Hari nie nak buat entry tentang jalan-jalan cari makan masa ke Perlis di awal cuti Tahun Baru Cina. Nie kira entry yang dah berusia seminggu sebab ke Perlis pada hari Sabtu 24 Januari 2009 selepas Kursus Peningkatan Profesionalisme di sekolah. Kali nie ke Perlis dengan adik so ada la kawan sembang dan jalan memang jammed terutama bila masuk Penang kebetulan ada accident di Bukit Tambun tapi alhamdulillah kereta jalan walaupun perlahan.
Bila sampai di Napoh, Kedah tempat makan nie memang famous bagi orang di kawasan utara Kedah. Ha... nie dia Jo Cendol.... yang pernah belajar kat UUM mesti familiar ngan kedai makan nie. Terkenal dengan cendol pulut dan mee rebus, tapi ada banyak lagi menu di sini. Gambar atas tue cendolnya tapi bagi saya dan adik, cendol kat Taiping lagi sedap (orang Taiping mesti la puji... sori orang Kedah). Kedai yang dekat dengan SMK St George tue..... lupa nama apa kedai tue... nanti la balik Taiping tengok balik.
Ok belah kiri Mee Rebus dan kanan tu Moi Sup. Famous jugak kat sini. Kata Mazlinawati yang dah tinggal di Changloon Laksa dan Cucur Udang dia sedap, tapi tak try lagi dua hidangan tue.
Pagi hari Ahad tue kami breakfast di Arau kat Mek Siti Kantin KTMB Arau. Abah kata Nasi Dagang dia sedap jadi ke sana untuk sarapan.
Nie gambar abah ngan Abang Nan lepas selesai makan sarapan. Senyum je... sebab dah kenyang.
Masa tengah makan tue keretapi dari Bangkok berhenti di Arau untuk mengambil penumpang ke Butterworth. Menurut kata pemandu keretapi yang minum di kantin tue jugak perjalanan ke Bangkok dari Butterworth ada dua kali sehari. Lama dah tak naik keretapi.....
Nie dia Nasi Dagang dan Nasi Kerabu yang terkenal kat kantin Mek Siti. Ada jugak hidangan lain seperti nasi lemak dan lain-lain. Rasa dia tak la original macam kat Pantai Timur tapi ok la ....
Petang tue jalan-jalan ke Padang Besar, orang punya la ramai dan harga barang pun mahal dari biasa. Balik tue saya dan adik singgah kat Azlienas Cafe untuk minum petang. Menarik jugak tempat nie sebab ada pondok-pondok kecil yang dibuat dari buluh tempat menjamu selera selain ada wifi. Saya cuba hidangan yang terkenal di situ iaitu Mee Rebus Tulang dan adik makan Kuey Teow Goreng.
Malam tu adik kata dia nak belanja abah dan kakak dia makan di Putra Palace, Kangar. Ok je... hehehe... Kami pergi ke Bendang Coffee House. Masa tu ada buffet steamboat tapi sebab hanya saya je nak steamboat jadi dia kata tak boleh nak sediakan. Tak pe la makan je la ala carte. Abah order Sup Ekor Lembu, rasa pelik pulak bila Sup Ekor bubuh taugeh. Saya pula order Nasi Goreng Nenas.
Adik pula makan Pan Fried Salmon. Ok saja je nak buat entry tentang makan-makan mana tau nanti sesiapa yang ke sana boleh cuba. Cuti seminggu nie tak ke mana pun cuma ke Perlis dan balik ke Taiping sekejap. Hari Isnin nie dah sekolah balik.
11 comments:
fuyooo... sedapnye, terasa lapar semula perutku... tk leh jd gini, jap lg nk selak tudung saji la...
ni baru namanya jln2 cari makan ye siti, patut le lame menyepi.
nak blaja hias blog ye siti... boleh je, ping tera bila ada free ye!
tera rajin masak kan so ok buka tudung saji ada makanan.... buka tudung saji apa pun tak de....
ok nanti saya ping tera terima kasih....
lapar...lapar....
~teringat ms KPLI kat Perlis dulu...
mmg suka jalan~jalan cari makan, sebab murah...
sampai ada niat nak dok kat sana dulu... gilork! :) ~
Assalammualaikum,
Cucur udang Jo Cendol memang sedap. Kalau pergi situ mesti order macam2 padahal yang makan hanya dua orang. Azelinas Cafe tu dekat mana?
Thanks
tengok - kan kakak dah marah lagi......
saya kelaparan !
semuanya sedap
Tukang Cerita
apa salahnya duduk kat Perlis atau utara sana... makan memang murah jimat belanja. tak cuba belum tau bestnya atau tak
Pn Habshah
Assalamualaikum... cafe tue kat Kangar je jalan on the way ke Arau
jinggo
hehehe... tak pe kakak saya baik, dia tak marahnyer.... dia pun suka jalan-jalan cari makan
Tak pekena nasi ganja ke?
Cucog ketam ka..
ashley
nasi ganja kat mana? pernah dengar... tapi tak sure..
cucuq kat kuala perlis ada la makan tapi masa ke Perlis trip yang lalu
memang makan sakan...
Post a Comment