Wednesday, February 25, 2009

Apa Pun Yang Terjadi...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti.....
Dalam hidup, kita akan selalu diasak dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Tue semua permainan kehidupan yang perlu ditempuhi tanpa putus asa dan berhenti dipertengahan jalan. Lirik lagu Siti Nurhaliza nie selalu dimainkan dalam drama Spa Q2. Dengar-dengar best jugak liriknya dan boleh dijadikan panduan...

Lamanya tak menjenguk ke sini. Tengok chatter box macam-macam message yang ditinggalkan... Terima kasih kerana meninggalkan pesanan dan komen, semuanya amat dihargai. Tapi diharapkan selepas ini kalau boleh tidak ada lagi message yang boleh menyinggung perasaan orang dan yang sewaktu dengannya (tapi.... jangan la lepas nie tak nak tinggal komen pulak ye...). Kalau nak komen lagi dan panjang-panjang boleh email kepada saya.

Mula-mula memang sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang perlu diselesaikan tambahan pula mesyuarat untuk satu jawatankuasa di mana saya menjadi setiausahanya dipercepatkan... jadi kelam-kabut jugak la nak menyiapkan semua tue. Sepatutnya mesyuarat yang dicepatkan akan berlangsung hari ini 25 Februari tetapi sebab sesuatu yang tak dapat dielakkan maka akan dijalankan esok. Lega jugak sebab boleh selesaikan kerja-kerja yang ada sikit lagi tue yang tak dapat diselesaikan hujung minggu yang baru nie.
Nie la yang perlu disediakan seperti kertas kerja, jadual, borang-borang instrumen dan file. Selepas siap dan diperbanyakkan maka semua nie perlu disusun di dalam file. Tapi semua nie bukan la masalah besar sebab tugas nie adalah tahun ketiga saya memegangnya.
Yang berterabur nie adalah file yang dah siap sebenarnya cuma tertinggal satu bahan lagi tak dimasukkan jadi sebab tu la meja tu jadi macam nie.
Memang mulanya berniat untuk update blog nie hujung minggu yang lalu tapi sebab ada kekangan maka sepanjang hujung minggu yang baru lalu bermula hari Sabtu sampai semalam Selasa di sini la saya berada di Kangar, Perlis.
Jalan nie di lalui sebanyak 3 ke 4 kali sehari untuk ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Berada di Kangar kerana Abah kurang sihat dan berada di Hospital ini.Wad nie adalah tempat Abah ditempatkan yang terletak berhadapan dengan bangunan di atas tadi.
Di belakang pintu di sebelah kiri adalah tempat katil Abah.
Nie pulak biodata pesakit yang diletakkan di atas kepala katil. Alhamdulillah Abah telah dikeluarkan dari hospital semalam tapi badannya masih lagi lemah. Didoakan Abah akan segera sembuh dan kembali sihat, kuat dan cergas kembali. Berat hari untuk tinggalkan Abah tapi sebab tugas terpaksa juga kembali ke Manjung. Nanti la entry selanjutnya tentang Abah di hospital akan ditulis lepas nie.
Sekarang ada kerja yang perlu disiapkan. Daaaa....

Friday, February 13, 2009

Kita Dilahirkan

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan.

Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian maupun kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.

Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, semiskin manapun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.

Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut. Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, memfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.

Berikanlah cinta tanpa mengharapkan balasan, maka anda akan menemukan bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah.

Tuesday, February 10, 2009

Kerja... kerja... kerja...

Pernah fikir tak macam mana keadaan kita bila ke tempat kerja??? Kadang-kadang kita ke tempat kerja dalam keadaan seronok dan gembira, malas, rasa terpaksa, tergesa-gesa (bila lambat bangun la) dan macam-macam lagi keadaan kita.
Ingat lagi pesan abah bila mula-mula start kerja... Abah kata setiap kali nak ke tempat kerja niat bahawa kerja kerana Allah s.w.t supaya dapat berkat dan abah pesan jugak mula melangkah dengan kaki kanan (ada banyak lagi pesanan tapi dua nie la yang utama). Bila ingat... buat la tapi bila nak cepat dan terlupa alamat memang tak buat semua pesanan tue.

