Wednesday, November 26, 2008

Masjid Tengku Tengah Zaharah

Dari Masjid Kristal singgah di satu lagi masjid yang terkenal di Terengganu iaitu Masjid Tengku Tengah Zaharah. Dikenali sebagai 'Masjid Terapung', senibinanya gabungan pengaruh moden dan 'Moor'. Masjid ini terletak di Teluk Ibai, hanya 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan pantai Terengganu.
Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik. Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera DiRaja TerengganuMasjid putih berkilauan ini turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara kita. Malah, pembinaan masjid ini turut memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.
Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.

2 comments:

Brahimnyior said...

Skang banyak klon Masjid Terapung; Di Putrajaya, atas tasik. Di Penang, kat Tg Bungah, di Pulau Wan Man pun, terapung juga, tapi Masjid Kuala Ibai ni masih unik.

Unik sebab pertama menjadimasjid atas air di Malaysia.

Kedua, warnanya putih bersih.

Ketiganya, fungsi sebagai masjid masih kekal.

JINGGO said...

seronok dapat peluang jalan2 macam ni....insyallah - semua tempat yg cgu masukkan gambar ni akan saya jejaki ( belum pergi ).......