Saturday, May 30, 2009

Cuti Bermula

Cuti sekolah dah bermula hari nie untuk selama dua minggu. Hari nie akan ke utara lagi dengan ditemani oleh Kak Chah. Nie tengah tunggu Kak Chah sampai dari rumahnya di Hulu Yam. Tadi dia talipon dan beritahu dah sampai kat Bidor dan nak berhenti makan dulu. Ok la sempat jugak nak buka blog sebab dalam dua tiga hari nie blog tidak dijengok sebab nak menyiapkan kerja-kerja sekolah.
Tak sabar rasanya nak menjenguk abah di Perlis dan mungkin lepas tue ke rumah adik di Kota Warisan. Ok la bila free dan berkesempatan akan diupdate kemudian.


Tuesday, May 26, 2009

Tayar Pancit...

Sampai di bilik guru pagi tadi terus keluarkan kertas-kertas peperiksaan untuk disemak sementara menunggu untuk masuk ke kelas. Kalau boleh nak siapkan pemeriksaan sebelum bermula cuti sekolah, sebab cuti nanti nak cuti je... tak nak sibuk dengan kertas-kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun nie. Tapi masih banyak lagi untuk diperiksa.... Tiba-tiba fon berbunyi dan suara di hujung sana minta supaya segera datang ke kereta sebab tayar pancit dan bunyinya macam tayar dah flat terus. Aisehman..... baru je dalam dua minggu lepas tayar pancit kena paku nie kena lagi ke??? Dalam kepala dok fikir kalau flat terus kena tukar tayar la..... sapa nak tolong nie????Tue dia... dalam bulatan paku yang tertanam di tayar. Nasib baik ada angin lagi tak perlu tukar ke tayar spare, jadi nanti balik sekolah la baru hantar kedai dan tampal.
Dulu masa mula-mula tayar kereta pancit dok fikir nak tampal tayar nie macam tampal tayar basikal masa kecik-kecik dulu, bila tayar basikal pancit antar kat kedai Cina basikal kat kampung. Kena buka tayar dulu kemudian keluarkan tiub dari tayar tue, isi angin pas tue rendam dalam air tengok kat mana buih keluar, situ la tempat bocor yang perlu ditampal. Proses tampal pun leceh jugak sebab kena potong tiub tayar yang lama, bubuh gam kat tempat bocor dan tiub yang dipotong tadi, tunggu gam kering sikit pas tue baru tampal. Proses tadi ulang balik, masuk tiub dalam tayar basikal balik, betulkan kemudian pam basikal.
Tapi sekarang tak sampai lima minat dah siap... Sebab nampak paku di mana, jadi cabut paku tue dan sebab kali nie paku halus jadi letak air tengok bocor ke tak (lihat foto 1 ye...). Confirm bocor (rujuk gambar 2 pulak), kemudian dia cucuk satu alat tu nak tengok besar mana lubang di tayar (nie tengok gambar 3 dan 4).
Gambar kat atas tue lepas letak bahan untuk tampal lubang tadi, lebihannya dipotong dan kemudian proses terakhir pam angin tayar tue. Oppss... yang last sekali kena bayar la RM5.00 sekali tampal.

Sunday, May 24, 2009

Konsert Rabbani

Tue dia siap beli CD Rabbani yang terbaru bertajuk Nostaliga Nada Murni untuk dapatkan tandatangan dari kumpulan Rabbani. Fikir-fikir lawak pulak sebab beriya-iya beli dan pergi belakang stage untuk dapatkan tandatangan. Berlumba pulak ngan students. Hahaha.... tak pe la sesekali jadi macam bebudak sekolah pulak.
Semalam 24 Mei diadakan Program Motivasi Perdana Insan Cemerlang dan Konsert Kesenian Islam Bersama Ustaz Akhwan dan Rabbani bermula jam 9.15 malam di dewan sekolah. Program nie bermula dari petang dengan program motivasi untuk pelajar asrama sekolah yang dijalankan bersama-sama Ustaz Akhwan dan Ustaz Asri. Sebelah malam barulah konsert ini berlangsung. Program dimulakan dengan nyanyian nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah dan diteruskan oleh Ustaz Akhwan.
Program bersama Ustaz Akhwan nie adalah tahun ketiga diadakan. Tahun pertama dulu bersama Nazery Raihan, tahun lepas dengan kumpulan In Team dan tahun ini dengan kumpulan yang lebih besar iaitu kumpulan Rabbani. Ustaz Akhwan nie sekali pandang ada yang kata macam Mawi. Memang pandai menyanyi dan berlawak sambil-sambil menerapkan nilai motivasi kepada para pelajar.
Hampir pukul 10.00 malam muncul la kumpulan Rabbani yang dinanti-nantikan dengan lagu pertama Intifadah. Seramai 7 ahli kumpulan Rabbani yang hadir dengan diketuai oleh Ustaz Asri Ibrahim, ahli-ahli lain adalah Ahmad Shafie, Mohd Asri Baidul @ Ubaidullah, Muhammad Loqman Abdul Aziz, Zulkiflee Azman, Azadan Abdul Aziz dan Mohd Rithauddeen Yaakob. Ada dua lagi ahli yang tak hadir.
Untuk sesi yang pertama mereka menyanyikan lagu Intifadah, Mana Milik Kita dan Saksi. Di samping tu ada satu sesi bersama pelajar.
Nie semasa waktu rehat Rabbani di belakang dewan. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan ganggu waktu rehat mereka tapi hehehe... cikgu-cikgu ada yang sibuk nak minta tandatangan dan bergambar.
Sesi kedua kumpulan Rabbani sampaikan tiga lagi lagu iaitu Bila Nur Melimpah di Hati, Pergi Tak Kembali dan Teman Sejati.
Persembahan terakhir adalah Kumpulan Rabbani dan Ustaz Akhwan bersama-sama dengan pelajar-pelajar berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Semalam balik dari konsert terus nak masukkan entry tentang Rabbani tapi internet pulak ada problem jadi hari nie baru boleh letak di sini. Kalau konsert nie di tempat lain mungkin tak pergi tapi sebab di dalam sekolah sendiri jadi Layannn......

