Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Tahun baru merupakan sempadan masa yang memisahkan antara satu detik dengan detik yang lain. Cuba kita hayati kata-kata di bawah ini semoga dapat sedikit sebanyak memberi keinsafan kepada kita dalam mengharungi tahun hijrah 1430 dan tahun masihi 2009.
Mungkin kapas yang yang akan membuat kain kapan kita telah dituai.
Dan telah dipintal menjadi benang.
Dan ditenun untuk menjadi kain kapan kita dalam tahun 2009.
Mungkin juga kain kapan yang akan kita gunakan telah berada di kedai kain dalam daerah kita. Menunggu masa kematian kita sahaja, agar dapat dibeli.

Kalau kita tahu ladang kapas yang mana, sudah tentu kita akan berusaha untuk membeli ladang tersebut.
Dan kita akan menggantikannya dengan tanaman jagung.

Tapi, mungkin juga kematian kita kerana tercekik tongkol jagung dari ladang kita di luar negeri..

ladang kapas

Cikgu Mazlinawati Berpindah ke Cangloon

Hari ini seperti semalam ada mesyuarat di sekolah yang perlu dihadiri. Pukul 4.50 pagi tadi terima sms dari Maz mengatakan dia akan berpindah pada pukul 9 - 10 pagi hari ini. Oleh kerana mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi maka dalam pukul 8.15 pagi, pergi ke rumah Maz untuk bertemu sebelum dia berpindah ke Cangloon, Kedah mengikut suaminya yang bertugas di UUM. Masa sampai, Maz dan suami baru sampai dari Bidor dan lori akan sampai pada pukul 9.00 pagi.
Maz nie rajin memasak dan menjemput kawan-kawan makan bersama, kerana dia tak lalu nak makan kalau makan sorang-sorang, betul ke Maz? Iye la lepas kawin suami dia masih lagi belajar di UPM. Saya adalah antara orang yang selalu dijemput untuk makan-makan, hhmmm kenyang la bila makan di rumah dia kerana saya la yang selalu disuruh menghabiskan makanan ( tak baik membazirkan.... hehehe...). Gambar atas nie Maz dengan Maznah antara orang yang juga selalu dijemput makan. Lepas nie sapa pulak nak jemput saya makan di rumah??? Maznah, ajak-ajak la akak ye lepas nie datang rumah. (Hehehe tak malu kan ajak diri sendiri...)
Dari kiri Maznah, Nurul dan Mazlinawati atau di sekolah lebih dikenali dengan panggilan Maz. Dia akan berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Alor Setar mulai tahun 2009. Maka kami kehilangan seorang lagi kawan yang baik dan prihatin. Semoga dia berjaya di sekolah dan tempat baru, bila balik ke Bidor singgah-singgah la Manjung ye.

Ramai yang berpesan pada Maz teruskan blog kerana ini satu cara untuk tau perkembangan diri dan do keep in touch. Walaupun jauh, moga persahabatan kita tak putus.

Friday, December 26, 2008

Siap Juga Akhirnya....

Alhamdulillah segala kerja dah selesai, kalau ada pun sikit-sikit je lagi. Dan esok, Sabtu sampai Isnin (27-29 Disember) akan ke Ipoh untuk mesyuarat dan hantar balik semua kerja-kerja tersebut. Tahun nie sibuk sesangat sebab kena tolong kawan, tue yang jadi lambat siap. Kalau ikut yang kena periksa, lama dah selesai. Tambahan pulak tahun nie dapat yang pandai-pandai... teruk jugak memeriksa.
Masa menanda tue dalam hati asyik berkata, harap-harap pelajar aku pun boleh jawab macam nie, pelajar aku boleh ke jawab sebagus ini? Macam mana la pelajar aku jawab soalan? Apa-apa pun harap yang terbaik pada bulan Mac nanti bila keluar keputusan SPM. Insyaallah... sebagai guru selalunya kita dah beri yang terbaik kepada pelajar kita.
Dalam sibuk-sibuk tue sempat jugak jalan-jalan ke Kota Warisan, Sepang dan Kuala Lumpur. Tapi kerja-kerja tu tetap dibawa bersama dan dilaksanakan.
Mana-mana tag yang dihantar akan dijawap selepas selesai mesyuarat nanti. Terima kasih pada kawan-kawan yang mengunjungi catatan nie.

Tuesday, December 16, 2008

Saturday, December 13, 2008

Padang Besar, Perlis


Bila ke Perlis antara tempat yang wajib singgah selain Kuala Perlis adalah Padang Besar.
Pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini merupakan tempat pertemuan warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia yang berkunjung ke Thailand untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti melalui pekan ini dan begitu juga sebaliknya.

