Saturday, November 29, 2008

Cikgu Hasnin Terima Menantu


Dapat jemputan ke majlis perkahwinan Nurul Idliani, bekas student (ramai pelajar yang melayangkan kad udangan tapi tak semua dapat dipenuhi, maaf yee...) dan bapa Idliani adalah rakan satu tempat kerja. Ini la tuan rumah, Cikgu Ahmad Hasnin yang menyambut menantu yang pertamanya.
Yang tudung oren, sedondon dengan Cikgu Hasnin tadi isteri beliau, Cikgu Jamaliah dan yang berkebaya tu adik pengantin. Nie pengantin yang sedang disiapkan. Tak tunggu pun pengantin lelaki sampai kami dah balik.
Nie Cikgu Belkies dan suami yang turut hadir di kenduri tersebut.
Lin ngan Izham, Mazlina Azlin dan Maznah bergambar depan rumah pengantin. Lepas bersalam dengan pengantin kami pun balik.
Bila datang ke kenduri mesti jumpa kawan-kawan lama, saudara-mara dan di kenduri nie jumpa bekas pelajar. Antara pelajar yang ditemui adalah Siti Elma tudung pink dan Fauziasha. Lama dah tak jumpa Fauziasha nie dah berbeza dari dulu.
Siti Elma dengan Faizatul Iffah atau masa sekolah dulu lebih dikenali dengan panggilan Puppet
Seorang lagi, Hidayati atau ikut kata Puppet nama dia kat asrama dulu Nadia. Tapi maaf lupa la pulak, ramai sangat student jadi nama ada yang tak ingat. Masa nak balik dia tegur dulu. Iye la dulu saya nie warden kesayangan dia orang hehehehe......
Ok nie pelamin Idli, tapi pengantin tak sampai lagi jadi gambar pelamin je la
Dari rumah kenduri, Elma dan Puppet singgah ke rumah. Banyak cerita masa dia orang sekolah dulu keluar. Majalah sekolah yang lama pun dikeluarkan untuk ingat balik siapa, siapa dan nama mereka. Elma bila ke Manjung mesti singgah ke rumah, lain kali datang lagi ye..

4 comments:

hazlin said...

cam sama lak bj aku ngan erma tu. dh besor dan dah kawin anak murid kita. maknanya... kita ni tambah tua.. umur je la.tp figure tetap muda. tu yg ramai jelous tu..:)

- jinggo - said...

salam cgu - saya memang dah lama tak join program2 macam ni...tapi seronok tgk gambar2 terutamanya gambar pengantin....semuga untuk hari2 seterus pengantin & dan kehidupannya dilindungi dan kerahmatan untuk semua.......

siti_m said...

lin...
aku sokong dan hati pun muda jugak hehehe.. ngan students kita macam kawan2 dah..

siti_m said...

jinggo
ye tue la doa kita untuk pengantin dan keluarga