Sunday, January 18, 2009

Emak

Gambar ini diambil di sekitar bulan Mac tahun 2003. Dan bila tengok dalam laptop gambar digital emak dan abah ada yang ini sahaja.
Hari ini 18 Januari 2009, genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami. Sekejap je dah 5 tahun rupanya. Masih lagi terngiang-ngiang suara emak di telinga ini. Apa tah lagi ketika di hari terakhir bersama emak di hospital. Masih lagi teringat panggilan talipon dari adik mengatakan emak jatuh di bilik air. Ketika itu saya dan rakan-rakan di Bidor dalam perjalanan balik ke Manjung dari Tanjung Malim. Hanya Allah je yang tahu betapa risaunya sepanjang perjalanan balik ke Taiping ketika itu. Terus ke Hospital Taiping dan malam itu saya sempat menjaga emak di hospital. Esok pagi balik ke rumah untuk mandi dan masak, dan ketika itulah dapat panggilan dari hospital mengatakan emak dalam keadaan nazak.
Tergesa-gesa kami iaitu abah, adik dan saya ke hospital untuk melihat emak dan ketika sampai di sana emak dipindahkan ke wad ICU. Terus adik-beradik yang lain dihubungi. Seperti tidak percaya pagi itu adalah kali terakhir saya dapat berbual-bual dengan emak walaupun saya yang banyak berkata-kata, dan masih teringat lagi renungan mata emak ketika saya minta izin untuk balik dan berjanji akan datang tengahari itu. Malam itu lebih kurang pukul 8.00 malam emak pergi meninggalkan kami semua. Seperti tidak percaya kerana sebelum itu pun emak pernah sakit dan masuk hospital.
Kami anak-anakmu akan sentiasa merinduimu. Semoga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah...

11 comments:

Tukang cerita said...

Sedey kan, bila insan tersayang dah tak der... :(
sy pun baghu jer teringat nak wat n3 pasal mommy...
tgh tunggu gambar terbaru dari adik nih....
~al-fatihah utk mereka yang tlh tiada... :( ~

Anonymous said...

salam ptg siti... bz sikit awal2 thn ni, mcm2 keje kena buat + meeting dll... buat je le mane yg mampu

Hazlin Nazri said...

al-fatihah utk arwah bondamu juga utk rakyat palestin yg terkorban...

Unknown said...

al-fatihah utk arwah bondamu juga utk rakyat palestin yg terkorban...copy dari cgu hazlin...

rasanya ramai masa ada kadang2 buat tak tahu - bila dah tak ada...teringat ( peringat untuk diri sendiri )...saya.mak masih sihat.ayah masih sihat....tapi macam diatas lah.....

Habshah said...

Assalammualakikum,

Al fatihah buat mak. Bila aku dah tua macam ini baru aku tahu apa erti rindu pada anak-anak. Masa dulu aku belum tahu apa makna sunyi bila anak tiada. Semuga emak memaafkan aku.

siti_m said...

tukang cerita
memang sedih terutama kalau hari raya memang tak sama macam dulu masa tu la paling syahdu

siti_m said...

Tera
memang bz, kalo tak meeting ada pulak keje kena settlekan di awal tahun nie.
selagi mampu buat apa yang boleh kan...

siti_m said...

lin
terima kasih iye sama2 la kita doakan untuk yang dah tiada dan orang2 Palestine

siti_m said...

jinggo
terima kasih
iye kadang2 kita selalu takes thing for granted jer. bertuah sapa yang masih ada ibubapa masa nie la nak balas jasa diaorang kan...

siti_m said...

kak basah
tue la bila dah meningkat usia baru kita faham tindakan ibubapa kita. selalunya ibubapa akan sentiasa maafkan anak2 mereka insyaallah.. love u tqvm

Mazlina my said...

kak yam, sedey baca n3 nie... Al-fatihah untuk arwah mak kak yam... Semoga beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal saleh