Projek mengindahkan Padang Besar sedang rancak dijalankan dan disekitar kompleks membeli-belahnya sudah nampak perubahan yang dilakukan. Dua gambar di atas adalah antara contoh projek mencantikkan Pandang Besar.
Dulu kawasan lapang nie adalah tempat meletak kereta tapi sekarang dah tak boleh lagi. Jadi kena jalan jauh sikit untuk ke tempat shopping nie. Tak tau la projek apa yang akan dilakukan selepas ini.
Kompleks Arked Niaga di Padang Besar nie merupakan tumpuan utama bagi pengunjung untuk membeli-belah. Tapi sekarang dah banyak kedai dan gerai yang dibina di sekitar kompleks ini untuk membeli-belah.
Suasana dalam kompleks, di bahagian tengah ada kerusi untuk berehat setelah penat jalan-jalan cari barang. Mungkin sebab masih awal dan hari bekerja jadi pengunjung tak ramai lagi. Di waktu cuti sekolah nie, untuk proses tawar-menawar barang agak susah sikit sebab pengunjung ramai jadi peniaga tak heran kalau kita tak nak beli. Barang-barang yang dijual di sini semua tau apa, toto, pinggan-mangkuk, kain-baju, beg, makanan, brooch dan macam-macam ada.

Thursday, December 11, 2008

Jalan-jalan Cari Makan di Perlis

Masa ke Perlis hari tu makanan orang Perlis harus dicuba. Antaranya adalah Pulut Ayam di Padang Besar memang antara makanan yang agak terkenal. Memang ada banyak gerai di sana tapi gerai Mak Teh Pulut Ayam rasanya antara yang menghidangkan pulut ayam yang sedap. Gerai nie terletak di atas bukit jalan masuk ke kompleks membeli-belah Padang Besar. Tapi tak ramai yang mengunjungi gerai ni sebab jauh sikit dari kompleks tue dan ramai yang tak tahu tentangnya, tapi bagi orang Perlis yang tau tentang gerai ini, mereka akan datang ke sini untuk makan pulut ayam. Pulut ayam nie ada dua harga ikut saiz ayam. Yang di atas tue RM6.00 sebab ayamnya besar dan satu lagi berharga RM4.00. Lagi banyak bawang goreng lagi sedap.
Di Kuala Perlis sebab pergi waktu petang jadi makan cucur goreng. Ini biasa saja rasanya.
Nie yang mesti cuba di Kuala Perlis... Laksa Kuala Perlis. Specialnya sebab laksa beras.
On the way balik ke Manjung (sori nie bukan di Perlis, dah masuk Perak...) singgah satu restoran di Pantai Remis untuk cuba nasi goreng udang Lipan. Boleh tahan sebab bukan senang nak jumpa restoran yang hidangkan udang lipan. Nasi goreng tu biasa je tapi udang lipan tu digoreng asing dan memang sedap.
Ok nie la udang lipan, kalau tengok memang pelik dan susah nak kopek kulitnya. Sebab tu ada yang tak nak cuba.

Wednesday, December 10, 2008

Matahariku

Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau
Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi
Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu
*Agnes Monica (Ost Jelita)*

Pagi-pagi layan kejap lagu jiwang nie sambil buat kerja.

