2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah
3 comments:
Cukup menarik kata-kata 12 sifat sahabat ini. Silalah lawat ke laman dari sahabat untuk sahabat di www.celikhuruf.blogspot.com
Terima kasih cikgu!
salam singgah - semuga hari ini dan seterusnya kita di lingkungi oleh sahabat yg baik.....
RMN..
bertuah la kita kalau dapat sahabat seperti itu. Tapi tu la bukan senang nak cari sekarang.
JINGGO..
Insyaallah semoga sahabat2 kita mempunyai sifat2 tersebut. Apa pun kita dulu mesti mempunyainya dan insyaallah Allah akan mengurniakan sahabat seperti itu..
Terima kasih kerana berkunjung
Post a Comment