Tuesday, July 28, 2009

Singgah Beli Kerepek

Salam semua.... On the way ke Kuala Selangor Sabtu yang lepas singgah di Kedai Bahulu Masri yang terletak di Sungai Leman, Sekinchan. Macam-macam jenis kerepek ada dijual di sini selain dari bahulu sebagai produk utama.
Sebelum membeli kita boleh merasai semua produk yang dijual di kedai ini. Apa lagi rasa bahulu, kerepek, muruku dan lain-lain. Dah cuba-cuba, rasa-rasa tak tau pulak nak beli yang mana satu.... Yang penting pesanan dari adik yang memesan tempeyek dan kerepek ubi. Katanya beli la kedua-dua tue kalau jumpa nanti semasa on the way ke KS... Raya tak lama lagi jadi sapa-sapa yang nak berniaga kerepek atau bahulu boleh la berurusan dengan kedai nie...

Friday, July 24, 2009

Sesi Bergambar

Salam semua... Lepas perhimpunan pagi nie ada sesi fotografi untuk cikgu-cikgu. Nie saja letak antara gambar yang diambil semasa sesi tue pagi tadi...
Ada gambar semua cikgu-cikgu dan mengikut bidang masing-masing.

Rutin Hari Jumaat

Salam semua.... Hari Jumaat sebagai mana biasa lepas sekolah akan jalan-jalan window shopping dan cari makan. Macam dah rutin pulak kalau tak ada tugas lain atau ke mana-mana. Nak balik ke rumah pun masih awal... jadi jalan-jalan la. Tapi tue la kat Manjung nie bukannya banyak shopping complex jadi pusing-pusing la antara Giant, Econsave, Fajar, Billion balik-balik tue je la. Nak grand sket kena kena ke Ipoh atau ke KL.Hari nie cuma shopping makanan laut je. Beli ikan bilis, sotong kering dan ikan masin. Esok akan ke Kuala Selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Mak Lang, dan nanti bila jumpa Mak Ngah dia selalu tanya kenapa tak bawa sotong kering atau ikan bilis dari Manjung.... Jadi kali nie bawa la sikit untuk sedara-mara di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Ikan bilis Pangkor nie memang lebih sedap jika dibandingkan dengan ikan bilis tempat lain. Fresh pun ye jugak... Ashley pun setuju kan... Kawan-kawan kat Manjung nie memang setujua la... Sebelum tue esok kena pergi sekolah ye.... kerana ada pembentangan kajian tindakan katanya... Hhhhuuuuuu....
Hari nie nak makan apa pulak?? Kopitiam dah selalu pegi... cuma Uncle John Kopitiam tak cuba lagi tapi tue nanti la. Last-last pegi Secret Recipe je minum coffee latte dan makan singapore curry laksa. Tak best sangat laksa tue sebab mereka buat guna krim.

Masa taip untuk entry nie asyik dengar bunyi ambulan je.... Kebetulan Hospital Seri Manjung nie tak jauh dari rumah dan dengarnya pelajar-pelajar UITM Seri Iskandar yang dijangkiti Influenza A H1N1 atau lagi famous dengan nama Selsama B.b. tue telah dibawa ke hospital nie. Wah dekat tue.... sekolah pun dekat jugak dengan hospital nie.... Tue yang tadi di sekolah ramai yang kata kita kena beli topeng muka nie..... Minta semua selamat..... Amin..

Thursday, July 23, 2009

Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2009 Daerah Manjung




Salam semua.... Hari ini telah diadakan Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Sekolah Menengah Daerah Manjung Tahun 2009 bertempat di SMK Dato' Idris, Pantai Remis. Sebagaimana biasa kena jadi guru pengiring untuk bawa seramai 4 pelajar untuk mewakili sekolah. Persiapan kami agak kelam-kabut dan last minute sebab minggu lepas sewaktu surat sampai saya di Penang dan hari Isnin baru nie MC. Jadi hari Selasa baru nie, baru dapat surat tentang kuiz dan baru cari pelajar untuk mewakili sekolah. Balik sekolah hari Selasa tu, beli buku-buku Sejarah tingkatan 1 - 3 untuk dibaca oleh pelajar. Huuuuhh... mesti tak ada harapan nie. Tak pe janji penyertaan ada...

Gambar di atas adalah ketika para pelajar dari setiap sekolah tekun dan khusyuk menjawab soalan-soalan secara individual. Kami, guru-guru pengiring kena mengawasi pertandingan ini secara bergilir-gilir.

