Monday, May 4, 2009

Hujung Minggu Yang Lalu

Hari nie mula keje semula setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang (3 hari) sempena Hari Pekerja. Bila bersembang-sembang, ramai yang balik ke kampung, jalan-jalan ke tempat peranginan dan shopping. Macam dalam gambar di atas bila bercuti macam-macam boleh dilakukan. Walaupun tinggal berdekatan dengan pantai Teluk Batik dan Pulau Pangkor pun dekat je tapi entah la dua tempat nie tak masuk dalam senarai tempat untuk bercuti. Mungkin sebab dekat je, jadi macam tak hairan nak ke sana sebab kononnya boleh ke sana pada bila-bila masa yang dikehendaki. Teluk Batik memang selalu pegi sebab kalau nak pegi, drive je tak sampai 15 minit dah sampai, tapi tue la sampai sekarang tak pernah mandi-manda di Teluk Batik. Orang jauh yang datang memang selalu dibawa ke sana untuk mandi-manda, tapi sendiri tak pernah.... hmmmm bila nak pegi mandi laut nie???

Hujung minggu yang lalu dihabiskan dengan menyiapkan kerja yang perlu dibereskan segera. Alhamdulillah pagi-pagi nie laporan yang perlu disiapkan selesai dan diserahkan kepada Pengetua. Kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun pun siap. Rumah yang lama tak dikemas pun dibersihkan (nie pun sebab ada ex-student, Aini Zahirah kata nak datang jadi sempat la kemas rumah. Tapi dapat panggilan telefon dia accident, jadi cancel. Sebenarnya dia nak hantar kad kawin...)

Hujung minggu baru nie ada 4 rancangan TV yang final seperti OIAM, AIM, World Stars Road to Hollywood dan Pesona NONA. Semuanya ditonton. Habis dah tak ke mana.... tengok tv la....
Hmmm kena cari hobi baru la pulak...

4 comments:

Tukang cerita said...

kak CTM...

sy cadangkan akak wat hobi baghu...
menjahit.....
bleh kami tempah baju ramai2...

ngeh...ngeh,,ngeh...
:P

siti_m said...

TC...
jahit baju tak pandai la kena belajar dari awal
isk... isk... payah nie.. kena cari hobi senang

en_me said...

bznyerr akak tewww..

kuIna said...

sy tengok tv lepas tu tv tgk sy..