Bila sampai di Kuala Terengganu, tempat pertama yang dituju adalah Pasar Payang. Sebab masing-masing tak tau jalan jadi signboard jadi petunjuk. Alhamdulillah sampai jugak walaupun mula-mula kelam-kabut. Nampak tak Pasar Payang terus.
Dari segi jualan tak banyak beza dengan Pasar Siti Khadijah tapi batik dan sutera memang banyak pilihan dan cantik-cantik. Harga pun tinggi sikit dari KB. Design, kain, warna memang menarik hati tapi tak beli pun. Bila dah banyak sangat sampai tak reti nak pilih.
Tertarik dengan signboard nie di tangga dalam Pasar Payang. Apa maksud " Bersopan santun menggunakan tangga"? Ada orang mengintai ke? Sesiapa boleh terangkan???
Kain batik dan songket memang banyak pilihan dan cantik-cantik.
Terengganu famous dengan penyu. Haa... nie ada telur penyu, pernah makan dulu tapi tak suka dengan rasanya.
Terengganu famous dengan penyu. Haa... nie ada telur penyu, pernah makan dulu tapi tak suka dengan rasanya.
Ok abis dah citer jalan-jalan ke Pantai Timur. Cuti sekolah panjang lagi, tak tau nak pegi mana pulak lepas nie. Bulan Disember nie ada kerja yang perlu dilaksanakan yang menyebabkan nak ke mana-mana mungkin susah sikit.
3 comments:
Aha, dah rambang mata dibuatnya.. Di Pasar Payang, bukan takat tekstil seperti batik dan songket, buah-buahan hinggalah ke ikan segar dari Laut China Selatan pun ada.
Gunakan kuasa tawar menawar (bargaining power), jika tak, kena ketuklah jawabnya..
izzuddin
tapi bila loghat kita tak sama mereka tau kita orang luar... kena ketuk jugak nampaknya
Bersopan santun naik tangga maksudnyer naik dengan berhati2 dan jangan berebut2..bahasa yang lebih lembut tapi mendalam maksudnyer..:)
Post a Comment