Setelah habis menjawab maka guru-guru pengiring dikehendaki memeriksa jawapan para pelajar. Alhamdulillah peserta sekolah berjaya mendapat tempat ketiga. Kali terakhir sekolah mendapat tempat dalam pertandingan nie rasanya kalau tak salah 6 tahun dulu kot....
Setelah tamat pemeriksaan kertas jawapan dan pemenang-pemenang diperolehi maka sesi penutupan dijalankan. Encik Osman Bin Ahmad, Pegawai Khas Kokurikulum dari PPD Manjung telah menyempurnakan proses majlis penutupan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah.

Semasa pengerus majlis mengumumkan tempat ketiga untuk majlis penyampaian hadiah, dia tersebut SMK Seri Manjung.... Aiikk..... tadi masa kira markah menang macam mana kalah pulak???? Terus angkat tangan dan tanya.... rupanya dia tersalah sebut, tertinggal Teknik tue.... Pelajar SMK Seri Manjung dah datang ke depan untuk ambil hadiah.... Sian dia.... Huuuuu..... Gambar di atas tue Siti Norfika Binti Khamis selaku Ketua Pasukan menerima hadiah bagi pihak rakan-rakan yang lain.

Wakil dari SMTSM yang telah berjaya mendapat tempat ketiga, dari kiri Nur Amirah Binti Amran, Siti Aqilah Binti Zainddin, Siti Norfika Binti Khamis dan Roslina Binti Mohd Jelani bergambar bersama-sama dengan Encik Osman Bin Ahmad.

Atas kejayaan mereka maka setiap seorang diberi hadiah bonus tambahan iaitu belanja makan di KFC. Moga di tahun-tahun yang akan datang pasukan sekolah akan memperolehi kejayaan lagi. Insyaallah..

Tuesday, July 21, 2009

Kena Saman....

Salam semua... Lama jugak tak letak apa-apa entry kat sini. Selain sibuk sikit kerana ke Pulau Pinang dan Alor Setar untuk menghadiri mesyuarat, ada jugak rasa penyakit 'M' yang menghampiri... Semalam ke HSM untuk appoinment di Jabatan Oftamologi untuk check mata dan selepas habis check-up tue dapat mc sehari kerana mata pedih dan blur je... Pedih je mata bila kena cahaya terang. Lagi la tak on langsung komputer nie.

Ok nie nak citer sikit tentang perjalanan ke Penang hari Rabu yang lalu 15 Julai, kali nie ikut jalan Beruas sebab ada kawan yang tinggal di sana nak tumpang ke sana bersama-sama. Perjalanan ok la walaupun jalan Beruas nie kecik dan bengkang-bengkok sebelum sampai ke Trong. Nasib baik tak de lori atau bas di depan kalo tidak jenuh la nak follow...

Masuk highway ok je, berhenti rehat kejap dan makan di R & R Bukit Merah dan di Bukit Tambun ada polis yang buat road block untuk tahan kete yang speed kot... Masa tue wah lega sebab tak kena tahan tapi memang tak bawa laju pun.... Tapi malangnya... bila sampai kat simpang nak masuk Butterworth fon tetiba bunyi dan biasa la jawap dan tetiba je ada kete hon-hon dari belakang siap bagi highlight lagi dan suruh ke tepi. Aaaaahhh.... tidak rupanya kereta peronda JPJ.... apa lagi kena saman la.... Dah nasib nak buat cam mana kena la bagi autograph kat dia orang... Dia kata bayar kat mana-mana pejabat JPJ sebanyak RM200. Nampaknya kena beli handsfree lepas nie.....

Nie bukan fon saya ye... fon saya cap ayam je janji bole call dan sms.... duit lagi....

Tuesday, July 14, 2009

Dah Setahun

Salam semua... Hari nie genap setahun bersamanya... Alhamdulillah dalam setahun ini dia menjadi teman ku yang paling setia untuk ke mana-mana sahaja. Tanpa sebarang masalah yang besar dalam masa setahun ini maka keputusan ku untuk memiliki dan bersamanya.... rasanya tepat. Buat masa ini insyaallah aku tak akan menduakannya.... Moga hari-hari yang mendatang akan dilalui tanpa ada konflik yang mencengkam.

Pesan Ayah

Salam semua.... Sekarang macam tak tau je nak letak atau tulis apa kat sini. Hmmm.. memang la tak kreatif. Masuk blog-blog lain macam-macam boleh ditulis dan diceritakan tapi tue la macam tak ada idea je sebab tue tak masuk apa-apa kat sini. Esok akan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu mesyuarat di sana dan hari Jumaat akan ke Alor Setar pulak dengan satu lagi mesyuarat. Wah... macam sibuk bebenor je...

