Wednesday, October 7, 2009

Saya Kembali....

Salam semua.... Wahhhh.... lamanya merehatkan diri dari berblog. Tetiba dilanda kegilaan ber facebook, teruja sangat bila dapat jumpa kembali rakan-rakan sekolah dan universiti (nie dah pernah citer dulu kan...) dan yang terkini berjumpa dengan ramai bekas pelajar-pelajar. Gembira bila tahu ramai yang dah berjaya dalam kerjaya dan telah berkeluarga. Muncul kembali nama Fini, Izwan Shah, Muhalli, Nizaruddin, Azizul Ziad, Aini, Izzati, Jamiah dan lain-lain. Ada yang dah jadi bos di syarikat sendiri, bos di pejabat, jurutera, cikgu, pensyarah, juruteknik dan sebagainya... Alhamdulillah....
Masih tak ada idea untuk tulis apa di sini. Sebenarnya ada banyak cerita dan gambar-gambar seperti hari raya dan sebagainya, tapi entah bila akan diletakkan di sini. Nanti lahhhh....

Thursday, September 17, 2009

Mohon Maaf Di Atas Segala Dosa


Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala....
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.....
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

p/s Mungkin selama seminggu cuti sekolah sempena hari raya nie, blog tak akan dijenguk sebab akan berada di kampung. Tak sabar pulak rasanya nak sambut raya dan berkumpul dengan abah dan adik-beradik di Taiping...

Sunday, September 13, 2009

Sibuk

Salam semua.... Selepas satu-satu peperiksaan, ada kerja-kerja pemeriksaan kertas jawapan pelajar yang harus dilaksanakan. Dalam seminggu dua nie memang sibuk dengan kertas Peperiksaan Percubaan SPM para pelajar. Tue yang blog nie agak terbiar dan hanya sesekali dijenguk.
Dari tiga kelas yang diperiksa, baru satu kelas yang selesai ditanda. Hrmm... memang lambat kerja-kerja pemeriksaan nie dilakukan sedangkan ada yang dah siap memeriksa. Tapi azam mesti selesai memeriksa sebelum cuti hari raya. Insyaallah... Keputusan dari kelas nie agak mengecewakan tak tau la dua kelas lagi tue.... Rasa seperti apa yang diajar seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tambahan pula sejarah bukan satu pelajaran yang diminati oleh kebanyakan pelajar dan ada yang kata tidak ada "commercial value". Dan ada pulak ura-ura mata pelajaran sejarah akan dijadikan mata pelajaran elektif. Kalau ditukar jadi elektif rasanya ramai la pelajar yang tak akan mengambil pelajaran ini. Sekarang nie terpaksa sebab sejarah salah satu mata pelajaran teras. Macam mana di kalangan pelajar akan lahir semangat patriotisme, cintakan negara dan mengetahui susah payah pahlawan dahulu kala berjuang menentang penjajah kalau sejarah hanya pelajaran elektif???

Wednesday, September 9, 2009

Bonus Oh Bantuan Kewangan....

Salam semua.... Hari tue ada buat entry tentang bonus untuk raya kali nie. Tadi dalam berita dah keluar keputusan apa yang ditunggu-tunggu....

Bantuan khas RM500 untuk kumpulan sokongan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, separuh dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember. - Bernama

Jadi kita yang dalam kumpulan satu lagi nie tak ada bantuan atau bonus??? Jadi tak payah raya la ye... Hujung tahun pun tak de ke????? Ish, ish, ish tak patut ....

p/s tetiba rasa nak nanges macam baby kat entry ari tue

Sunday, September 6, 2009

Lost


I can’t believe it’s over
I watched the whole thing fall
And I never saw the writing that was on the wall
If I’d only knew
The days were slipping past
That the good things never last
That you were crying

Summer turned to winter
And the snow it turned to rain
And the rain turned into tears upon your face
I hardly recognized the girl you are today
And god I hope it’s not too late
It’s not too late
’Cause you are not alone
I’m always there with you
And we’ll get lost together
Till the light comes pouring through
’Cause when you feel like you’re done
And the darkness has won
Babe, you’re not lost
When your worlds crashing down
And you can’t bear the thought
I said, babe, you’re not lost

Life can show no mercy
It can tear your soul apart
It can make you feel like you’ve gone crazy
But you’re not
Things have seem to changed
There’s one thing that’s still the same
In my heart you have remained
And we can fly fly fly away

’Cause you are not alone
And I am there with you
And we’ll get lost together
Till the light comes pouring through
’Cause when you feel like you’re done
And the darkness has won
Babe, you’re not lost
When the worlds crashing down
And you can not bear the cross
I said, baby, you’re not lost
I said, baby, you’re not lost
I said, baby, you’re not lost
I said, baby, you’re not lost

Lost by Michael Buble

Thursday, September 3, 2009

Kalau Tak Ada Bonus???

Salam semua... Dalam seminggu nie dalam akhbar banyak menyiarkan tentang harapan pekerja sektor awam agar dikurniakan bonus menjelang hari raya Aidil Fitri ini. Apa kata bonus tidak diberikan??? Apa yang anda akan lakukan???

Posted Image

Tue dia.... Cutekan gambar bebudak di atas tue menangis sampai keluar hingus lagi... Kita yang dah berusia nie takkan nak menangis kot. Pada pendapat saya, bonus elok la diberi di akhir tahun nanti untuk persiapan menjelang sesi persekolahan. Masa tue nak beli buku, baju sekolah, kasut sekolah dan barangan persekolahan. Mungkin ada yang tak sokong tapi hari raya tak semestinya semua kena baru mungkin kalau ada yang boleh digunakan lagi, kita gunakan, jangan membazir. Berhari raya ikut kemampuan kita.

Tuesday, September 1, 2009

Zara dan Ibunya

Salam semua.... Cuti yang lepas (tak habis lagi bercerita tentang cuti, nak cerita tentang masak-masak atau juadah berbuka, nie bukan blog masak-memasak dan masak pun apa la sangat, jadi tak payah la cerita tentang masak-memasak...) Ok dalam perjalanan ke Perlis hari tue singgah di Cangloon untuk ke rumah Maz untuk melawat dia dan anaknya. Kalau tak singgah nanti merajuk pulak dia....
Nie gambar Maz dengan anaknya Nur Zara Alisyah. Jumpa Zara dulu masa dia baru je berusia 40 hari lebih, nie dah besar sekarang.
Zara masa baru bangun dari tido. Sengih je...

Sekolah Dah Bermula

Salam semua.... Cuti sekolah dah habis dan hari nie bermula la sesi persekolahan. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 5, hari ini bermula la Peperiksaan Percubaan SPM. Moga cuti yang bermula dari cuti khas H1N1 dan diikuti oleh cuti pertengahan penggal kedua dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar tingkatan 5. Musim peperiksaan nie, cikgu kadang-kadang lebih berdebar-debar jika dibandingkan dengan pelajar. Boleh jawab ke? Aku ajar selama nie pelajar faham ke? Soalan senang ke susah? Macam-macam dalam fikiran cikgu....
Cuti baru nie cikgu-cikgu juga menduduki peperiksaan iaitu PTK. Hhhmmm... macam mana la keputusannya??? Persediaan tak seberapa pun. Apa-apa pun tunggu je la result nanti.
Cuti baru nie cuma ke Perlis untuk melawat abah di sana. Sempat jugak ke Padang Besar sekejap dan masa balik tue lalu ikut Chuping. Gambar di atas adalah ladang tebu Chuping yang saujana mata memandang. Bila tengok ladang nie terfikir macam mana gula boleh berkurangan di pasaran. Memang nak beli gula sekilo pun susah nak dapat sekarang. Bila jalan-jalan lagi ada sebahagian tanah tue ditanam dengan pokok getah. Tak tau la pulak kalo pokok getah tue telah menggantikan tebu atau memang ladang tebu. Kalo iye mungkin la sebab tue gula tak cukup sebab pokok tebu semakin kurang.
Balik dari Perlis singgah di Taiping sekejap untuk hantar adik yang ikut sama ke Perlis dan terus balik ke Manjung. Ke Perlis sekejap saja sebab Kijai datang ke rumah untuk sama-sama menyambut Ramadhan.

Saturday, August 29, 2009

Berjumpa KuIna LadyInRed

Salam semua.... Semalam baru balik dari Kangar, Perlis. Ke sana pada hari Rabu, 26 Ogos 2009. Bulan puasa nie tak jumpa lagi abah dan kebetulan cuti sekolah jadi ke sana sebentar. Sebelum ke sana ada tinggal message di blog satu rakan nie (kira blogger yang famous juga) kata akan ke Kangar dan dia email no phone dan berpesan jika ada kelapangan hubungi dia... Jadi setelah balik dari Padang Besar (rutin wajib bila ke Perlis..), ada kelapangan maka si dia dihubungi dan berjanji untuk berjumpa berdekatan dengan pejabatnya.Perjumpaan diadakan berhadapan di sebuah kedai makanan segera yang baru dibuka, tapi tue la kan bulan Ramadhan nie jadi cuma jeling-jeling dan pandang-pandang saja. Orangnya kecil molek dan begitu peramah sekali. Semasa berjumpa dia memakai baju merah, ialah nama glamer pun KuIna LadyInRed, harus berbaju merah kan... Walaupun perjumpaan hanya sekejap kerana si dia sedang bekerja (tapi lari sekejap untuk berjumpa) tapi kemesraan dirasakan.... Insyaallah mungkin kita akan berjumpa lagi, selama nie hanya berjumpa di alam maya, semoga persahabatan dapat dikekalkan di alam nyata. Terima kasih Ku Ina kerana meluangkan masa untuk berjumpa....

