Friday, April 10, 2009

Bila Guru Mentafsirkan Cinta


GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya


7 comments:

- jinggo - said...

kalau cgu kat hutan macamana pulak.....
cinta adalah macam air yang mengalir..........

za said...

huhu.. cute nye tafsiran cinta dmata guru... nk cedok bwk balik leh??

Habshah said...

Assalammualaikum,

Well those are amazing words decribing cinta. Really splendid views.

siti_m said...

jinggo ada banyak lagi cikgu mata pelajaran yang tak ditafsirkan mungkin boleh tafsir sendiri kot...

siti_m said...

za...
ok cedok je bawak balik mungkin za boleh tambah tafsiran cikgu elektrik dan elektronik ke, cikgu LK dll

siti_m said...

Puan Habshah
maybe u have ur own views on cinta?? care to share??

ashley said...

GURU TADIKA..
cinta ialah suara tangisan kanak kanak yang meraung raung memanggil maknya sebab maknya nak pergi KERJA pepagiiii lagi...
ha ha ha..