Wednesday, November 19, 2008

Air Terjun Titi Kerawang


Pernah dengar tak Air Terjun Titi Kerawang nie? Mungkin ada yang tau.. tapi bagi saya nie baru kali pertama sampai dan tau tentang tempat perkelahan ini. Kat mana? Ok semasa di Pulau Pinang sempat juga keluar berjalan-jalan ronda satu pulau. Dari hotel di Tanjung Bungah jadi terus ke Batu Ferringhi dan Teluk Bahang dan dari sini terus jalan ke Balik Pulau. Memang gerun jugak jalan nie sebab sempit, bengkang bengkok dan menaiki bukit. Sepanjang jalan nie ada banyak kebun buah-buahan tapi sayang masa tue bukan musimnya. Jadi tengok pokok jelah.

Kedudukan air terjun nie adalah 10 km dari Teluk Bahang dan walaupun di atas bukit kedudukkannya tapi kedai jualan tetap ada. Nampak tak apek tu relaks je baca paper tunggu pelanggan. Masa tu bukan cuti sekolah jadi tak de orang pun, sunyi dan tenang je tempat nie.

Gerai jualan yang ada menjual buah-buahan dan kain baju

Di atas bukit nie jugak ada dijual rempah ratus dan ada banyak biji buah pala dijual untuk masakan, Penang kan famous dengan buah pala. Gambar bawah nie gerai yang menjual rempah ratus.
Dari air terjun, perjalanan diteruskan ke pekan Balik Pulau. Kecil je pekan nie tapi sedang pesat membangun. Ada pembinaan jalan baru yang sedang dijalankan dan banyak la tiang-tiang yang telah dibina kerana jalan nie mengikut perancangan sebahagian besar di atas tiang-tiang konkrit dan hanya sedikit menjejak tanah tetapi dengar-dengar macam terbengkalai je projek nie. Terlupa pulak nak ambil gambar projek jalan-jalan dalam pembinaan nie. Tak tau la kita tunggu la bila siap.

Di tengah pekan Balik Pulau.

Lalu Bayan Lepas ke Relau dan terus ke Bandaraya Warisan Georgetown yang famous dengan landmark Komtar. Dari jauh lagi dah nampak.

Satu lagi landmark yang famous jugak Pasar Chowrasata.

No comments: