Wednesday, December 31, 2008

Cikgu Mazlinawati Berpindah ke Cangloon

Hari ini seperti semalam ada mesyuarat di sekolah yang perlu dihadiri. Pukul 4.50 pagi tadi terima sms dari Maz mengatakan dia akan berpindah pada pukul 9 - 10 pagi hari ini. Oleh kerana mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi maka dalam pukul 8.15 pagi, pergi ke rumah Maz untuk bertemu sebelum dia berpindah ke Cangloon, Kedah mengikut suaminya yang bertugas di UUM. Masa sampai, Maz dan suami baru sampai dari Bidor dan lori akan sampai pada pukul 9.00 pagi.
Maz nie rajin memasak dan menjemput kawan-kawan makan bersama, kerana dia tak lalu nak makan kalau makan sorang-sorang, betul ke Maz? Iye la lepas kawin suami dia masih lagi belajar di UPM. Saya adalah antara orang yang selalu dijemput untuk makan-makan, hhmmm kenyang la bila makan di rumah dia kerana saya la yang selalu disuruh menghabiskan makanan ( tak baik membazirkan.... hehehe...). Gambar atas nie Maz dengan Maznah antara orang yang juga selalu dijemput makan. Lepas nie sapa pulak nak jemput saya makan di rumah??? Maznah, ajak-ajak la akak ye lepas nie datang rumah. (Hehehe tak malu kan ajak diri sendiri...)
Dari kiri Maznah, Nurul dan Mazlinawati atau di sekolah lebih dikenali dengan panggilan Maz. Dia akan berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Alor Setar mulai tahun 2009. Maka kami kehilangan seorang lagi kawan yang baik dan prihatin. Semoga dia berjaya di sekolah dan tempat baru, bila balik ke Bidor singgah-singgah la Manjung ye.

Ramai yang berpesan pada Maz teruskan blog kerana ini satu cara untuk tau perkembangan diri dan do keep in touch. Walaupun jauh, moga persahabatan kita tak putus.

4 comments:

Tukang cerita said...

haaaa....jgn sibuk berblog...
wat kerja wehhhh...
Ops! terlebih sudah...
kui2......
~hilang sorang kawan kita ek kak CTM...kita jugak lah men'tua' di Manjung ni..~

siti_m said...

tukang cerita
amboi cakap orang dia pun sama berblog jugak hehehe...
tak pe janji kerja jalan....
akak lagi la dah tua di manjung nie..
nanti ada la kawan baru yang akan datang lagi..

Anonymous said...

Slmt bertugas d tmpt baru... wajah2 ini bagai pernah ku jumpa... jgn2 gi kursus sama2 tk?? kem slm kat kwn2 siti tu ye

siti_m said...

tera
ajar subjek apa??? iye la kot pernah jumpa, sebab smt nie selalu adakan kursus anjuran jpt