Kalau ke Perlis nie la satu perkara atau keistimewaan yang mungkin tidak ada di negeri-negeri lain. Maaf la kalo kat negeri lain pun ada.., sebab mungkin saya tak sampai lagi atau tak perasan. Flyover atau jambatan di jalan-jalan kat Perlis nie kebanyakkannya dicat atau diwarnakan dan seperti dalam gambar di atas di bawah flyover tue dilukis dengan gambar buah mempelam. Perliskan terkenal dengan buah mempelam harum manis. Lukisan di atas diambil di flyover dekat Pauh. Simpang ke Arau pun ada lukisan pemandangan dan peta Perlis tapi tak ambik gambar sebab masa lalu tue dah gelap.
Di hujung flyover tue dicat dengan pelbagai warna.
Di hujung flyover tue dicat dengan pelbagai warna.
Ok nie gambar di bawah flyover tue. Lukisan mempelam tue sebab di bawah jambatan jadi boleh tahan lama kot sebab terlindung dari matahari. Tapi entah la.... memang cantik tapi rasa macam membazir je. Ke aku je yang rasa macam tue???
13 comments:
Mungkin membazir, mungkin tak. Membazir jika kita memang tak berduit. Perlis kaya kot?
Assalammualaikum,
memang membazir betul. Duit tu boleh pergi ke lain.
cgu..
tgk kakak dah marah...he...
membazir ke....
saya belum sempat jalan2.....
memang membazir. baik bagi kat sekolah boleh buat apa-apa yg patut.
Brahimnyior
kat mana kayanya Perlis?? satu lagi flyover tue letaknya di jalan yang sunyi... kete yang lalu lalang tak sempat nak nikmati seni tue
setuju dengan pendapat Puan Habshah dan lin banyak lagi perkara boleh buat dari mengecat flyover dan jambatan
jinggo
saya sebab bapa ada di Perlis dengan abang tue yang ke sana kalau tidak entah sampai ke tak
mungkin depa prabih stok cat kot.. nak elak membazir tapi dah salah tempat la..
ummi afifah
mungkin la kot cat banyak lebih so pegi la cat jambatan dan flyover.... marah org Perlis nanti oppss...
heheheee...
ilah baca nih, marah dia, eheks!
:)
Patutnya cat tu digunakan untuk cat sekolah lama akak (eerr should I call myself auntie)..ha ha..
depa salah tempat!
Nanti tanya kengkawan tu sapa dapat kontrak cat bawah jambatan tu..smile!
Ish ish ish..
Tukang cerita
nanti akak cakap kat dia... tengok dia marah ke tak... hehehe....
ashley...
sekolah kat mana dulu???
tue la yang jadi pertanyaan sapa dapat kontrak?? nie flyover kat padang besar siap nanti orang perlis cat ke tak???
Post a Comment