Saturday, May 23, 2009

Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah

Semalam Jumaat, 22 Mei 2009 diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Guru-guru dan kakitangan sekolah ceria dengan baju batik KGKT yang baru. Ada yang malam Khamis tue baru ambil baju dari tailor. Iya la kan nak sambut hari raya bagi guru-guru, mesti la berbaju baru kan...
Sambutan dimulakan dengan guru-guru diketuai oleh Pengetua Cemerlang sekolah Puan Siti Arfah Ibrahim berarak bermula dari pejabat sekolah ke dewan sekolah dengan diiringi oleh pasukan kompang sekolah dan bunga manggar. Ada banyak gambar jadi kalau nak letak satu-satu, banyak pulak jadi letak la dalam satu slide seperti di atas. Ini sementara nak tunggu bermulanya perarakan tersebut.
Pelajar-pelajar telah pun menunggu guru-guru di dalam dewan.
Pengetua, Penolong-penolong Kanan dan Pengerusi PIBG.
Setelah selesai membaca perutusan maka tiba la acara yang dijalankan setiap kali diadakan sambutan Hari Guru iaitu nyanyian lagu tema iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, lagu Guru Malaysia dan Bacaan Ikrar Hari Guru.
Kami guru Malaysia...
Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putera puteri negara kita.......
Masa nyanyi Guru Malaysia tue naik semangat dan rasa bertuah sebab diberikan kerjaya sebagai seorang guru. Walaupun pendapatan tak seberapa jika dibanding dengan rakan-rakan yang kerja dengan swasta (Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat) tapi bila bekerja dengan ikhlas dan anak murid berjaya dalam hidup, rasanya itu lah kejayaan yang paling besar dari pendapatan yang tinggi. Ingat lagi masa KPLI, Pengetua Maktab kata kalau nak cari pangkat, gaji yang tinggi, cikgu bukan lah jawatannya. Hhhmmmm..... betul tue...
Selepas rehat, diadakan pertunjukan pentas oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dan diikuti dengan majlis penyampaian hadiah dari KGKT dan hadiah untuk pertandingan sukan yang telah diadakan minggu lepas dan minggu nie. Nie yang saya menang untuk bowling (jadi la dalam tak berapa pandai main dapat la tempat ketiga).

Hadiah Hari Guru


Ini la hadiah yang diterima semasa sambutan Hari Guru 2009. Nie pun kira ada la hadiah yang diterima dari pelajar, selalunya jarang sangat dapat hadiah (sian kan.... hahaha). Walau apa pun ia sangat-sangat dihargai. Hadiah dari tahun-tahun awal mengajar pun masih lagi disimpan hatta sekeping kad. Kotak merah ada gambar teddy bear tue adalah hadiah pertama diterima, dari Fazry Amir kelas 5VE4. Terima kasih Fazry.... (ke sebab emak atau emak saudara yang suruh bagi???? Emak saudara Fazry nie kawan yang mengajar di sini dulu)

Mug merah nie hadiah dari KGKT 2009 dan hadiah pin bowling nie hadiah yang dimenangi semasa Kojohanan Bowling Tertutup SMTSM 2009 sempena Hari Guru yang diadakan pada hari Khamis yang lalu 21 Mei 2009 di ARL Bowling, di Pengkalan TLDM. Dapat tempat ketiga. Memang cuba untuk menang sebab pertandingan yang lain tak masuk jadi dalam bowling ini cuba jugak untuk dapat tempat. Alhamdulillah tempat ketiga.

Ok belah kiri tue dari kelas 5ve4 dan yang kanan, nie la hadiah dari Fazry Amir.

Jam nie dari kelas 5KE8 dan yang kanan dari pengawas sekolah.
Saya mengajar enam kelas tahun nie, tapi pelajar dari dua kelas je yang bagi hadiah???? Kelas lain tak nak bagi ke??? Heheheh..... Tapi sebenarnya hadiah berbentuk material nie tak la penting, yang penting adalah kejayaan dalam peperiksaan SPM nanti dan di masa-masa hadapan. Tolong naikkan prestasi keputusan Sejarah ye....

