Tuesday, November 25, 2008

Masjid Kristal

Nie nak cerita dulu tentang perjalanan ke Taman Tamadun Islam dan tujuan utama adalah ke Masjid Kristal. Taman ini tidak berjauhan dengan Muzium Negeri Terengganu. Pembinaan Masjid Kristal terletak di Taman Tamadun Islam yang lokasinya terletak di Pulau Wan Man di pesisiran Sungai Losong.
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, merupakan masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
Taman Tamadun Islam ini telah bahagikan kepada 6 bahagian iaitu bahagian 1 (Masjid Kristal dan perumahan khas imam dan bilal), bahagian 2 (Monumen masjid yang menjadi mercu tanda Islam di seluruh dunia), bahagian 3 (Pusat konvensyen), bahagian 4 (terdiri Lagun taman terbuka wakaf, trek joging dan astaka serta kawasan memancing), bahagian 5 (Kompleks masuk TTI, pusat astrionomi dan pusat komersil) dan bahagian 6 adalah merupakan bahagian masuk ke TTI.
Pintu gerbang masuk ke Taman Tamadun Islam
Bahagian replika monumen dan masjid dari seluruh dunia ini dikenakan bayaran masuk RM10.00 untuk dewasa dan Rm5.00 untuk kanak-kanak. Terdapat 21 replika monumen dan dengarnya kerajaan negeri bercadang membina kincir angin di mana saiznya lebih besar dan menyamai kincir angin digunakan oleh masyarakat Islam pada zaman lampau. Tapi tu lah sebab kesuntukan masa jadi tak masuk pun dalam kawasan replika monumen nie. Hmmm.... kena datang lagi nie, lain kali mesti masuk.
Replika Masjid Al-Aqsa ini diambil dari bahagian luar kawasan monumen dan terletak di bahagian depan pintu masuk.

Ok nie antara gambar-gambar yang diambil di sekitar kawasan Masjid Kristal. Memang indah masjid nie kalau malam dengan lampu-lampu menyala tentu lebih indah. Tapi masjid ini jauh dari kawasan kediaman jadi masa sampai hari tu tak ramai yang bersembahyang. Mungkin insyaallah di masa akan datang lebih ramai yang akan mengimarahkan masjid ini setanding dengan kecanggihan binaannya.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...

Yang berkubah kuning itu bukanlah Masjid Al-Aqsa, itu ialah Dome of the Rock ataupun Al-Sakhrah...

Sila layari internet untuk mencari Masjid Al-Aqsa yang sebenar terletak 300m daripada Dome of the Rock...

Wassalam

Jαnnαhツ said...

masjid kristal cantik...