Friday, January 2, 2009

Perkahwinan Noorbaizura

Semasa menjadi warden dulu saya memang agak rapat dengan segelintir pelajar blok. Sebab tu sampai sekarang masih ada pelajar yang menghubungi saya tak kira sama ada melalui sms atau talipon, dan yang masih berutus berita kebanyakan pelajar-pelajar semasa saya menjadi warden. Ialah di sekolah jumpa mereka, balik asrama pun tengok muka mereka jugak. Tapi biasa la tak semua yang suka...
Pada 28 Disember 2008 hari tu kebetulan ada di Ipoh untuk mesyuarat dan memang dekat dengan tempat kenduri maka saya telah menghadiri kenduri pelajar 5T4 tahun berapa lupa la pulak. Noorbaizura Bt Hassanuddin dan pasangannya Saiful Haslannor b Othman yang berasal dari Pahang.

Di asrama dulu lebih dikenali dengan panggilan Bai, dan dia memang rajin sms untuk bertanya khabar.
Kenduri Bai telah diadakan di Dewan Bankuasi Carsem, Ipoh tidak jauh dengan tempat mesyuarat di Seri Ampang, Ipoh.
Semoga berbahagia selalu hingga ke anak cucu dan seterusnya ke akhir hayat.

3 comments:

Hazlin Nazri said...

Aku tak ajar sebab tu tak berapa kenal. dah ramai anak murid yg kawin. bagusla...

siti_m said...

lin
memang ramai yang dah kawin dan berjaya kan. alhamdulillah....

Habshah said...

Assalammualaikum,

OK ini ceritanya. Pada 10 Dis dapat surat ditandatangani oleh KPPM dan pengarah JPN Selangor (2 surat berasingan)- arahan pindah ke SMK Serendah. Tarikh kuatkuasa 16 Okt 08. Aku pun kelam kabut kemas barang. 12 Dis lapor diri ke Serendah buat fail peribadi semua. 16 Dis dapat call sahaja suruh duduk balik Sg Choh. Rasa tak percaya. Aku call PPD tanya dua kali. Kata juga jangan pindah. Tak puas hati juga. Jumpa PPD sendiri dengar mulut dia. Dia kata dia pun dapat call juga dari JPN Selangor suruh stay dekat SG Choh. Tapi Paizin kata secara rasmi aku di Serendah. Jadi aku tak mahu delete mana-mana entry. Biar sampai dapat surat rasmi. So sekarang di Sungai Choh balik lah. Paling haru.

OK Thankyou.