Sunday, November 23, 2008

Pasar Siti Khadijah, KB

Ok kita sambung balik catatan perjalanan di Kelantan. Sampai di KB, terus check in di Juita Premier Hotel di Jalan Pintu Pong, betul-betul tengah KB. Nasib baik ada bilik mungkin sebab hari Isnin jadi tak ramai pelancong jadi bilik pun ada lagi. Letak je beg terus jalan-jalan ke pasar malam berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah. Kat atas tu sotong kering yang dinipiskan dengan penggolek dan pas tu dibakar sekejap. Boleh pilih nak cicah ngan sambal atau gula. Kat Manjung selalu tengok sotong nie dalam plastik dah siap pack. Pas tu jalan-jalan tapi tak banyak gerai jualan mungkin sebab bukan hujung minggu. Kemudian singgah kejap di Mydin berdekatan.

Esok pagi lepas sarapan terus ke Pasar Siti Khadijah. Sebab awal lagi jadi peniaga di tingkat 2 dan 3 ramai yang belum buka kedai lagi. Ok nie kira pemandangan yang biasa dan selalu diambil oleh pelancong untuk pasar nie.

Nie bumbung pasar, sebab lut cahaya jadi tempat jual beli sayur-sayuran nie jadi terang.
Rata-rata peniaga di sini adalah wanita dan tengok tangan dan leher diaorang masing-masing lip-lap, lip-lap dengan emas. Nampak tak ada dijual telur penyu.

Ada yang kata wanita di Pantai Timur tak kira la sama ada Kelantan atau Terengganu rajin-rajin. Setuju ke? Tapi tak dapat dinafikan di mana saja, orang Kelantan memang suka meniaga. Bila mereka balik kampung mesti bawa balik jualan seperti kain, tudung, kaftan, serunding, keropok dan sebagainya. Betul tak?

Bahagian luar pasar pula banyak dijual buah-buahan dan ada jugak sayur-sayur kampung.

Gambar di bawah adalah antara barang-barang jualan di Pasar Siti Khadijah nie. Ada kain baju, batik, kaftan, songket, tembaga, alatan rumah, keropok, kuih-muih, pisau dan parang dan sebagainya.
Nak jalan-jalan di KB boleh naik teksi atau beca. Penarik beca sedang menunggu pelanggan di luar pasar.

No comments: