Sunday, May 24, 2009

Konsert Rabbani

Tue dia siap beli CD Rabbani yang terbaru bertajuk Nostaliga Nada Murni untuk dapatkan tandatangan dari kumpulan Rabbani. Fikir-fikir lawak pulak sebab beriya-iya beli dan pergi belakang stage untuk dapatkan tandatangan. Berlumba pulak ngan students. Hahaha.... tak pe la sesekali jadi macam bebudak sekolah pulak.
Semalam 24 Mei diadakan Program Motivasi Perdana Insan Cemerlang dan Konsert Kesenian Islam Bersama Ustaz Akhwan dan Rabbani bermula jam 9.15 malam di dewan sekolah. Program nie bermula dari petang dengan program motivasi untuk pelajar asrama sekolah yang dijalankan bersama-sama Ustaz Akhwan dan Ustaz Asri. Sebelah malam barulah konsert ini berlangsung. Program dimulakan dengan nyanyian nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah dan diteruskan oleh Ustaz Akhwan.
Program bersama Ustaz Akhwan nie adalah tahun ketiga diadakan. Tahun pertama dulu bersama Nazery Raihan, tahun lepas dengan kumpulan In Team dan tahun ini dengan kumpulan yang lebih besar iaitu kumpulan Rabbani. Ustaz Akhwan nie sekali pandang ada yang kata macam Mawi. Memang pandai menyanyi dan berlawak sambil-sambil menerapkan nilai motivasi kepada para pelajar.
Hampir pukul 10.00 malam muncul la kumpulan Rabbani yang dinanti-nantikan dengan lagu pertama Intifadah. Seramai 7 ahli kumpulan Rabbani yang hadir dengan diketuai oleh Ustaz Asri Ibrahim, ahli-ahli lain adalah Ahmad Shafie, Mohd Asri Baidul @ Ubaidullah, Muhammad Loqman Abdul Aziz, Zulkiflee Azman, Azadan Abdul Aziz dan Mohd Rithauddeen Yaakob. Ada dua lagi ahli yang tak hadir.
Untuk sesi yang pertama mereka menyanyikan lagu Intifadah, Mana Milik Kita dan Saksi. Di samping tu ada satu sesi bersama pelajar.
Nie semasa waktu rehat Rabbani di belakang dewan. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan ganggu waktu rehat mereka tapi hehehe... cikgu-cikgu ada yang sibuk nak minta tandatangan dan bergambar.
Sesi kedua kumpulan Rabbani sampaikan tiga lagi lagu iaitu Bila Nur Melimpah di Hati, Pergi Tak Kembali dan Teman Sejati.
Persembahan terakhir adalah Kumpulan Rabbani dan Ustaz Akhwan bersama-sama dengan pelajar-pelajar berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Semalam balik dari konsert terus nak masukkan entry tentang Rabbani tapi internet pulak ada problem jadi hari nie baru boleh letak di sini. Kalau konsert nie di tempat lain mungkin tak pergi tapi sebab di dalam sekolah sendiri jadi Layannn......

8 comments:

Unknown said...

saja nak bagi tahu
saya minat NADA MURNI
saya juga minat Rabbani...
saja nak bagi tahu...
SAYA JIRAN SEBELAH PINTU AJA...
dengan ustaz Asri tu..
kat bukit beruntung.....

he...

Tukang cerita said...

sy tgk sekerat jalan jer...
anak2 meragam....

~bleh cilok citer dr sini jer lah tuk laporan sy nanti...
:)

siti_m said...

jinggo
jadi tak heran la kan dengan Rabbani ye jiran sebelah rumah je...
suara ustaz Asri nie memang best la dengan lagu2 nasyid
saya minat jugak Nada Murni dan Rabbani dan Hijjaz jugak...

siti_m said...

Tukang Cerita
akak tengok sampai abis siap ambik gambar lagi dengan kumpulan nie hehehe....

ASH said...

suami minat no ngan suara us asri, rabbani..
espcially time dia tarik dengunggggggg sampai gegar dagu dagu tu..he he he..

akak lak lebih minat Nazrey Raihan dan Hijjaz punya suara..lemak lembut merdu gitu..
tak riuh rendah sangat..

ummi afifah said...

tidak...jelousnye... napelah afifah meragam malam tu... sy sempat 1 lagu je...warh...

Habshah said...

Assalammualaikum,

Tahniah kerana upgrade entri gambar pakai picasa ke photoscape.

Tahniah kepada sekolah kerana anjur program ini

siti_m said...

ashley
suara ustaz asri nie memang best bila ngaji dan bernasyid..
Hijjaz suara diaorang harmoni sangat

ummi afifah
ok la jugak sempat tengok satu lagu
tak pe pas nie beli cd Rabbani

Kak Cah
salam....
masuk gambar guna power point je
Nie program asrama