Sunday, January 4, 2009

Hati-hati Guna Eskalator

Kenapa lak tunjuk gambar selipar kena gigit anjing??? Oppss... selipar nie bukan kena gigit anjing tapi digigit dek eskalator.
Cuti baru-baru nie, jalan-jalan di beberapa shopping complex kat Mutiara Damansara dan di Cineleisure nie la selipar yang adik pakai digigit oleh eskalator. Dia marah sangat sebab selipar nie baru beli seminggu je. Tak pe la nasib baik kasut je rosak dan bukannya jari-jari kaki. Kejadiaan nie berlaku ketika menaiki eskalator di tempat tersebut
Selama nie ingatkan naik eskalator nie selamat tapi bila tengok selipar adik tersangkut di eskalator tue jadi kena beringat lain kali. Jadi penting untuk kita berhati-hati ketika menggunakan eskalator terutama bagi kaum wanita dan kanak-kanak. Kain baju kurung tu elok dipegang ketika nak sampai di tingkat yang di tuju. Ini untuk mengelakkan kain atau kasut kita masuk atau tersangkut ke dalam tangga eskalator yang sedang berpusing tue. Kalau tersangkut, kan haru. Saja tunjuk gambar nie sebagai ingatan kepada kita semua, sebab dalam selamat sesuatu benda tu ada bahayanya, HATI-HATI.

4 comments:

Habshah said...

Assalammualaikum,

Semuga meningkat umur, dirahmati Allah, bertambah matang dan dimurahkan rezeki.

Happy birthday love you

Thanks

siti_m said...

w'salam..
terima kasih dan selamat menghadapi sesi persekolahan 2009 tak kira la di sekolah baru atau yang lama.
love u too.

hazlin said...

betul betol betoi,
semua kita perlu berhati-hati walau di mana kita berada dan apa yg kita buat.. heh heh

mrak said...

ni bukan selipar la cikgu ct, yg ni ialah crocs - hehehe lain skit tu kak ct

happy birthday and love you!!