Nie ada panduan dan peringatan untuk kita semua semoga kita akan lebih bermotivasi untuk ke tempat kerja dan dapat melakukan kerja dengan jujur dan ikhlas, dan bukan hanya menunggu 25 hb sahaja...

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita dapat ganjaran kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih…

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…

Nie dipetik dari email yang diforwardkan ke mail box saya oleh seorang teman dan rasa bagus untuk dikongsi bersama selain dari peringatan untuk diri sendiri.

Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

Masa ke Kuala Kangsar hari tue ada yang tanya makan laksa dan cendol tak??? Dah sampai situ, mestilah makan tambahan Azalilah tak pernah sampai ke Kuala Kangsar lagi jadi bawa la dia rasa laksa dan cendol Kuala yang famous tue. Mesti baru-baru nie laksa kat Kuala Kangsar laku sangat-sangat kan.... iye la ramai yang berkunjung ke sini.... oppss....Dalam Medan Cendol dan Laksa nie yang terletak berdekatan dengan Dataran Sungai Perak ada banyak gerai yang menjual laksa dan cendol
Deretan gerai yang menjual laksa dan cendol, boleh dikatakan kedai laksa dan cendol tue bersebelahan. Ada jugak makanan lain yang dijual.
Nie laksa Kuala Kangsar yang terkenal tue. Laksa dengan telur sebiji tu RM2.50.
Ni gambar cendol dengan kacang.

Monday, February 9, 2009

Demam Denggi

Sunday, February 8, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Penat membaca dan mengikuti blog-blog dan website yang menceritakan tentang keadaan politik di Perak sampai blog sendiri tidak dijenguk. Hari Isnin cuti kerana Thaipusam dan plan untuk jalan pun tak jadi maka duduk rumah saja dan nak buat apa ye??? Kemas-kemas rumah dan tengok blog warisku minangrawa dan ummi afifah ada entry tentang masakan. Jadi nak jugak la.... walaupun.... hehehe....
Saja la sebab Lin dan Azreen rajin letak entry masak-memasak jadi nak letak jugak la bole? Ok semalam Sabtu saja-saja main masak-masak, jadi masak capati makan dengan kuah kacang panjang dan telur. Nak kata berkuah tak la sebab ia kering. Masak capati nie saja sebab nak cuba kuali baru yang beli kat Kuala Kangsar ari tue.
Hari nie pulak masak yang simple je sup tulang dengan kuey teow. Ajak Maznah untuk makan sekali. Ok la tue. Esok kalau rajin nak masak lasagna pulak.

Kena Tag....

Ada beberapa tag yang pernah diterima dari rakan-rakan cyber tapi tak terjawab, nak jawab dari masa ke masa tapi tak kesampaian. Maaf la sebab masa tag diterima walaupun cuti sekolah tapi ada tugas yang memerlukan perhatian sampai blog pun tak diupdate ketika itu. Bila dah free nak jawab rasa macam dah basi pulak tag tue. Jadi kali nie cuba jugak untuk menjawab tag yang dikirim secepat mungkin.
1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
Nampaknya orang yang mengirim tag nie tak serik untuk hantar tag. Nie tag kedua dari dia, terima kasih ummi afifah sebab tak jemu hantar tag. Tag yang dulu pun tak jawab lagi. Kira yang nie jawab sekali la ngan tag dulu aci tak???

2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.

Tag dikirim oleh Ummi Afifah rakan di alam cyber dan juga di alam nyata....

3 . Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
Nak citer 10 fakta atau hobi pasal diri sendiri susah nie..... 10 banyak 1aaa.... apa ye... ok la citer je
  • seorang yang simple je... kalau tak kenal mungkin akan kata sombong atau garang... (tapi baik hati sebenarnya hehehe..... kan orang kata tak kenal maka tak cinta cheewah...)
  • saya dari keluarga yang ramai 10 orang adik beradik, 6 lelaki dan 4 perempuan, dan anak ke 5. Adik semua lelaki dan atas saya abang jadi memang la ganas sket...
  • asal dari Taiping tapi sekarang jarang balik kampung sebab rumah tak de orang huhuhu....
  • suka sangat melayari internet terutama masuk blog masakan, gossip, politik dsb
  • sekarang suka sangat berblog walaupun ada masa dan ketika malas.... sampai blog terbiar berhari-hari
  • suka travel sambil jalan-jalan cari makan
  • suka shopping walaupun kadang-kadang tak beli apa pun
  • suka tengok tv walaupun kadang-kadang bukan tengok pun... janji tv on
  • suka masak kira pandai la jugak memasak hehehe (puji diri sendiri sapa lagi nak puji...) tapi sebab tak de orang nak makan tue yang selalu beli atau makan kat kedai senang...
  • bersyukur sangat-sangat dengan apa yang dikurniakan olehNya sekarang.
4) Pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.
Tag nie tak akan diberi kepada sesiapa pun sebab tag tue untuk tahun 2008 kan sekarang 2009 jadi tak yah terus la tunggu tag 2009 nanti baru bagi pada sesiapa. Lagi pun sekarang ramai yang sibuk kan....

