Saturday, November 15, 2008

Sudah kembali...

Lama tak update blog nie. Mana menghilang?? Ehh ceh... macam ada yang perasan ketidak hadiran ku dan blog nie tidak di update. Err.... ada ke?? Tak pe la. Selama 8 hari 7 malam sini la saya berada bersama dengan lebih kurang 124 orang guru dari 4 negeri di sebelah utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.Untuk apa ke Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Pulau Pinang nie? Ada yang kata ke sini untuk satu tekanan mental. Memang sebelum menghadiri kursus ini macam-macam yang diperkatakan. Takut jugak sebelum datang, kena siapkan tugasan individu dulu sedangkan kerja-kerja sekolah banyak yang perlu disapkan di hujung-hujung tahun nie. Di sana kena bersedia untuk public speaking, pembentangan tugasan individu, persembahan kumpulan dan diakhiri dengan Ujian Akhir Kursus. Apa pun alhamdulillah semuanya telah selesai dan sebenarnya Kursus PTK ini bergantung kepada individu itu sendiri sama ada nak tension atau tidak. Bagi aku alhamdulillah semuanya satu pengalaman. Kursus ini tinggal satu Kohort saja lagi tahun depan hanya ada ujian bertulis sahaja. Apa pun aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus ini walaupun tertekan jugak. Hehehe... Mana tau ada rezeki dapat 4, 4 alhamdulillah..... Tunggu la saja keputusannya dengar kata 4 bulan lagi baru tau.

3 comments:

Brahimnyior said...

Iyerlah tu. Balik dgn sapa? Saya nyaris-nyaris diuji dengan kemalangan di laluan antara Taiping-Trong, yang banyak selekoh. Kereta dah terbabas, tapi alhamdulillah, dapat dikawal. Allah nak panjangkan umur saya sebenarnya.

hazlin said...

seronok kursus ye?

siti_m said...

cikgu brahimnyior...
alhamdulillah tak jadi apa2. syukur ye. situ memang selalu kemalangan. saya perjalanan balik ok je. alhamdulillah

lin...
nak kata seronok entah la sebab seronok ada tak seronok pun ada. tapi banyak yang seronok hehehe...