Here I go again on my own
goin' down the only road I've ever known.
Like a drifter I was born to walk alone.
An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time.
Mohon pada Mu moga dipermudahkan segala urusan.... Amin....
(Nie baru permulaan....)
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Saturday, January 22, 2011
Thursday, August 12, 2010
Melangkah Mencari Arah...
Melangkah Itu Mudah.
Namun Mencari Arah Itu Yang Terkadang Payah.
Mencari Jalan Itu Mudah,
Namun Memahami Destinasi Itu Yang Susah.
Menyusuri Susur Itu Mudah,
Mencari Jalan Itu Mudah,
Namun Memahami Destinasi Itu Yang Susah.
Menyusuri Susur Itu Mudah,
Namun Menuju Noktah Itu Pasti Mendatangkan Lelah.
Monday, August 9, 2010
Salam semua...
Mungkin kita pernah diingatkan tentang ini....
Mungkin kita pernah diingatkan tentang ini....
Kita hanya makhluk yang selalu dipesan supaya berserah pada DIA.
Semua yang positif dan negatif Allah tetapkan kepada kita, apa yang berlaku adalah ujian yang menuntut kebijaksanaan akal dan iman untuk menanganinya. Percayalah kepada qada' dan qadarNya, jangan berburuk sangka dan jangan juga berputus asa dengan rahmatNya.
Believe that Allah knows what is best for u.
Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan ini kita akan sentiasa menjadi hambaNya yang sering bersyukur dengan segala rahmatNya.... Amin....
Thursday, July 1, 2010
Sebulan Berlalu
Salam semua... Hari ini genap sebulan setelah berlakunya peristiwa itu. Peristiwa yang membawa seribu pengharapan...
Tuesday, June 29, 2010
Apa dan Kenapa
Salam semua...
apa yang aku rasa hari nie...?
sedey...?... gembira...?.. bercinta..?... mencintai..?... marah?....
geram?......terkejut..?......hampa..?.. kecewa?..... ajaib..?..
suspen..?... loya..?...hebat..?...selesema?...confius..?....
x terkata?......x hepi..?...langsung x menarik...?.undefined..... x mo bercakap?...
menyukai..?.. x disukai..?.......x sangka..?..
menjerit..?.. hampeh..?.....melopong?................robot..?
.. kecewa berderai?.....terlalu ehem..ehem..?......
semua ada bercampur-baur...
aaaaaahhhhh....
Thursday, March 4, 2010
Tuesday, February 9, 2010
...
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari...
Dia datangkan petir dan kilat...
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar...
Dia datangkan petir dan kilat...
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar...
Rupa-rupanya... Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

Sunday, February 7, 2010
Perasan Tak???
Salam semua.... Anda semua perasan tak semakin hari, masa berlalu semakin cepat. Pejam celik, pejam celik dah seminggu. Esok dah Isnin kena kerja semula untuk menghadapi para pelajar dan tugasan yang tak pernah selesai. Rasanya macam baru sahaja menyambut tahun baru, sekarang dah masuk pertengahan bulan Februari. Esok jugak genap sebulan Abah pergi dan menjadikan aku anak yatim piatu... (nanti la nak buat entry tentang Abah). Secepat itu jugaklah usia kita meningkat, bermakna kita semakin hari menghampiri mati. Ngerikan..................!
Marilah kita sama-sama memantapkan persediaan ke sana.
Marilah kita sama-sama memantapkan persediaan ke sana.
Thursday, September 3, 2009
Kalau Tak Ada Bonus???
Salam semua... Dalam seminggu nie dalam akhbar banyak menyiarkan tentang harapan pekerja sektor awam agar dikurniakan bonus menjelang hari raya Aidil Fitri ini. Apa kata bonus tidak diberikan??? Apa yang anda akan lakukan???
Tue dia.... Cutekan gambar bebudak di atas tue menangis sampai keluar hingus lagi... Kita yang dah berusia nie takkan nak menangis kot. Pada pendapat saya, bonus elok la diberi di akhir tahun nanti untuk persiapan menjelang sesi persekolahan. Masa tue nak beli buku, baju sekolah, kasut sekolah dan barangan persekolahan. Mungkin ada yang tak sokong tapi hari raya tak semestinya semua kena baru mungkin kalau ada yang boleh digunakan lagi, kita gunakan, jangan membazir. Berhari raya ikut kemampuan kita.
Thursday, August 20, 2009
Perginya Tak Kembali
Salam semua.... Memang terkejut dan seperti tidak percaya bila pagi tadi mendapat berita perginya anak Cikgu Mohd Sulaimi Md Islam dan isterinya Puan Asiah iaitu Amirul. Sejak akhir-akhir ini banyak diterima berita-berita mengejut tentang pemergian yang tidak kembali lagi.... En Sulaimi adalah Ketua Bidang atau Guru Kanan Kemanusiaan di sekolah, jadi boleh dikatakan bos saya dan selalu bekerjasama dengannya untuk subjek sejarah. Amirul masih lagi muda baru 13 tahun dan selalu dibawa oleh Cikgu Sulaimi ke mana-mana kerana dialah satu-satunya permata hati Cikgu Sulaimi dan isterinya. Dan sekarang Amirul telah dijemput pergi kerana Allah lebih menyayanginya.
Kami yang mendengarnya pun merasa begitu terperanjat dan sedih apatah lagi Cikgu Sulaimi dan isterinya.
Thursday, August 13, 2009
Pemergian Ustaz Asri
Salam semua....
Kita dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Asri vokalis utama kumpulan Rabbani pagi tadi. Kumpulan Rabbani pernah datang ke sekolah untuk satu program motivasi bersama pelajar dan seterusnya mengadakan konsert di dewan sekolah (ceritanya ada disini). Malam tue Ustaz Asri begitu ramah dan sentiasa tersenyum melayan karenah pelajar-pelajar dan tak kurang cikgu-cikgu untuk bergambar. Semoga Allah mecucuri rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Wednesday, July 8, 2009
Jangan Salah Sangka

