Wednesday, April 22, 2009

Mempelam Harum Manis - Perlis

Harum Manis merupakan buah " trade mark " bagi negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Di makan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri ini, ia juga enak dimakan begitu saja ataupun dinikmati dalam bentuk jus atau jem mempelam. Terdapat beberapa jenis mempelam yang popular di Negeri Perlis iaitu Harum Manis, Sala dan Maha. Tapi yang popular ialah Harum Manis kerana kemanisan dan baunya yang sesuai dengan namanya.
Musim pengeluaran mempelam adalah pada bulan April dan Mei pada tiap - tiap tahun. Boleh diperolehi di Bukit Bintang Sungai Batu Pahat. Keluasan kawasan tanaman mempelam di Bukit Bintang ialah 1,000 ekar dengan kadar pengeluaran hasil sebanyak 300 hingga 500 tan semusim pengeluaran.
Hujung minggu lalu ke Perlis lagi dan masa tue sempat berkunjung ke Pusat Pertanian Bukit Bintang , Bintong di Sungai Batu Pahat. Kalau ke Taman Ular mesti lalu pusat nie.
Pokok kecik je tapi penuh ngan buah.... Tengok la tue satu pokok banyak betul buahnya.
Kawasan dalam ladang harum manis.
Buah-buah harum manis nie di bungkus untuk mengelakkan dari berulat.
Masa di ladang hari tue buah-buah harum manis nie belum lagi dijual, penjualan kepada orang ramai bermula kebesokkan harinya iaitu 20 April. Aiseh.... jadi terpaksa la ke tempat jualan di luar pusat pertanian. Buah-buah mempelam nie adalah buah yang dijual di luar pusat pertanian tersebut. Tengok tue harga dia sekilo RM10.00. Tue untuk buah yang besar.
Harum manis nie perlu diperam dahulu sebelum dimakan kerana belum masak. Yang dalam gambar di atas perlu diperam 4 hari lagi baru boleh makan.
Masa di Pusat Pertanian tempoh hari hanya dapat beli mangga pulut sahaja, nasib baik masa tue mangga pulut dah mula dijual. Mangga pulut di atas harganya RM3.50. Memang sedap, harum dan manis mempelam nie dan pulut yang ditanak pun lembut dan sedap.
Dari ladang harum manis kami ke ladang anggur juga di Sungai Batu Pahat tak jauh dari ladang harum manis. Tapi ladang anggur di sini kecil je, dengarnya ada satu lagi ladang anggur yang lebih besar di Beseri. Betul ke? Tak pasti pulak.
Nampak tak buah-buah anggur yang bergayutan. Banyakkan buahnya...

16 comments:

Habshah said...

Assalammualaikum,

Kalau Ita dah keluar KMK ini bila lagi kami nak ke Kangar?

Take care.

Tukang cerita said...

Aduihhhhh...
kecur air liur dok bayang mangga perlis nih...
:)

kuIna said...

lalu x singgh yer...

tahun nie harum manis x menjdi sangat sbb tu harganya mahal...

sy makn pelam siam aje.. murah, manis cm x harum aja

siti_m said...

Salam Puan Habshah
bila2 pun boleh pegi lagi.. cari je masa
u too take care...

siti_m said...

Tukang cerita
memang best... mangga nie...

siti_m said...

kulna LadyInRed
rumah kat mana? tau di perlis... nanti kalau ke sana lagi saya singgah ke rumah boleh ke?

pelam siam pun dah sedap kan...

ASH said...

Pandai Siti promote NEGERI..
Oghang luag kut pelik sikit kalau makan pelam ngan puluit tapi itulah tradisi oghang peghelih.

Selain makan puluit (yang memang melimpah dari siam) ngan ikan keghing, pelam adalah salah satu cara gabungan yang lemak manis nyum nyum lagi..

tapi kalau sedap tara mana pun, toksah la mulun manyak sangat pelam tu sebab pelam adalah bahan cernaan perut yang sungguh baik..he he he takut tak sempat pi ghumah kecik..

panjang sikit komen...sebab hang dok layork harum maneh manyak sangat tuuu..
smile..NOSTALGIK la harum maneh ni..ish ish ish..

Ummi Nuhlan said...

cayalah.....pereligh memang syiok..mcm2 musim ada..hehehe..
memang tgh giler nak mkn harum manis ni...ahad ni nak pi bukit bintang mkn harum maniss...cayalah...
akak dok area mana??

Cikgu Nort said...

wahhh..best ni kalo makan anggur tu fresh dr pokok...x yah petik,tros nganga mulut je.... huahuahua

Jiemizi said...

hari ni p perlis mei 2013,tu dia aikhh...harga harum manis rm25 skilo ooii...kalah harga durian daa...maneiih dan harummm sgt smpai kedalam perut kot noohh..

Unknown said...

nk tnye msuk ladang tu kene byr ke?

RAHSIAKURUS said...

Pokok harum manis ni kalau selain di perlis x sedap ke,lain ke qualitinya?

aMoR said...

org pergelih ka

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Harumanis mmg manis..patut harganya boleh tahan...

Unknown said...

Harumanis mmg manis..patut harganya boleh tahan...