpanan. Bila ada masa terluang yang sedikit ini, cuba untuk scan balik gambar-gambar lama. Banyak jugak dalam simpanan, jadi untuk pertama kali nie hanya beberapa keping gambar dahulu yang discan. Gambar mula-mula tue adalah gambar emak dan abah masa tinggal di Cameron Highland dan yang kedua selepas pindah ke Taiping (Gambar nie rosak sikit). Masa nie saya telah pun dilahirkan.
Gambar di atas pula masa abah menghadiri satu majlis kenduri. Masa muda-muda adalah gambar abah berbaju melayu dan bersamping. Bila dah semakin meningkat usia, abah banyak berbaju melayu dan berkain pelikat saja terutama ke masjid.
Abah begitu rajin melayan karenah anak-anaknya semasa kecil, sebab tue la sebelum pergi kerja abah akan pusing dulu kawasan kuarters tentera tempat tinggal kami untuk bawa anak-anaknya berjalan-jalan sebelum ke tempat kerja. Dalam gambar di atas abah dengan Abang Nan di belakang dan Mee menunggang motor Vespa AD7995.
Gambar nie pula gambar abah semasa di Kinabalu National Park pada 26 April 1971 (maklumat nie ada tertera di belakang gambar). Abah pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak tapi emak dan anak-anak tinggal di Perak sebab anak-anak yang ramai dan masih bersekolah.

Abah memang suka bergambar sebab tue la gambar abah ada banyak dalam simpanan. Masih saya ingat lagi, saya memang suka untuk mengumpul dan meletakkan gambar-gambar ini dalam album, siap beli album gambar untuk simpan gambar-gambar keluarga. Mungkin sebab minat dengan sejarah dan sekarang mengajar sejarah kot... jadi memang minat sangat untuk simpan gambar-gambar sebagai kenanagan...

Al-Fatihah untuk Abah dan Emak....

Sunday, February 7, 2010

Perasan Tak???

Salam semua.... Anda semua perasan tak semakin hari, masa berlalu semakin cepat. Pejam celik, pejam celik dah seminggu. Esok dah Isnin kena kerja semula untuk menghadapi para pelajar dan tugasan yang tak pernah selesai. Rasanya macam baru sahaja menyambut tahun baru, sekarang dah masuk pertengahan bulan Februari. Esok jugak genap sebulan Abah pergi dan menjadikan aku anak yatim piatu... (nanti la nak buat entry tentang Abah). Secepat itu jugaklah usia kita meningkat, bermakna kita semakin hari menghampiri mati. Ngerikan..................!
Marilah kita sama-sama memantapkan persediaan ke sana.

Saturday, February 6, 2010

Saya Masih Di Sini

Salam semua.... Lamanya tidak menjenguk ke sini... Entah kenapa perasaan malas untuk menaip sesuatu walaupun hanya sebaris ayat begitu menjadi-jadi. Bukan tidak ada cerita atau khabar yang boleh dicoretkan, tapi tue la bila lama dibiarkan idea dan cerita-cerita semua lari begitu saja. Akhirnya malu nak menjenguk ke sini tambahan pula entry yang terakhir bertajuk "Saya kembali..." tapi setakat itu sahaja.... Ada jugak yang bertanya bila nak update blog?? dan jawapannyer sentiasa, memang nak update tunggu masa rajin sampai.... Adakah masanya telah sampai kini???? Masa dan keadaan yang menentukan...
http://www.mentecapta.blogger.com.br/The%20Sad%20Clown.jpg