Tuesday, May 19, 2009

Ujian Menaip

Nak tau speed kita menaip??? Cuba ujian di bawah nie...
Mungkin ramai boleh dapat keputusan yang lebih baik dari saya...

Speedtest

Kamu mencapai 212 markah, jadi kamu berada di posisi 16616 dari 75838 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 271 aksara seminit
you mendapat 40 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

Monday, May 18, 2009

Kunjungan Dari Pelajar

Sempena hari guru yang lalu terima sms dari Izzati. Selain mengucapkan hari guru dia juga menyatakan hasrat dia dan kawan-kawan berkunjung ke sekolah. Mereka mahu berjumpa dengan guru-guru selain untuk melihat sekolah.
Dan hari ini dalam pukul 11.00 pagi mereka muncul di bilik guru. Izzati dan kawan-kawannya dari batch 2004 / 2005 dan merupakan kumpulan pelajar ICT kedua di sekolah. Gambar di atas bersama-sama dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar mereka iaitu cikgu BM - Kak Kay, cikgu Matematik - Lin dan cikgu Sejarah.
Nor Izzati sedang melanjutkan pelajaran di UNISEL dalam bidang ICT dan katanya selepas nie nak sambung KPLI sebab nak jadi cikgu, Idzhar Rabieh di UITM Seri Iskandar kalau tak salah dalam bidang Estate Management, Sarah Shahirah di UPSI dengan pengkhususan dalam Geografi dan Pendidikan Moral dan Hazwani lupa pulak dia sedang belajar di mana dan dalam bidang apa (maaf ye Hazwani....).

Perjalanan balik

Selalunya gambar-gambar yang diambil semasa ke mana-mana banyak jugak walaupun kamera tak canggih macam orang lain. Dari dulu berminat untuk beli kamera DSLR tapi tak tau bila boleh beli... Masa KPLI dulu dalam subjek Teknologi Pendidikan ada satu tajuk tentang membuat slide untuk P& P. Slide nie rasanya orang sekarang tak guna dah, sekarang pakai power point je... senangkan... Dalam subjek nie kami digalakkan memiliki kamera SLR, (masa tue digital tak de lagi, nie citer zaman batu....) untuk mengambil gambar. Belajar la serba sikit asas fotografi dari pensyarah. Masa mula-mula beli kamera asyik la ambil gambar sana-sini... tengah excited la kata, tapi lelama teruk jugak nak keluar duit untuk cuci gambar. Jadi akhirnya terhenti hobi mengambil gambar nie. Lagi satu bila ambil gambar, gambar kita tak de dalam tue...
Ok nie gambar-gambar yang diambil semasa dalam perjalanan balik dari Pulau Pangkor. Gambar di Jeti Pulau Pangkor dan dalam feri. Saja je nak letak sini. Tak de nak citer apa-apa tengok je la...












Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Semua kita pernah ada cikgu, pernah ada suka duka dengan cikgu, sebenci-benci kita dengan cikgu kita, tanpa kita sedari mereka banyak berjasa kepada kita pelajarnya. Kepada semua insan bergelar guru atau cikgu diucapkan Selamat Hari Guru! Semoga hidup anda diberkati selalu. Teruskan pekerjaan murni ini dengan ikhlas dan jujur . INSYAALLAH JUTAAN DOA AKAN MELIMPAH KE ATAS DIRIMU!

Friday, May 15, 2009

Di Pangkor

Mulai semalam sampai esok, Sabtu berada di Pulau Pangkor untuk menghadiri satu mesyuarat. Selalu sangat mesyuarat dan kursus diadakan di pulau ini. Sebab tinggal di daerah Manjung jadi bila kata nak ke Pangkor hmmm.... boring la jugak tapi bagi kawan-kawan dari daerah lain memang ternanti-nanti untuk ke sini. Ada yang mengambil kesempatan membawa anak untuk bercuti bersama. Pada mulanya serba salah nak ke Pangkor atau Cameron Highland... Cameron mesyuarat jugak tapi anjuran PPD dan Pangkor anjuran JPN. Last-last ke Pangkor sebab nie mesyuarat kedua selepas ke Pengkalan Hulu bulan lepas. Ke Cameron mesyuarat yang pertama jadi boleh diganti dengan orang lain.
Cuba tengok gambar di atas.... diambil dalam van semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan. Penumpang motor tue tengah pegang satu papan atau siling (tak sure...), kalau la angin bertiup kuat apa jadi agaknya???
Mesyuarat kali nie diadakan di Uptown Beach Resort, Pasir Bogak sebab kononnya ada wifi. Jadi masa register, tanya dan jawapannya... dalam bilik pun ada wifi.... Wah bestnyer boleh bertenet. Sampai bilik cuba.... apa signal pun tak de. Rupanya ada satu kumpulan lagi yang menggunakan wifi dan reuter dialihkan di tempat mereka. Pagi nie mereka dah selesai baru la dapat bertenet setelah ada wifi.
Resort nie terletak dekat dengan pantai. Tapi tak ramai pelancong mungkin sebab hari nie Jumaat. Esok mungkin ramai yang akan memenuhi pantai nie untuk berkelah.