aku gembira sebab aku semakin tabah hadapi dugaan...
aku tak kisah orang tak sayang aku
yang penting hati aku bersih
aku tak kisah orang tak sayang aku
yang penting hati aku bersih
Friday, April 10, 2009
Hujan

Malam nie hujan turun dengan lebatnya bermula dari pukul 8.55 tadi dan sekarang pun masih lagi hujan. Dah lama hujan tak turun dengan lebatnya di sini. Memang Manjung yang berdekatan dengan pantai selalu panas cuacanya. Sebab tue ada kawan-kawan yang kata (tak tau betul ke tak) air cond memang laku di sini. Mungkin jugak ye sebab bila lalu je di kawasan-kawasan perumahan di sini kebanyakan rumah dipasang dengan air cond, dah macam satu keperluan dan bukannya satu kemewahan.
Syukur la malam nie hujan jadi tak perlu pasang air cond dan jimat duit elektrik malam nie (semalam je jimat ke?) . Tidur awal la malam nie, nak tengok tv pun tak ada siaran, tue la kena bayar, tapi bila hujan je terus tak dapat siaran. Terbantut tengah tengok One in A Million tadi. Tomok tak nyanyi lagi ( tak la minat tapi dalam OIAM dia antara peserta yang menyerlah). Esok kena keje sebab menggantikan cuti bulan September nanti sempena Hari Raya. Akhir-akhir nie banyak pulak keje, datang bertimpa-timpa.
Minggu nie jadi guru bertugas dan hari nie dalam perhimpunan mingguan kena jadi MC. Walaupun dah biasa bercakap dalam kelas tapi bila sesekali bercakap di hadapan ratusan pelajar menggelabah jugak tambahan pulak big boss ada minggu nie. Hahaha... walau bagaimanapun Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...
Hujan makin lebat pulak. Tido la...
Monday, January 19, 2009
I Believe
-that our background and circumstances may have influenced who we are, but we are responsible for who we become.
I believe
-that no matter how good a friend is, they're going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.
I believe
-that true friendship continues to grow, even over the longestdistance. Same goes for true love. I believe
-that it's taking me a long time to become the person I want to be.
I believe
-that you should always leave loved ones with loving words. It may be the last time you see them.
I believe
-that you can keep going, long after you can't.
I believe
-that we are responsible for what we do, no matter how we feel.
I believe
-that either you control your attitude or it controls you.
I believe
-that heroes are the people who do what has to be done when it needs to be done, regardless of the consequences.
I believe
-that money is a lousy way of keeping score.
I believe
-that my best friend and I can do anything or nothing and have the best time.
I believe
-that sometimes the people you expect to kick you when you're down, will be the ones to help you get back up.
I believe
-that sometimes when I'm angry I have the right to be angry, but that doesn't give me the right to be cruel.
I believe
-that maturity has more to do with what types of experiences you've had and what you've learned from them and less to do with how many birthdays you've celebrated.
I believe
-that it isn't always enough to be forgiven by others. Sometimes you have to learn to forgive yourself.
I believe
-that no matter how bad your heart is broken the world doesn't stop for your grief.
I believe
-that just because two people argue, it doesn't mean they don't love each other. And just because they don't argue, it doesn't mean they do.
I believe
-that you shouldn't be so eager to find out a secret. It could change your life forever.
I believe
-that two people can look at the exact same thing and see something totally different.
I believe
-that your life can be changed in a matter of hours by people who don't even know you.
I believe
-that even when you think you have no more to give, when a friend cries out to you, you will find the strength to help.
I believe
-that credentials on the wall do not make you a decent human being.
I believe
-that the people you care about most in life are taken from you too soon.
Friday, January 16, 2009
Maaf dan Marah

