Bila ke Perlis antara tempat yang wajib singgah selain Kuala Perlis adalah Padang Besar.
Pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini merupakan tempat pertemuan warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia yang berkunjung ke Thailand untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti melalui pekan ini dan begitu juga sebaliknya.
Projek mengindahkan Padang Besar sedang rancak dijalankan dan disekitar kompleks membeli-belahnya sudah nampak perubahan yang dilakukan. Dua gambar di atas adalah antara contoh projek mencantikkan Pandang Besar.
Dulu kawasan lapang nie adalah tempat meletak kereta tapi sekarang dah tak boleh lagi. Jadi kena jalan jauh sikit untuk ke tempat shopping nie. Tak tau la projek apa yang akan dilakukan selepas ini.
Kompleks Arked Niaga di Padang Besar nie merupakan tumpuan utama bagi pengunjung untuk membeli-belah. Tapi sekarang dah banyak kedai dan gerai yang dibina di sekitar kompleks ini untuk membeli-belah.
Suasana dalam kompleks, di bahagian tengah ada kerusi untuk berehat setelah penat jalan-jalan cari barang. Mungkin sebab masih awal dan hari bekerja jadi pengunjung tak ramai lagi. Di waktu cuti sekolah nie, untuk proses tawar-menawar barang agak susah sikit sebab pengunjung ramai jadi peniaga tak heran kalau kita tak nak beli. Barang-barang yang dijual di sini semua tau apa, toto, pinggan-mangkuk, kain-baju, beg, makanan, brooch dan macam-macam ada.
3 comments:
memang best kan pi sini kak Ct-m...?
sy pi bulan 5 ari tu...
duit dlm purse abih licin...
geleng kepala tukang ubat dibuatnya,.....
tukang cerita
memang best jalan-jalan tengok barang, orang tak beli pun tak pe
Assalammualaikum,
Hari ini (Ahad)aku dah kena pergi kursus Koperasi dekat PJ. Balik hari Rabu. Hari Khamis petang mungkin ikut sekolah abang Paizin pergi Langkawi dengan Padang Besar. Tengoklah nanti. Bye
Post a Comment