Saturday, August 22, 2009

Mari Dengar Lagu Nasyid

Salam Ramadhan semua.... Di bulan yang penuh berkat ini apa kata kita dengar lagu-lagu nasyid lama yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Nada Murni yang famous dulu. Selepas kumpulan Nada Murni barulah muncul kumpulan nasyid lain seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz dan sebagainya...

Friday, August 21, 2009

Ahlan Ya Ramadhan


Salam Ramadhan semua.... Semoga di bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini kita akan diberi hidayah dan petunjuk oleh ALLAH swt. Maaf dipinta sekiranya saya ada melakukan sebarang kesilapan.

Puisi Ramadhan

(Rahmat Abdullah)

Terhentak dadaku
saat terbayang olehku akan dosa-dosaku
tak tahan ku menahan kesedihanku
terbayang akan amal ibadahku setahun belakangan

Cukupkah AMALAN-ku tuk menebus DOSA-ku
Cukupkah SHODAQOH-ku tuk membuka TAUBAT-ku
Cukupkah SHOLAT-ku tuk meneguhkan IMAN-ku
Cukupkah PUASA-ku tuk membersihkan HATI-ku
Rasanya semua akan berat kurengkuh
Namun Ramadhan Mu telah tiba
Kan kuraih segalanya tuk memenuhi pundi-pundi amalku
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban syahru syiam
sebuah pesan bijak :
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT-lah obatnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN-lah pemutihnya

* Puisi di atas di petik dari laman ini...

Thursday, August 20, 2009

Perginya Tak Kembali

Salam semua.... Memang terkejut dan seperti tidak percaya bila pagi tadi mendapat berita perginya anak Cikgu Mohd Sulaimi Md Islam dan isterinya Puan Asiah iaitu Amirul. Sejak akhir-akhir ini banyak diterima berita-berita mengejut tentang pemergian yang tidak kembali lagi.... En Sulaimi adalah Ketua Bidang atau Guru Kanan Kemanusiaan di sekolah, jadi boleh dikatakan bos saya dan selalu bekerjasama dengannya untuk subjek sejarah. Amirul masih lagi muda baru 13 tahun dan selalu dibawa oleh Cikgu Sulaimi ke mana-mana kerana dialah satu-satunya permata hati Cikgu Sulaimi dan isterinya. Dan sekarang Amirul telah dijemput pergi kerana Allah lebih menyayanginya.
Gambar Cikgu Sulaimi dan anaknya Amirul

Kami yang mendengarnya pun merasa begitu terperanjat dan sedih apatah lagi Cikgu Sulaimi dan isterinya.

Gambar-gambar nie diambil pada Jun 2008 semasa Amirul mengikuti Cikgu Sulaimi ke sekolah dan diambil dari blog Stesma Forever.
Semoga Cikgu Sulaimi dan isterinya tabah dalam menghadapi dugaan Allah yang maha besar ini. Al Fatihah.

Tuesday, August 18, 2009

Menjawab Pertanyaan....

Salam semua.... Selepas lama tak kena tag (ecehh.. macam selalu kena tag) dan bila kena pun selalunya buat-buat tak nampak dan tak jawab, hari nie kena jawab satu tag dari kulna LadyInRed nun jauh di utara. Tak pe la nak tulis apa dah tak tau sebab dalam seminggu nie macam tak happening je hidup nie.... jawab tag la pulak ada gak entry hehehe... thanks kuina.... Soalan nie susah jugak hhrmmm.... ' 3 sebab kenapa aku berblog' eerrr... tiru jawapan kuina boleh tak??? Lagi pun soalan nie dah bocorkan, jawapan pun dan tersebar kat seluruh alam maya nie...

Mula terjebak dalam alam berblog nie dah lama dari Mac 2007 lagi dengan satu blog peribadi tapi blog nie kena solex orang lain tak leh baca.... Mula sebab kat sekolah ada satu cikgu tue buka blog untuk tulis cerita-cerita tentang apa yang berlaku di sekolah dan situ ada citer tentang dia dan keluarga jugak. Tue yang cuba untuk berblog dan masa nie belajar sendiri je tak tanya sesapa pun. Kira boleh la...