5) jangan lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.
Lawat baca blog je la bukan la "mengetag"

Wednesday, February 4, 2009

Perak Negeriku

Dalam Perak sibuk dengan sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak yang dijalankan secara sederhana, sana sini orang mula panas bercakap tentang keadaan politik Perak yang semakin menarik dan penuh drama. Di internet ruang-ruang forum dan blog-blog ramai yang mengulas tentang perkara nie. Masing-masing dengan pendapat sendiri, sebagai rakyat Perak saya memang ternanti-nanti apa yang akan jadi seterusnya. Hhhmmm... nak ulas tentang perkara nie nanti.....
Apa pun percaya baginda Sultan Perak akan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri Perak dan rakyatnya.

Tuesday, February 3, 2009

Galeri Sultan Azlan Shah


Hari ini seluruh negeri Perak cuti bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34. Semalam rancang dengan Azalilah untuk ke Kuala Kangsar dan kebetulan dia belum pernah ke Bandar Diraja ini. Jadi destinasi pertama di bandar ini adalah ke Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Disebabkan hari ini ulang tahun ke 25 pemerintahan Sultan Azlan Shah maka kemasukkan ke dalam galeri pada hari ini adalah percuma. Kalau tidak pelawat dewasa dikenakan bayaran RM4.00 dan kanak-kanak RM2.00.

Galeri ini dulu dikenali dengan nama Istana Ulu atau Istana Kota yang telah dibina pada 1903. Sultan Idris I mula bersemayam di istana ini pada tahun 1903.

Istana ini telah dibaik pulih sempena seratus tahun pembinaannya pada tahun 2003. Kini istana ini dikenali sebagai Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini terbahagi kepada dua tingkat yang di bahagikan kepada beberapa bahagian seperti tentang keluarga sultan, zaman persekolahan, anugerah darjah kebesaran, barang kemas dan pingat, koleksi persendirian, kegiatan baginda dalam sukan, perundangan, koleksi permaisuri, sebagai Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Gambar tak dibenarkan diambil di bahagian dalam galeri jadi tak ada la gambar-gambarnya.

Gambar atas ini adalah bahagian galeri kereta di sebelah kiri dan kanan adalah galeri cenderamata yang diterima oleh baginda.

Ini di bahagian depan galeri dan gambar-gambar di atas adalah gambar di sekitar galeri.

Monday, February 2, 2009

Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak

Esok 3 Februari 2009 merupakan cuti umum bagi negeri Perak bersempena dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang ke 25.
Sultan Azlan Shah, yang menaiki takhta pada 3 Feb 1984, merupakan Sultan Perak ke-34 dan antara empat Sultan yang bersemayam di takhta kerajaan mencecah 25 tahun. Mengikut sejarah Kesultanan Perak, Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11 memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 memerintah selama 29 tahun (1887-1916).
Apa nak buat esok? Cadangnya nak ke Kuala Kangsar, sempena sambutan nie tengok apa yang ada kat sana dan sambil tue boleh makan laksa dan cendol kuala kat tepi Sungai Perak tue...
Kalau plan jadi nanti akan diblogkan.

Sunday, February 1, 2009

Kawan

untuk kawan-kawan
1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..
2) kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..
3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai.. dah sengkek gadai..
6) kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bukan mcm KERETA. Rosak skit jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. sekejap ade.. skejap tak..
9) kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10) lagi.....kawan tu mcm ape ye????.......
Walau apa pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya..
Terima kasih kerana menjadi kawanku....