Friday, January 23, 2009

Sambutan Hari Lahir Anjuran KGKT

Seperti tahun lepas, AJK Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMTSM tahun 2009 telah meneruskan tradisi dengan mengadakan sambutan hari lahir untuk guru-guru yang lahir pada bulan Januari. Saya juga salah seorang dari mereka yang lahir di bulan ini, maka kami telah dihadiahkan dengan kad hari lahir yang disampaikan oleh Puan Pengetua Kanan selepas perhimpunan mingguan sekolah. Terima kasih atas ingatan.
Seterusnya di kantin sekolah diadakan jamuan untuk semua guru dan kakitangan sekolah iaitu kuih dan air. Kuih cara berlauk, pulut seri kaya dan air teh tue adalah disponsor oleh KGKT sempena dengan sambutan hari lahir bulan Januari. Dengar-dengar bulan-bulan yang lain, lain pula menunya....
Terima kasih yee...

7 comments:

Hazlin Nazri said...

mana gambor b'day girl?

ummi afifah said...

b'day girl low profile... happy belasted bestday kak yam

Mazlina my said...

uihhh.. syoknyerrr.. ada party sambut besday la skang!! Mantop pengerusi kgkt tahun nie... :-)

ASH said...

Salam kenal...
Hepi belated birthday.
Moga Allah murahkan rezeki dan mantapkan iman..

sedap ler dengor lagu background.

jemput singgah 'rumah'

siti_m said...

lin dan ummi afifah
birthday girl (girl ke lagi???) pemalu... hehehe... segan nak letak gambar.

siti_m said...

maz
memang mantap... tengok la sapa ajk... kahkahkah nak jugak tue....

siti_m said...

ashley
salam kenal nanti kita link kan blog ye
terima kasih datang