Monday, February 2, 2009

Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak

Esok 3 Februari 2009 merupakan cuti umum bagi negeri Perak bersempena dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang ke 25.
Sultan Azlan Shah, yang menaiki takhta pada 3 Feb 1984, merupakan Sultan Perak ke-34 dan antara empat Sultan yang bersemayam di takhta kerajaan mencecah 25 tahun. Mengikut sejarah Kesultanan Perak, Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11 memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 memerintah selama 29 tahun (1887-1916).
Apa nak buat esok? Cadangnya nak ke Kuala Kangsar, sempena sambutan nie tengok apa yang ada kat sana dan sambil tue boleh makan laksa dan cendol kuala kat tepi Sungai Perak tue...
Kalau plan jadi nanti akan diblogkan.

8 comments:

Habshah said...

Assalammualaikum,

Seronoknya. Baru satu hari sekolah, cuti balik sehari.

siti_m said...

w'salam kak basah
memang seronok... minggu depan hari isnin pulak cuti

Hazlin Nazri said...

aku cuti lama....

Unknown said...

Disebabkan teman orang perak : teman pun bangga bebenor walaupun MB agak gawat sikit

bior deme selese masalah deme - tang bab laksa tu - rasanya cgu boleh join pengacara TV3 tu...

senang moh ketempat teman di teluk anson - ada mee rebuih mastan ghandi....tolong promosi sikit...

Anonymous said...

Teman pun orang Taipeng.
Jom promote makanan ais cendol bismillah.....Bessst.

Tapi shahdu tengok kan gambaq kat perlis tu

siti_m said...

lin jangan cuti lama sangat nanti sapa nak sama2 riuhkan bilik guru... hehehe....

siti_m said...

jinggo sebagai orang perak memang kita boleh berbangga dengan sultan kita... tapi politik perak nie entah la akhir2 nie macam2.... tunggu dan lihat je ler
saya tengah tunggu maria tunku sabri berenti jadi pengacara jalan2 cari makan nak take over tempat dia hehehe...
mee rebus mastan ghani saya dah pernah makan masa pegi teluk anson nanti la jalan2 cari makan ke sana pulak

siti_m said...

anonymous
terima kasih org tepen masuk bagi sokongan. haaa... tue la cendol bismillah kat taiping memang best.. ari tue lupa nama apa..