Monday, December 8, 2008

Wednesday, December 3, 2008

Abah

Abah akan menginjak usia 80 tahun pada Jun 2009. Dalam usia ini, abah sekarang tinggal bersama Abang Nan di Kangar, Perlis. Jenuh jugak kami anak-anaknya memujuk beliau untuk tinggal di sana. Sebelum nie adik yang bongsu telah menjaga abah lebih kurang setahun sebelum dia memperolehi pekerjaan sekarang dan tinggal di Kota Warisan. Selepas itu abah dijaga oleh adik yang seorang lagi dan cucunya yang kedua, Mamat. Tapi bila kedua-duanya bekerja, masa tue la kami adik-beradik meminta dan memujuk abah tinggal dengan Abang Nan atau dengan mana-mana satu anak yang beliau nak.
Abah seboleh mungkin tidak mahu meninggalkan rumahnya di Kamunting. Rumah yang dia bina bersama-sama dengan emak dan telah tinggal di sana dari tahun 1975 lagi. Bila emak meninggal dunia pada 18 Januari 2004 dan abah pula mengalami masalah dengan buah pinggangnya yang kedua-duanya telah rosak berikutan dengan penyakit batu karang. Pembedahan kecil di tangan kiri abah perlu dilakukan untuk memasukkan tiub untuk rawatan dialisis buah pinggang. Jadi sekarang abah telah menjalani rawatan dialisis buah pinggangnya selama lebih kurang 4 tahun.
Rumah keluarga atau kampung di Kamunting sekarang terbiar kosong dan tidak berpenghuni sejak abah tinggal di Perlis. Hanya bila Hari Raya dan hari-hari cuti tertentu dan bila ada kami adik-beradik yang hendak balik ke sana, baru la rumah ini kembali meriah. Bila balik sekali-sekala sedih rasanya tengok rumah yang rumputnya panjang dan terbiar. Sedangkan satu masa dulu meriah dengan suara gaduh kami adik-beradik, leteran arwah emak dan bau masakan emak. Rumah nie pun dah beberapa kali dimasuki pencuri dan banyak la barang-barang peninggalan arwah emak yang dicuri seperti barang-barang tembaga kesayangan emak, periuk belanga, pinggan-mangkuk, tv, motor dan entah la apa lagi.... Sedih tau....
Balik kepada abah, sebelum rawatan dialisis dijalankan mula-mula berat badan perlu diambil terlebih dahulu.Selepas itu tekanan darah pula diambil. Kedua-dua perkara ini perlu dilakukan setiap kali sebelum dan selepas rawatan dialisis dijalankan.
Setelah itu abah akan menjalani rawatan dialisis selama 4 jam yang dijalankan 3 kali dalam seminggu. Bilik rawatan ini disediakan tv untuk ditonton oleh mereka yang sedang menjalani rawatan. 4 jam memang lama dan bosan tapi terpaksa juga dihadapi.
Nie semasa rawatan sedang dijalankan.
Selepas 4 jam, wayar-wayar tadi dicabut semula.
Memang kesian tengok mereka yang menjalani rawatan dialisis ini. Di tempat abah jalani rawatan ini iaitu di Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra - NKF Kangar, ada pesakit yang masih muda. Oleh itu penting kita jaga kesihatan buah pinggang kita. Dan selagi kita masih mempunyai ayah dan ibu sering-sering la jenguk mereka tetapi jika sibuk dan tidak berkesempatan talipon la mereka. Terutama bila ayah dan ibu kita telah tua dan tidak terdaya masa inilah kita boleh membalas jasa mereka yang telah menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Satu lagi jangan segan-segan untuk meluahkan rasa sayang kita pada mereka, bila lagi kita nak ucapkan kata-kata sayang kita pada mereka. Kepada Abang Nan sekeluarga, terima kasih dari kami semua kerana menjaga abah. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
SAYANG ABAH......

Kad Raya Aidil Adha

Ingatkan raya puasa atau Hari Raya Aidil Fitri je ada kad, rupanya raya haji atau Hari Raya Aidil Adha pun dapat. Nie kad kiriman dari rakan yang baru dikenali iaitu Tera dari Melaka. Terima kasih daun keladi ye... Tapi tue la tak de balasan la dari saya, nanti lain kali kita hantar kad ye.. Sori ye..

Entry Pagi Rabu

Pepagi lagi dah ada kat sini untuk hantar kereta, untuk diservice. Ye la kan dah cuti-cuti Malaysia ke Pantai Timur dan Utara jadi kereta perlu diservice. Nasib baik semalam call Shikin untuk tolong booking dan dia suruh datang pukul 8 pagi. Petang katanya dah penuh. Pergi je la pukul 8.00 pagi pun. Lepas nie mungkin susah sikit sebab nak ke Ipoh esok sampai Sabtu untuk Mesyuarat selama tiga hari dan pukul 11.00 pagi nie ada appoinment di HSM. Kat sini ada Internet Corner dan Coffee Corner, sebab awal pagi jadi tak de orang guna komputer jadi ambik kesempatan untuk masukkan entry nak tunggu ada dalam 2 jam lama tue....

Tuesday, December 2, 2008

Balik Dari Utara

Beberapa hari tak de entry sebab ke utara untuk berjumpa abah. Lama jugak tak jenguk abah sebab sekarang abah tinggal di Kangar, Perlis dengan abang Nan. Jadi kalau saja-saja nak drive ke sana ada dalam 320km. Sebelum nie masa abah tinggal di kampung di Kamunting, boleh dikatakan setiap dua minggu sekali mesti jenguk kalau tidak setiap minggu tapi sekarang nie sebab jarak menjadi halangan. Jadi nie baru sampai dari utara dan tak sempat nak citer apa-apa nanti la esok sambung.... Banyak kerja kena buat.