Friday, January 2, 2009

Koleksi Fridge Magnet Terbaru

Masa dalam bercuti baru-baru nie sempat ke Kuala Lumpur dan jalan-jalan ke rumah adik di Kota Warisan dan Bandar Sri Damansara. Selain tu pegi juga ke Nilai sebab antara Kota Warisan dan Nilai 3 dah dekat sangat dalam lebih kurang 20km. Semasa jalan-jalan tue antara barang yang dicari adalah fridge magnet.
Gambar di atas nie adalah fridge magnet yang diberi oleh adik iaitu dari Taipei, Taiwan dan Taj Mahal dari India. Pengantin Korea tue pula dihadiahkan oleh Cikgu Haslina rakan dari Ipoh yang pergi ke Korea dalam cuti baru-baru ini. Sebelum nie memang dah ada dua pasang pengantin Korea nie yang dibeli dari internet. Terima kasih ye sebab kalau nak ke sana tak tau bila akan sampai.
Ok 4 FM kopi, cawan dan teko tue dibeli di Nilai 3. Sebelum nie bila ke sana tak pernah jumpa FM, tapi kali nie jumpa banyak jugak yang dijual. FM chef tue pula beli kat The Curve. FM kucing, gajah dan kuda laut tu beli kat satu kedai di Ikano dan yang Merry Christman tue kat The Curve. Masa beli, penjual tue tanya nak bagi kawan ke?? Jadi saya iye kan je la. Saja je sebab nampak comel tak bermaksud apa-apa pun.
FM handbag nie beli kat Nilai 3.
3 FM di bahagian bawah dalam gambar di atas dibeli di The Curve dan yang dua lagi tue adik yang bagi, iklan Microsoft dan satu restoran di Turki. Tak kira la iklan pun janji ada magnet, saya tetap hargai pemberian tersebut.
Nie pula fridge di rumah, gambar atas nie adalah bahagian fridge dari pandangan sebelah kiri.
Yang ini gambar bahagian depan fridge. FM sebelah bahagian atas tue adalah antara FM yang telah lama dikumpul.
Di sebelah kanan pula baru nak mula letak FM. Wah banyak lagi space... boleh cari FM lagi nie... Masa jalan-jalan dengan adik-adik, mereka kata membazir je beli semua tue... tapi entah la dah hobi kot jadi pergi mana-mana mesti cari terutama yang ada tulis nama tempat yang dikunjungi. Lagi pun simpan sebagai kenangan tempat yang telah dilawati. Nasib baik harga FM nie tak mahal. Ok sesiapa nak bagi hadiah kat saya boleh la bagi FM pun cukup. Hiks...
Ni koleksi FM Cikgu Haslina di rumahnya di Ipoh. Dia baru mula nak kumpul FM, jadi belum banyak lagi koleksinya. Tapi sebab dia rajin melancong ke luar negara saya percaya sekejap je fridge dia boleh penuh dengan FM
Nie fridge rumah adik, bukan la hobi dia untuk mengumpul FM tapi sebagai kenangan bila ke sesuatu tempat. Selalu pesan bila beli FM tue beli la untuk saya sekali. Alhamdulillah selalunya adalah untuk saya dan bila mana-mana FM yang dia tak nak dan rosak, dia akan serahkan kepada saya. Sukanya saya tak terkata terima FM tersebut dan akan cuba baiki.

6 comments:

Habshah said...

Assalammualaikum,

Semuga gembira dengan hobi ini pulak selain blogging.

love you. thanks

hazlin said...

amboi amboi amboi... banyaknya.. patutla FM tu kocik. kalu bosar, tontu tak muek poti ais tu.

siti_m said...

Pn Habshah
W'salam
nanti boleh la bagi hadiah FM hehehe....
love u too

siti_m said...

lin
hobi nie je mampu...
nak kumpul barang kemas ke tak mampu la pulak ahak.. ahak...

Gorgeous H said...

Salam...
banyaknya FM, cantik2 pulak tu...
hobi ni mmg best kan? hehehehee.. saya pun collector jugak tapi baru je...

hana said...

nak tanyer...yg beli kat nilai 3...2 kan..beli kat kedai mane ye...nak cari gak la....please email me..alia_nuf@yahoo.com...tq-nur