Ok jumpa tulisan (nak kata puisi ke apa ye???) di bawah nie sempena hari bapa dan rasa macam best je untuk peringatan sendiri, jadi letak la kat sini.

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!!

“Sayangi dan hormatilah bapa, ayah, abah, abi, babah, daddy, dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.

Friday, July 10, 2009

“Smile” by Charlie Chaplin

Salam semua..... Masa menonton Memorial Service untuk MJ hari Selasa yang lalu ada satu lagu yang bertajuk "Smile" dinanyikan oleh abang MJ, Jermaine Jackson untuk adiknya. Bila dengar lagu tue wah bestnya.... Bila cari-cari kat internet, rupa-rupanya lagu tue dicipta oleh Charlie Chaplin. Tak sangka ye, Charlie Chaplin seorang pelawak pun ada tulis lagu. Bila dengar lagu nie, kita tak patut tunduk kepada masalah atau kesedihan. Senyum selalu macam lirik nie:
" Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile.."

moderntime.jpg smilecover_m1.jpg

‘Smile’ was the theme music for Chaplin last silent picture ‘Modern Times’ in 1936. It became officially ‘Smile’ when John Turner and Geoffrey Parsons added lyrics to Chaplin’s composition in 1954. Nat ‘King’ Cole recorded the song and it became a hit! Cole’s recording reached the #10 position on the Billboard Charts in 1954.

Over the years, it became a standard which many artist have recorded including Tony Bennett, Barbara Streisand and Rob Stewart. Latest to record ‘Smile’ is Robert Downey Jr. on his ‘The Futurist" CD. Downey played Charlie in the movie ‘Chaplin’.

There are people who may heard this song but still not know the melody was originally Charlie Chaplin’s. You will know it quickly if you watch ‘Modern Time’.

Other Chaplin music includes Academy Award winning score from Limelight and ‘This Is My Song’ from ‘Countness of Hong Kong’.

‘Smile’
Charlie Chaplin’s Theme Music for ‘Modern Times’ – 1936
Lyrics by John Turner and Geoffrey Parsons – 1954

smile_score1.jpg

Smile tho’ your heart is aching,
Smile even tho’ it’s breaking,
When there are clouds in the sky
You’ll get by,

If you smile
thro’ your fear and sorrow,
Smile and maybe tomorrow,
You’ll see the sun come shin-ing thro’ for you

Light up your face with gladness,
Hide ev-’ry trace of sadness,
Al -’tho a tear may be ever so near,

That’s the time,
You must keep on trying,
Smile, what’s the use of crying,
You’ll find that life is still worth-while,

If you just smile,

* * * * *

Original Sheet Music Lyrics from 1954, Bourne Music Ltd. # 21 Denmark Street, London.

Music Composed by Charlie Chaplin, Recorded by Nat “King” Cole on Capital Records.

Limelight won the Oscar for Best Music score 20 years after it was first released.



Wednesday, July 8, 2009

Jangan Salah Sangka

Salam semua.... Pernah tak dalam hidup anda, orang... tak kira la orang yang dikenali atau pun tidak cuba membuat "prediction" terhadap anda. Dengan kata lain, menganggap anda sebagai sesuatu yang sangat lain dari diri anda yang sebenar. Tak susah nak faham ayat ni kan? Hmmm..... Entah la mungkin sebab keadaan fizikal dan faktor-faktor luaran kita orang selalu salah anggap sedangkan hakikat sebenarnya semua anggapan itu salah... Kenapa ye semua nie terjadi???

aku gembira sebab aku semakin tabah hadapi dugaan...
aku tak kisah orang tak sayang aku
yang penting hati aku bersih

