Friday, April 10, 2009

Hujan

hujan...
Malam nie hujan turun dengan lebatnya bermula dari pukul 8.55 tadi dan sekarang pun masih lagi hujan. Dah lama hujan tak turun dengan lebatnya di sini. Memang Manjung yang berdekatan dengan pantai selalu panas cuacanya. Sebab tue ada kawan-kawan yang kata (tak tau betul ke tak) air cond memang laku di sini. Mungkin jugak ye sebab bila lalu je di kawasan-kawasan perumahan di sini kebanyakan rumah dipasang dengan air cond, dah macam satu keperluan dan bukannya satu kemewahan.

Syukur la malam nie hujan jadi tak perlu pasang air cond dan jimat duit elektrik malam nie (semalam je jimat ke?) . Tidur awal la malam nie, nak tengok tv pun tak ada siaran, tue la kena bayar, tapi bila hujan je terus tak dapat siaran. Terbantut tengah tengok One in A Million tadi. Tomok tak nyanyi lagi ( tak la minat tapi dalam OIAM dia antara peserta yang menyerlah). Esok kena keje sebab menggantikan cuti bulan September nanti sempena Hari Raya. Akhir-akhir nie banyak pulak keje, datang bertimpa-timpa.

Minggu nie jadi guru bertugas dan hari nie dalam perhimpunan mingguan kena jadi MC. Walaupun dah biasa bercakap dalam kelas tapi bila sesekali bercakap di hadapan ratusan pelajar menggelabah jugak tambahan pulak big boss ada minggu nie. Hahaha... walau bagaimanapun Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Hujan makin lebat pulak. Tido la...

8 comments:

ONE ZABA said...

apa nak diheran hujan... atas gunung ni, tiap hari hujan

Nazeri Harun said...

Hujan tanda cinta tuhan kepada makhluknya di dunia ini.

ppb_ppkp said...

hujan2 syok lena...

ashley said...

Maka beradulah cikgu Siti dalam nyanyian sang kodok di sekeliling rumah ..'eng eooonggg kedeeeekk kedeeek..'yang boleh aku tafsirkan seperti nyanyian lagu Sudirman...'Hujan yang turun bagaikan mutiara..bersinar berkelip bercahaya...'

Syahhhduuu..

siti_m said...

cg ONE ZABA
kat atas gunung sana memang tak heran bila hujan tapi kat manjung nie bila hujan memang syukur sangat2 dan ditunggu2. malam nie tak hujan pun....

siti_m said...

cg nazeri
tue la syukur sangat bila manjung nie hujan

siti_m said...

ppb_ppkb
setuju sangat2...zzzzzz......
boleh bagi add. blog tak? tak boleh nak buka profile...

siti_m said...

ashley
hehehe... semalam memang la awal tidonyer dengan nyanyian sang kodok tapi ari nie kodok tak panggil hujan...