Thursday, December 11, 2008

Jalan-jalan Cari Makan di Perlis

Masa ke Perlis hari tu makanan orang Perlis harus dicuba. Antaranya adalah Pulut Ayam di Padang Besar memang antara makanan yang agak terkenal. Memang ada banyak gerai di sana tapi gerai Mak Teh Pulut Ayam rasanya antara yang menghidangkan pulut ayam yang sedap. Gerai nie terletak di atas bukit jalan masuk ke kompleks membeli-belah Padang Besar. Tapi tak ramai yang mengunjungi gerai ni sebab jauh sikit dari kompleks tue dan ramai yang tak tahu tentangnya, tapi bagi orang Perlis yang tau tentang gerai ini, mereka akan datang ke sini untuk makan pulut ayam. Pulut ayam nie ada dua harga ikut saiz ayam. Yang di atas tue RM6.00 sebab ayamnya besar dan satu lagi berharga RM4.00. Lagi banyak bawang goreng lagi sedap.
Di Kuala Perlis sebab pergi waktu petang jadi makan cucur goreng. Ini biasa saja rasanya.
Nie yang mesti cuba di Kuala Perlis... Laksa Kuala Perlis. Specialnya sebab laksa beras.
On the way balik ke Manjung (sori nie bukan di Perlis, dah masuk Perak...) singgah satu restoran di Pantai Remis untuk cuba nasi goreng udang Lipan. Boleh tahan sebab bukan senang nak jumpa restoran yang hidangkan udang lipan. Nasi goreng tu biasa je tapi udang lipan tu digoreng asing dan memang sedap.
Ok nie la udang lipan, kalau tengok memang pelik dan susah nak kopek kulitnya. Sebab tu ada yang tak nak cuba.

5 comments:

- jinggo - said...

Yang seronoknya semakin jauh kita berjalan semakin 'macam2 jenis makanan kita tahu dan belajar makan....macam jalan2 cari makan plak...

siti_m said...

jinggo
sebab tu kalau ke mana-mana saya cuba cari makanan istimewa di tempat tersebut. walaupun kadang-kadang benda yang sama tapi cara masak lain.

Tukang cerita said...

Yummy...yummy....

anis said...

kak siti...

sedapnyer udang lipan tuh! peberet saya, tp sedihnya kat umah ni saya sorg yg makan. so, walau udang lipan dijual di pasar malam kat kulim (tp dia jual yg kecik2 jer), saya jarang membeli.

itu hari ada pegi pulau aman & tgk udang lipan dia besar2 (dlm 1 kaki panjangnya). pujuk nelayan tu soh jual sekor kat saya, tp dia x mo...katanya x cukup utk dia supply kat kedai seafood, so, dia x leh jual kat individu :(

pepun, best arr blog kak siti nih....keep it up!

Ezzati said...

Udang tu boleh buat penawar penyakit asthma.makan mcm tu saja.rasanya pun manis :)