Semalam Jumaat, 22 Mei 2009 diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Guru-guru dan kakitangan sekolah ceria dengan baju batik KGKT yang baru. Ada yang malam Khamis tue baru ambil baju dari tailor. Iya la kan nak sambut hari raya bagi guru-guru, mesti la berbaju baru kan...
Sambutan dimulakan dengan guru-guru diketuai oleh Pengetua Cemerlang sekolah Puan Siti Arfah Ibrahim berarak bermula dari pejabat sekolah ke dewan sekolah dengan diiringi oleh pasukan kompang sekolah dan bunga manggar. Ada banyak gambar jadi kalau nak letak satu-satu, banyak pulak jadi letak la dalam satu slide seperti di atas. Ini sementara nak tunggu bermulanya perarakan tersebut.Kami guru Malaysia...
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita.......
Selepas rehat, diadakan pertunjukan pentas oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dan diikuti dengan majlis penyampaian hadiah dari KGKT dan hadiah untuk pertandingan sukan yang telah diadakan minggu lepas dan minggu nie. Nie yang saya menang untuk bowling (jadi la dalam tak berapa pandai main dapat la tempat ketiga).
5 comments:
heheheeee.....
dah ada gambar senget2..
Tahniah, menang bowling..
kalau sy main, masuk longkang jer...
:P
tahniah byk tul hadiah... tahun depan kak yam buat persembahan pulak ye...
...memang anak murid jarang lupa pada cikgu kan?
...
banyaknya gambor...
meriah jugak hari guru tahun ni...
Tukang Cerita
atas tunjuk ajar TC jugak ada gambar senget2 itew...
try dulu main bowling mana tau terus strike...
ummi afifah
bagi la akak keje lain akak sanggup selain dari nyanyi. kalo reramai tak pe la
anahsak
memang sebab tue sampai sekarang kita masih ingat guru2 kita dulu kan....
hazlin
ada banyak lagi gambar nak letak dalam bentuk slide lambat kan so buat la dalam power point
rasanya tahun nie memang meriah dari segi sambutan kan...
Post a Comment