Abah akan menginjak usia 80 tahun pada Jun 2009. Dalam usia ini, abah sekarang tinggal bersama Abang Nan di Kangar, Perlis. Jenuh jugak kami anak-anaknya memujuk beliau untuk tinggal di sana. Sebelum nie adik yang bongsu telah menjaga abah lebih kurang setahun sebelum dia memperolehi pekerjaan sekarang dan tinggal di Kota Warisan. Selepas itu abah dijaga oleh adik yang seorang lagi dan cucunya yang kedua, Mamat. Tapi bila kedua-duanya bekerja, masa tue la kami adik-beradik meminta dan memujuk abah tinggal dengan Abang Nan atau dengan mana-mana satu anak yang beliau nak.
Abah seboleh mungkin tidak mahu meninggalkan rumahnya di Kamunting. Rumah yang dia bina bersama-sama dengan emak dan telah tinggal di sana dari tahun 1975 lagi. Bila emak meninggal dunia pada 18 Januari 2004 dan abah pula mengalami masalah dengan buah pinggangnya yang kedua-duanya telah rosak berikutan dengan penyakit batu karang. Pembedahan kecil di tangan kiri abah perlu dilakukan untuk memasukkan tiub untuk rawatan dialisis buah pinggang. Jadi sekarang abah telah menjalani rawatan dialisis buah pinggangnya selama lebih kurang 4 tahun.
Rumah keluarga atau kampung di Kamunting sekarang terbiar kosong dan tidak berpenghuni sejak abah tinggal di Perlis. Hanya bila Hari Raya dan hari-hari cuti tertentu dan bila ada kami adik-beradik yang hendak balik ke sana, baru la rumah ini kembali meriah. Bila balik sekali-sekala sedih rasanya tengok rumah yang rumputnya panjang dan terbiar. Sedangkan satu masa dulu meriah dengan suara gaduh kami adik-beradik, leteran arwah emak dan bau masakan emak. Rumah nie pun dah beberapa kali dimasuki pencuri dan banyak la barang-barang peninggalan arwah emak yang dicuri seperti barang-barang tembaga kesayangan emak, periuk belanga, pinggan-mangkuk, tv, motor dan entah la apa lagi.... Sedih tau....Balik kepada abah, sebelum rawatan dialisis dijalankan mula-mula berat badan perlu diambil terlebih dahulu.Selepas itu tekanan darah pula diambil. Kedua-dua perkara ini perlu dilakukan setiap kali sebelum dan selepas rawatan dialisis dijalankan.
Setelah itu abah akan menjalani rawatan dialisis selama 4 jam yang dijalankan 3 kali dalam seminggu. Bilik rawatan ini disediakan tv untuk ditonton oleh mereka yang sedang menjalani rawatan. 4 jam memang lama dan bosan tapi terpaksa juga dihadapi.
Nie semasa rawatan sedang dijalankan.
Selepas 4 jam, wayar-wayar tadi dicabut semula.
Memang kesian tengok mereka yang menjalani rawatan dialisis ini. Di tempat abah jalani rawatan ini iaitu di Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra - NKF Kangar, ada pesakit yang masih muda. Oleh itu penting kita jaga kesihatan buah pinggang kita. Dan selagi kita masih mempunyai ayah dan ibu sering-sering la jenguk mereka tetapi jika sibuk dan tidak berkesempatan talipon la mereka. Terutama bila ayah dan ibu kita telah tua dan tidak terdaya masa inilah kita boleh membalas jasa mereka yang telah menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Satu lagi jangan segan-segan untuk meluahkan rasa sayang kita pada mereka, bila lagi kita nak ucapkan kata-kata sayang kita pada mereka. Kepada Abang Nan sekeluarga, terima kasih dari kami semua kerana menjaga abah. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
SAYANG ABAH......
7 comments:
Yang pastinya : mahu tak mahu kita juga akan berkongsi dengan apa yg abah hadapi sekarang.kenangan.nostalgia.kesepian....semuga kita semua diberkatiNya dan bersangka baik dengan semua pemberianNya....
Mak Yan,
Bagusnya mak yan buat cerita ni. memang menangis bacanya. Rasa banyak bersalah dan tak terluang masa untuk abah. Semuga dapat berjumpa lagi dengan abah. Amin.
jinggo
insyaallah semoga kita sentiasa diberkatiNya....
Kak Basah
Insyaallah moga abah panjang umur dan kita dapat meluangkan masa bersama abah lagi di masa mendatang..
Nanti2...kita pun jadik macam ni jugak kan k.Ct_m.....
~nak ker Izzah ngan Najihah jaga saya bila tua nanti...huhuuuu...nak nanes...~
nurul...
insyaallah izzah dan najihah akan jaga mama dan papa mereka nanti. Kalo dengan didikan ibu bapa dari kecil lagi, tak kan mereka lupakan jasa kedua-duanya sampai bila-bila...
salam tuan rumah..sedihnya tgk ayah kamu sakit buah pinggang...yelah dah di takdirkan oleh allah swt..hadapilah dengan tenang...semuga abah kamu tetap sehat sehingga ke akhir hayat..
Post a Comment