Thursday, April 30, 2009

Selamat Hari Pekerja

Horray!!!! Esok Jumaat cuti sempena dengan Hari Pekerja. Jadi diucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua tak kira la yang bekerja, dan yang tidak bekerja juga, yang sedang mencari kerja, dan yang tak mahu kerja-kerja, terutama sekali pekerja yang makan gaji buta. Hahahah... jangan ada yang terasa plak...


Semoga kita semua lebih akan menjadi produktif, kreatif, inovatif dalam melakukan tugasan dan dilimpahi dengan rezeki yang lebih, naik gaji, naik pangkat, dapat bonus dapat insentif dan sebagainya.

Tadi sebelum balik ada taklimat dengan Pengetua tentang lawatan yang ditunggu-tunggu dari Jemaah Nazir yang kemungkinan akan datang memantau sekolah minggu depan. Menurut Pengetua keje-keje yang telah dilaksanakan dari awal tahun dan dah berbulan-bulan nie... akan dilihat dan dinilai dalam minggu depan nie. Sehari je pemantauan tersebut. So apa lagi kena all out minggu depan, dari semua sudut terutama P & P. Hmmm... memang dah biasa dengan mengajar tapi bila sesekali dipantau peluh dingin tue mesti mengalir jugak... Insyaallah moga apa yang dihajati oleh semua warga SMTSM akan menjadi kenyataan....

Sempena dengan cuti esok apa kata kita baca cite jenaka nie..... Esok kan hari Jumaat...


Nie saya copy and paste je dari email, sebab pengajaran dari cerita ini patut di kongsi bersama cerita pasal harimau beriman boleh???


Kisahnya macam ni,

Ada lah sorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...

KRAKKKK!

Kedua2 kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,

"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman...tolong la ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum!

HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Tiba-tiba....Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin"

Sekian sahaja cite kita ari nie....

6 comments:

Habshah said...

Assalammualaikum,

Selamat hari pekerja, semuga teru rajin bekerja.

Jangan ponteng kerja.

ummi afifah said...

slmt hari pekerja juga.. mmg beriman betul harimau tu...

Nazeri Harun said...

Tn Hj Razak memantau SMK Sungkai Selasa lepas. Semua OK nampaknya. Yang berpeluh dan yang gubra, boss...

siti_m said...

Puan Habshah
salam... iye sama2 la kita...
hehehe
saya tak ponteng...

siti_m said...

ummi afifah
tue la pasal orang pun kadang2 terlupa baca doa makan.....

siti_m said...

Cg Nazeri
Tn Hj Razak yang datang memantau ok la tue... tapi peluh dah kering la ari sekarang... kami nie yang tengah tunggu lagi pemantau tak tau bila nak datang....