Tahun lepas diadakan satu kursus membina blog untuk cikgu-cikgu. Tujuannya supaya cikgu-cikgu nie boleh buat blog untuk panitia dan subjek masing-masing. Wah berlumba-lumba kami bina blog subjek ada yang masih teruskan dan ada yang dah berkubur... Blog subjek saya ada lagi tapi bila tengok tak de orang berkunjung pun... maka tahap kerajinan semakin menurun. Mana tak sekolah nie berasrama, jadi bila masanya pelajar-pelajar nak bertenet kecuali bila balik kampung. Yang duduk di luar pun bukannya ramai.

Masa nie jugak lahirlah ramai bloggers di kalangan kawan-kawan sekolah yang membuka blog peribadi. Bila rakan-rakan tanya bila nak buat blog sendiri... masa tue la baru nak buat blog yang orang lain boleh baca maka lahir la Catatan Siti Sana Sini (eceh...). Jenuh la nak fikir nama blog last-last teringat lagu Siti Nurhaliza - Siti Situ Sana Sini maka lahir la blog nie. Hehehe... panjangnya sejarah saya berblog tapi tak jawab soalan lagi. Nie kalau jawab soalan exam sure fail... tak menjawab soalan.... Ok la nie jawapannya...

1. Untuk mencatat peristiwa-peristiwa yang berlaku
Kira nie macam diari la... sebab dulu-dulu memang ada diari tapi hangat-hangat taik ayam awal tahun je pas tue hampeh.... tak tulis dah... harap-harap blog nie tak cam tue. Tapi bila tiba penyakit "M" melanda, bersawang la blog nie... Blog subjek saya tue memang dah banyak sawangnyer... Dalam blog nie boleh cerita tentang sesuatu tempat bila gie jalan-jalan, tempat-tempat makan, nak cerita tentang masakan nie bukan blog masakan sesekali mungkin la, apa yang berlaku di sekolah, sekitar dan apa la yang terlintas di fikiran...

2. Ikut trend (boleh tak jawab cam nie???)
Habis tue situ sana sini asyik cakap pasal blog je... nak la jugak (boley??) Lagi pun streamyx memang dah ada, sebelum nie ada la chatting tapi sekarang dah tak teruja sangat kecuali dengan kawan-kawan. So berblog la boleh jugak asah skill menulis walaupun tak pandai pun...

3. Ok nie nak ikut jawapan kuina - Menambahkan kenalan dan kengkawan
Saya tak la ramai follower macam kuina tue dah lebih 200... tapi secara tak langsung berkenalan dengan ramai jugak kawan-kawan baru. Di samping tue boleh jugak tukar-tukar pandangan dan komen-mengomen di blog rakan-rakan bila rajin, kalo tidak baca je tak tinggal jejak pun...

OK abis dah jawapan pendek je kan tapi citer kat atas tue yang panjangnyer.... Nak tag sapa pulak ok sapa-sapa rasa nak jawap, jawap ler... sebab tau nak jawab tag nie payah sebenarnyer... kan... kan...

Buat Apa???

Salam semua... Cuti sekolah kerana H1N1 selama seminggu dah berlalu... buat apa??? Hehehe... tak buat apa dan jalan ke mana-mana pun. Tapi masa nie ambik kesempatan cari kawan-kawan masa sekolah dan universiti di Facebook. Facebook nie dah lama daftar tapi tak pernah explore functionnyer. Dan wow... jumpa beberapa orang kawan yang dah bertahun-tahun lamanya tak dengar khabar berita, sejak tamat zaman persekolahan lagi.... bestnyer... Masih tunggu beberapa orang kawan lagi untuk accept. Satu lagi kat Fb nie main Farmville, dalam masa tak sampai seminggu nie dah masuk level 10. Wah gigih betul la jadi petani dan bercucuk tanam dalam game nie... Asyik-asyik check ladang dan pungut hasil bila sampai masanya... Pas nie kena kurang-kurangkan main Farmville. Yang dah ada akaun Fb cuba la main game nie kalo ada masa dan tak tau nak buat apa... hehehe... nak bercucuk tanam kawasan sangat-sangat terhad di rumah jadi bercucuk tanam di alam maya je...

farmvillelogo

Esok Rabu dah sekolah balik tapi untuk tiga hari je sementara nak tunggu cuti selama 7 hari lagi. Tapi cuti kali nie ada exam PTK. OK mula baca buku sekarang berhenti sat jadi petani....

Saturday, August 15, 2009

Anda Soal.... Allah Dah Jawab!!!

Salam semua.... jumpa semasa jalan-jalan di alam maya nie... untuk renungan kita bersama...

Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman." ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Semoga bermanfaat...
Menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah
Jangan lidah kita kelu di hadapan Allah!!