Kawasan di sekitar R & R Tasik Raban
Berhenti kejap atas Jambatan Raja Muda Nazrin, Tasik Raban untuk ambik gambar.
Satu lagi tasik sepanjang lebuhraya Timur Barat nie adalah Tasik Banding. Tapi tak berhenti di R & R tasik nie jadi ambik gambar dari dalam kereta sahaja. Jadi perjalanan diteruskan ke Kelantan dan singgah di Bukit Bunga, Jeli.
Macam-macam ada di sini terutama barangan dari mana lagi kalau tak Siam. Singgah hanya untuk lihat-lihat sahaja barangan yang dijual, sama saja macam di Padang Besar. Jadi tak beli apa-apa pun.
Tertarik dengan dua jenis buah salak satu panjang dan lonjong, nie jarang jumpa dan satu lagi buah salak yang biasa dilihat dijual di merata-rata tempat. Ikut kata peniaga, yang lonjong tu isinya lagi lembut. Tak tau betul ke tak sebab tak beli pun.
Perjalanan di teruskan lagi sampai ke Kota Bahru, Kelantan ha... dah nampak pun KB Mall. Sampai lebih kurang pukul 6.00 petang. Tapi tak singgah pun. Lalu je. Terus ke PCB atau Pantai Cahaya Bulan untuk lihat pantai di waktu petang. Nampak tak signboard, PCB kanan pukul tiga.
Ramai jugak pengunjung di PCB tapi tu la sebab hakisan jadi pantai nie diletak bongkah-bongkah batu. Jadi nak mandi-manda kurang sesuai. Kedudukan gerai-gerai makanan juga telah diubah. Kalau dahulu betul-betul depan pantai tapi selepas diletak batu-batu, gerai-gerai telah diletak ke belakang sikit jauh dari pantai. Dulu ada gerai-gerai jual kraftangan dan kain baju batik di sini tapi kali nie tak nampak pulak mungkin dah dipindahkan. Sepanjang jalan ke PCB memang la banyak kedai-kedai jualan batik.
Selepas makan maka kami terus ke Kota Bahru untuk cari tempat penginapan.
2 comments:
Wah, ke Pantai Timur rupanye cuti ni? Bersungguh benar Cikgu Yam...
Nak kem kepok lekor, boleh?
Dah balik manjung pun. Pegi kejap je.
Post a Comment