Saturday, July 4, 2009

Kerja

Salam semua... 3 Julai satu tarikh yang keramat sebab pada tarikh tue la saya melaporkan diri untuk mula berkhidmat di sekolah ini (entry nie terlambat sikit). Pejam celik, pejam celik sekejap je tarikh nie menjelma kembali. Masih teringat lagi masa mula-mula melaporkan diri. Masa dapat surat penempatan, saya masih lagi di Kuala Lumpur untuk satu kerja sementara dan tarikh untuk melaporkan diri pun tak sampai seminggu. Cepat-cepat balik ke kampung di Taiping untuk membuat persiapan memulakan kerja dan syukur sangat-sangat sebab di tempatkan di Seri Manjung. Jadi tak jauh..... senang nak balik kampung walaupun masa tue Seri Manjung agak asing bagi saya. Sekarang tak lagi la kan.....
Macam-macam dilalui, tahun pertama kerja duduk menyewa di Fasa 3A, bukan senang nak dapat rumah sebab kawasan perumahan tak sebanyak sekarang. Pagi-pagi ke sekolah dengan berjalan kaki dengan ditemani Li Na yang tinggal di rumah berdekatan. Setahun lepas tue "dipaksa" (rasa terpaksa la kan bila disuruh masuk kerana tiada warden perempuan masa tue) masuk ke dalam untuk jadi warden. Saya yang menurut perintah, jadi lain pulak suasananya bila jadi warden. Setelah beberapa ketika baru la dapat keluar dari pagar sekolah dan tinggal di luar semula. Fuhh.... leganya tak dapat nak cerita...
Apapun bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan dariNya. Mungkin pada mulanya bukan la kerjaya pilihan tetapi bila diselami dan dilalui beberapa tahun nie rasanya inilah kerja yang akan dilakukan sehingga pencen insyaallah... Tambahan bila tengok kejayaan pelajar-pelajar.....

Kak Zue DI Santiago, Chile

Salam semua.... Selalunya bila on komputer dan melayari internet jarang-jarang sangat YM letak dalam keadaan available, selalunya invisible je atau tak on kan YM tue. Tapi malam nie sebab Mazlinawati kata nak berYM jadi terus on kan YM dan tetiba Kak Zue kawan yang berada di Santiago, Chile tegur (dulu pernah buat entry tentang Kak Zue). Wah lama tak dengar citer dari Kak Zue, sebelum nie selalu dia call je dan hantar email. Jadi tadi terus minta Kak Zue hantar gambar yang dah lama minta. Nie la antara gambar yang dihantar.
Kak Zue dan suami Abang Zali yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Santiago, Chile. Dah minta kebenaran untuk masuk gambar-gambar di blog nie.
Atas dan bawah gambar Kak Zue dengan anak bongsu Iqmal. Dua lagi anak Kak Zue ada di Malaysia. Yang bawah nie gambar kiranya majlis penyampaian sijil sekolah Iqmal selepas tamat sekolah rendah la kiranya. Di sana sesi persekolah baru bermula bulan Julai.
Kak Zue, wah makin awet muda sekarang.
Gambar atas dan bawah nie katanya masa beli barang dapur di pasar.
Dah lama kenal dengan Kak Zue nie dan mungkin bulan Disember nie baru dia balik bercuti ke Malaysia. Mungkin masa tue boleh jumpa lagi.



Wednesday, July 1, 2009

Koleksi Fridge Magnet

Salam semua.... Dah lama tak tunjuk koleksi fridge magnet yang terbaru. Ada banyak jugak FM yang dihadiahkan oleh kawan-kawan dan adik yang memang tau hobi saya tue, selain dari beli sendiri. Ok hari nie tunjuk sebahagian FM yang dibeli dan diterima. Tak de la special sangat tapi sebab pemberian dari kawan-kawan jadi sangat-sangat dihargai... Nanti gie memana belikan lagi ye.... hehehe...

Memula nak tunjuk dulu FM dari kayu yang dibeli di satu kedai borong murah je, sebab cute dan harga boleh tahan jadi beli sebagai penambah koleksi.

Nie pun beli di kedai yang sama, bahan dari kayu jugak tapi dari penyepit baju. Cute sangat sebab colourful.

Yang nie pun beli kat kedai yang sama dan harga pun murah je.

Yang di atas pulak di beli oleh Maznah, memang orang Kelantan. Dah lama pesan nak FM dari Kelantan... nie baru dapat. Masa ke sana memang tercari-cari FM dari Kelantan tapi tak jumpa. Menurut Maznah memang susah nak cari dan harga pun jauh lebih mahal dari tempat lain.

FM di sebelah atas tue dari Bukit Merah ada tulis Bukit Merah tapi kurang jelas dan dihadiahkan oleh Azalilah. Terima kasih bebanyak. Dia pun kalau ke mana-mana selalu ada je FM. Yang sebelah bawah Bukit Merah, pulak dari Maznah lagi dan Asiah yang ke Langkawi untuk kursus Induksi sebelum cuti sekolah.

Ada lagi FM untuk diletakkan di sini tapi lain kali la pulak tunjuk... cukup la yang nie dulu. Terima kasih kawan-kawan yang dah tau hobi saya dan belikan FM yang dipesan. Nanti belikan lagi yee...