Tuesday, April 7, 2009

The Best Roti Canai In Manjung

Wah tajuk bukan main lagi... mesti ada yang tak sokong. Kalau ada yang tak sokong pun, tapi nie la pendapat ramai yang pernah makan roti canai di gerai nie.
Entry kali nie tentang makan-makan. Baru-baru nie sembang-sembang tentang roti canai dengan kawan-kawan di sekolah. Masa tue keluar la tentang gerai roti canai nie yang terletak di tepi sungai, Kampung Sitiawan. Gerai nie hanya jual roti canai biasa dan telur sahaja di samping nasi lemak bungkus dan kuih-muih. Hujung minggu kalau lambat, tentu susah untuk dapat tempat duduk dan nak dapat apa yang diorder pun lambat.
Tu dia roti telur dengan kuahnya. Kuah tue hanya la kuah kari ikan, tak de dal atau sambal. Tapi walaupun simple rasanya tak dapat dilupakan. Roti canai pun lembut dan lemak.
Roti nie kalau makan masa dah sejuk pun masih lagi lembut, tambah makan kat gerai masa panas-panas.... wow... bestnyer.... Pelanggannyer ramai, terdiri dari orang Melayu, dan orang Cina pun ramai. Orang kata kalo Cina pun datang makan jadi memang gerenti sedap la makanan tue... Rasanya hujung minggu nie nak gie makan la roti canai nie. Alamak lapar la pulak.....

7 comments:

hazlin said...

alamak.. terliur la pulak...

ppb_ppkp said...

uissshhh...wallla...terliuqqq laaa

za said...

adeiii, kamu sdg menyeksa perutku....

kuIna Jentayutiara said...

lapar la pulak....

Anonymous said...

Alamak Yam oii, dah pukul 2.00 ptg ni, teman belum makan lagi ni.. Lagu keroncong sudah pun bermula di dalam usus teman oiiii..
..hjnaz

Tukang cerita said...

TQ kak yam...
wat n3 nih...
nanti T.C ngan T.U pi...

siti_m said...

roti canai nie dibuka sampai lebih kurang pukul 12 tengahari cam tue datang la manjung cuba roti nie gerenti best.... hehehehe