Saturday, May 23, 2009

Hadiah Hari Guru


Ini la hadiah yang diterima semasa sambutan Hari Guru 2009. Nie pun kira ada la hadiah yang diterima dari pelajar, selalunya jarang sangat dapat hadiah (sian kan.... hahaha). Walau apa pun ia sangat-sangat dihargai. Hadiah dari tahun-tahun awal mengajar pun masih lagi disimpan hatta sekeping kad. Kotak merah ada gambar teddy bear tue adalah hadiah pertama diterima, dari Fazry Amir kelas 5VE4. Terima kasih Fazry.... (ke sebab emak atau emak saudara yang suruh bagi???? Emak saudara Fazry nie kawan yang mengajar di sini dulu)

Mug merah nie hadiah dari KGKT 2009 dan hadiah pin bowling nie hadiah yang dimenangi semasa Kojohanan Bowling Tertutup SMTSM 2009 sempena Hari Guru yang diadakan pada hari Khamis yang lalu 21 Mei 2009 di ARL Bowling, di Pengkalan TLDM. Dapat tempat ketiga. Memang cuba untuk menang sebab pertandingan yang lain tak masuk jadi dalam bowling ini cuba jugak untuk dapat tempat. Alhamdulillah tempat ketiga.

Ok belah kiri tue dari kelas 5ve4 dan yang kanan, nie la hadiah dari Fazry Amir.

Jam nie dari kelas 5KE8 dan yang kanan dari pengawas sekolah.
Saya mengajar enam kelas tahun nie, tapi pelajar dari dua kelas je yang bagi hadiah???? Kelas lain tak nak bagi ke??? Heheheh..... Tapi sebenarnya hadiah berbentuk material nie tak la penting, yang penting adalah kejayaan dalam peperiksaan SPM nanti dan di masa-masa hadapan. Tolong naikkan prestasi keputusan Sejarah ye....

4 comments:

ummi afifah said...

wah kak yam... dpt banyak hadiah... pas ni lebih bersemangat la ngajar sejarah...

anahsak said...

tahniah cikgu, hadiah-hadiah tersebut mungkin diiringi dengan doa-doa untuk cikgu. moga cikgu success dunia akhirat. tahniah......!

Hazlin Nazri said...

tahniah dapat banyak hadiah ..

next year boleh dicalonkan guru popular...

siti_m said...

ummi afifah
tak de hadiah pun tetap semangat mengajar...

anahsak
mudah-mudahan begitu la, terima kasih atas doa semua

hazlin
layak ke untuk dicalonkan pun....
mesti awal2 lagi dah kalah...