Sunday, November 2, 2008

Masa Sibuk

Peperiksaan Akhir Tahun, Tingkatan 4 masih lagi berjalan hingga hari Selasa ini 4 November 2008. Bila bermula waktu peperiksaan ini, maka satu kerja yang tak dapat dielakkan adalah memeriksa kertas jawapan pelajar. Untuk peperiksaan ini saya perlu memeriksa 3 kelas iaitu 4 KE 1, 4 KE 8 dan 4 VE 4. Sekali imbas jawapan pelajar seperti selalu ada yang agak mengecewakan. Frust betul rasanya bila apa yang diajar tidak digunakan. Bagi pelajar yang rajin, memang jawapan memuaskan juga, walaupun tak sampai dapat 1A atau 2A.

Bermula 8 - 15 November 2008, saya akan mengikuti Kursus PTK DG44 di Pulau Pinang. Untuk kursus ini tugasan individu perlu disiapkan bersama dengan presentation power point. Inilah kekangan yang menghalang untuk mengupdate blog. Walau bagaimanapun bila free dan ada masa akan cuba juga untuk update. Hehehe... nak jugak mengadap komputer nie...

1 comment:

Brahimnyior said...

Salam, sudikan ke blog saya:

http://brahimnyior.blogspot.com/

Izzuddin Ali
Lekir