Marah pulak pelengkap benci.
Namun akan padamkah satu titik hitam dihati jika maaf dan marah menjadi dendangan lidah yang tak bertulang?
Akan tenangkah perasaan kalau sabar dan benci pemula gerak bibir untuk melahir kata-kata? Biar sekali dalam kehidupan memohon maaf asal nilainya sepanjang nyawa…. 

Wednesday, January 14, 2009
Bila Penyakit "M" Melanda

Awal tahun memang banyak kerja yang perlu disiapkan, tapi itu juga bukan sebabnya.
Sunday, January 4, 2009
Hati-hati Guna Eskalator

Saturday, January 3, 2009
MENITI USIA BERPANDUKAN ISLAM
Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut;
1) Mumaiyiz
Tahap di mana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.
2) Pemuda/i
Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya. Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun.
3) Orang tua
Bermula umur 40 tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40 tahun, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.
"Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40 tahun MAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebhg putih-putih.
Apabila seseorang itu sampai umur 50 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghidari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.
Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.
Apabila telah mencapai umur 70tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.
Apabila telah mencapai umur 80tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata-mata kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa-dosanya, sedangkan pahala berterusan dicatit.
Apabila telah sampai umur 90tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur-umur sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;
i) mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia;
ii) menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini;
iii) juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka."
___________________****************______________________
Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah & dipermudahkan urusannya.
Tips dari Saidina Ali kw;*** "Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN"
***Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca AlQuran itu menjadi amalan yang berterusan.
Doa pada umur 40 tahun : Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15" Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)"
1) Mumaiyiz
Tahap di mana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.
2) Pemuda/i
Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya. Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun.
3) Orang tua
Bermula umur 40 tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40 tahun, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.
___________________**********************___________________
Sabda Nabi SAW (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad drp Anas b Malik);"Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40 tahun MAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebhg putih-putih.
Apabila seseorang itu sampai umur 50 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghidari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.
Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.
Apabila telah mencapai umur 70tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.
Apabila telah mencapai umur 80tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata-mata kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa-dosanya, sedangkan pahala berterusan dicatit.
Apabila telah sampai umur 90tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur-umur sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;
i) mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia;
ii) menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini;
iii) juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka."
___________________****************______________________
Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah & dipermudahkan urusannya.
Tips dari Saidina Ali kw;*** "Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN"
***Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca AlQuran itu menjadi amalan yang berterusan.
Doa pada umur 40 tahun : Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15" Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)"
Wednesday, December 31, 2008
Selamat Tahun Baru 2009
Tahun baru merupakan sempadan masa yang memisahkan antara satu detik dengan detik yang lain. Cuba kita hayati kata-kata di bawah ini semoga dapat sedikit sebanyak memberi keinsafan kepada kita dalam mengharungi tahun hijrah 1430 dan tahun masihi 2009.
Mungkin kapas yang yang akan membuat kain kapan kita telah dituai.
Dan telah dipintal menjadi benang.
Dan ditenun untuk menjadi kain kapan kita dalam tahun 2009.
Mungkin juga kain kapan yang akan kita gunakan telah berada di kedai kain dalam daerah kita. Menunggu masa kematian kita sahaja, agar dapat dibeli.
Kalau kita tahu ladang kapas yang mana, sudah tentu kita akan berusaha untuk membeli ladang tersebut.
Dan kita akan menggantikannya dengan tanaman jagung.
Tapi, mungkin juga kematian kita kerana tercekik tongkol jagung dari ladang kita di luar negeri..
ladang kapas
Thursday, November 27, 2008
Ambil Darah
Semalam pergi Hospital Seri Manjung untuk ambil darah dan minggu depan pula ada appointment di MOPD untuk dapatkan result dan berjumpa doktor. Ok nie saja nak tunjuk gambar semasa proses ambil darah dijalankan. Guna handphone je jadi gambar tak la clear sangat (hehehe... macam la pakai camera gambar clear dan cantik...).

Bagi yang tak biasa mungkin ngeri kot. Tapi tak la sakit sangat sebenarnya. Kalau masa nak ambil darah dan tak jumpa urat, tue yang agak sakit, terutama bila kena cucuk sampai dua tiga kali. Tahan je la....
Subscribe to:
Posts (Atom)