Thursday, November 27, 2008

Ambil Darah

Semalam pergi Hospital Seri Manjung untuk ambil darah dan minggu depan pula ada appointment di MOPD untuk dapatkan result dan berjumpa doktor. Ok nie saja nak tunjuk gambar semasa proses ambil darah dijalankan. Guna handphone je jadi gambar tak la clear sangat (hehehe... macam la pakai camera gambar clear dan cantik...).
Mula-mula pembantu perubatan tue cuak jugak nak bagi ambik gambar tapi bila kata saja untuk simpanan sendiri dia ok je, siap suruh ambik gambar dekat-dekat lagi. Ok memula ikat dulu lengan dan tangan kena genggam supaya senang nampak urat atau urat timbul. Dia kata walaupun lengan besar (hehehe...) tapi senang nampak urat.
Dia ketuk-ketuk sikit lengan supaya urat timbul dan baru cucuk jarum untuk ambil darah. Ok nie masa mula nak cucuk jarum. Rasa macam kena gigit semut je...
Ok nie bila dah dapat uratnya dan darah dah keluar sedikit.
Darah dah mula keluar, nampak tak tabung jarum tu dah ada darah.
Haa... nampak tak darah yang diambil...
Bagi yang tak biasa mungkin ngeri kot. Tapi tak la sakit sangat sebenarnya. Kalau masa nak ambil darah dan tak jumpa urat, tue yang agak sakit, terutama bila kena cucuk sampai dua tiga kali. Tahan je la....

4 comments:

ummi afifah said...

ngerila kak yam tengok jarum tu..

siti_m said...

azreen..
hehehe...sakit sikit je

Unknown said...

tulah yang selalu dielak dengan macam2 alasan.....

siti_m said...

jinggo
kita jangan selalu sangat mengelak nanti lagi susah di kemudian hari