Monday, November 24, 2008

Perjalanan ke Terengganu

Dari KB cadangnya nak ke Terengganu, alang-alang dah sampai Pantai Timur apa kata terus je ke Kuala Terengganu. Apa kata pegi Taman Tamadun Islam kat Pulau Wan Man tak pernah lagi ke sana. Jalan tak tau sangat jadi bergantung pada signboard je. Redahhh.. ajer... Jalan-jalan, terikut jalan persisiran pantai (nie kira ikut jalan jauh) jadi masuk ke daerah Bachok dan lalu Pantai Irama.
Terletak di daerah Bachok kira-kira 25km dari Kota Bharu dan 1km dari Bachok. Pantai ini tergolong di antara yang tercantik di Kelantan dan sepanjang Pantai Timur. Sebab nie first time sampai di sini jadi singgah untuk ambik gambar dan tinggalkan jejak.

Pantai Irama ini terkenal sebagai pusat perkelahan dan rekreasi di Kelantan. Pantai ini menghadap ke Laut China Selatan yang berombak sederhana yang menjadikan pantai dan lautnya bersih dan sesuai untuk mandi manda.
Kami teruskan lagi perjalanan dan lalu masuk ke daerah Pasir Puteh, pintu gerbang tu sebagai tanda penamat daerah Bachok dan masuk ke daerah Pasir Puteh.

Melalui Jambatan Tok Bali, Pasir Puteh dan sampai di Pekan Tok Bali. Nampak tak replika kapal yang tulis Selamat Datang Ke Tok Bali. Singgah di satu pantai iaitu Pantai Bisikan Bayu yang juga dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu kerana terdapat banyak pokok Rhu Rendang yang menjadi tempat berteduh dari panas matahari. Pantai nie sepanjang 3 km tetapi seperti tidak terjaga dan ada lembu yang berkeliaran di pantai ini.

Kat pekan nie ada banyak kedai-kedai yang menjual keropok-keropok sama ada keropok kering pelbagai jenis dan keropok lekor.
Lepas nie terus masuk ke negeri Terengganu.

3 comments:

Brahimnyior said...

Oit, dah tibe Tengganu upenye.

TTI di Pulau Wan Man memang cantik, tapi masjidnya tak diimarahkan, sayang cantik tapi takde seri sebagai rumah Allah.

Singgahlah ke Pasar payang, banyak yang buleh dibeli.

Jangan lupa ke Batu Buruk, pantainya luas macam di Kelate.. maklumlah, berdepan Laut Cina Selatan, tak macam di tempat kita, pantai sempit dan tak lebar.

Berhati-hati dengan ombaknya, kuat dan kekadang menggerunkan...

Habshah said...

Assalammualaikum,

Kami ada pergi Tok Bali bulan Mac tahun ini , dua kali. Kerana di situ tempat Ita kena PLKN. Memang ada replika kapal ke, memang ada pantai yang cantik dan makanan nya pun murah.

Pergi mana lagi lepas ini?

siti_m said...

izzuddin..
ke terengganu sekejap sahaja. pasar payang singgah tapi tak beli apa pun. TTI memang cantik tak dapat dinafikan.

pn habshah...
memang ada nampak signboard kem plkn di tok bali. lalu tok bali dan singgah hanya untuk beli keropok je.
pas nie tak tau jalan mana lagi sebab dah sibuk nak marking paper pulak