Sunday, February 1, 2009

Kawan

untuk kawan-kawan
1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..
2) kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..
3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai.. dah sengkek gadai..
6) kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bukan mcm KERETA. Rosak skit jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. sekejap ade.. skejap tak..
9) kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10) lagi.....kawan tu mcm ape ye????.......
Walau apa pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya..
Terima kasih kerana menjadi kawanku....

12 comments:

ashley said...

Oleh itu hubungilah kawan selalu..paling tidak doakan mereka kerana itu yang paling mudah dan murah dilakukan walaupun mahal harganya!

- jinggo - said...

Pastinya kita tidak boleh naik keatas sorang2.pasti.kita mesti orang dikiri kanan yg mendokong kita...betul tak cgu...

sejarah mungkin - saya memang susah nak berkawan........dalam bisnes kawan pernah :

menyena saya ( tiru sain ) BANK kejar - 50 ribu.
menikam saya ( tiru nama syarikat )
saya hampir di senarai hitamkan
......akhirnya: saya bersangkabaik dengan semua keadaan....

Tera said...

siti kawan tera jugak... blh tk nk ambik kad tu tepek kat blog?

ummumishkah said...

nice entry...
kawan memang special..
kekadang merekalah yang bersama kita waktu kita jatuh..

Mazlina my said...

kawan senang, mudah dicari... sewaktu susah, semua pergi..
Tq kerana sudi menjadi kawanku sewaktu senang dan susah..:-)

siti_m said...

ashley
kunjung mengunjungi blog pun satu cara untuk berhubung dan boleh eratkan silaturahim kan...
moga doa dan kesejahteraan kawan sentiasa ditiitpkan insyaallah

siti_m said...

jinggo
tanpa sokongan dari kiri dan kanan memang susah untuk naik dan kalau naik pun sekejap je dan akan jatuh balik...
saya juga ada pengalaman seperti jinggo tapi bukan dalam bentuk wang ringgit...
setuju bahawa kita kena bersangka baik dengan setiap keadaan kerana insyaallah kebenaran akan menyerlah

siti_m said...

Tera
terima kasih kerana sudi jadi kawan saya.... tak pe ambil lah kad tue sebab saya pun ambik kat internet jgk...

siti_m said...

ummumishkah
kawan macam tue susah nak cari sekarang bertuah la kita bila ada kawan yang sanggup bersama susah dan senang

siti_m said...

Mazlina_my
akak ke tue??? hehehe... perasan la pulak... dah ada streamyx ke kat umah?
terima kasih jugak sebab jadi kawan akak. Friend forever...

hazlin said...

akupun kawanmu jugok? tapi sorang kawan lari, kita masih ada ramai lagi kawan yang lain kan? kan!

siti_m said...

lin...
kau memang kawan aku dan terima kasih kerana kau masih lagi mahu berkawan dengan aku. iye kita masih ada ramai lagi kawan yang masih bersama kita.. setuju sangat2