Wednesday, November 26, 2008

Jamuan Perpisahan 5KE2

Malam semalam 25 November 2008 pelajar-pelajar 5KE2 menjemput ke jamuan perpisahan kelas mereka yang diadakan di KFC, Lumut. SPM belum lagi selesai tapi sebab tinggal 1 kertas sahaja iaitu Lukisan Kejuruteraan pada hari Isnin depan jadi mereka mengambil kesempatan ini untuk mengadakan jamuan. Tahun nie saya mengajar 3 kelas tingkatan 5 dan 3 kelas tingkatan 4. Hanya jamuan kelas ini sahaja yang dapat dihadiri, yang lain tue tak berkesempatan untuk pegi kerana ada urusan lain. Walau bagaimanapun terima kasih kerana menjemput. Antara guru yang hadir tentulah guru kelas Puan Hashita (datang bersama keluarga), Cikgu Rosli cikgu Bahasa Melayu, Puan Rasilah cikgu Matematik Tambahan dan saya cikgu sejarah.
Antara aktiviti yang diadakan selain makan nasi ayam KFC dan kek ada tukar-tukar hadiah antara mereka. Pelajar-pelajar nie semua memakai t-shirt kelas yang berwarna cream - pink dan tertera nama masing-masing dengan title Ir. di depan nama mereka. Insyaallah didoakan semoga semua berjaya dan di depan nama mereka nanti betul-betul ada title Ir.
Puan Hashita dan anak-anak.
Terima kasih di atas jemputan dan semoga berjaya dalam SPM dan di masa-masa mendatang. Nie gambar sebelum balik ada yang balik kampung selepas jamuan nie

No comments: