Tuesday, February 10, 2009

Kerja... kerja... kerja...

Pernah fikir tak macam mana keadaan kita bila ke tempat kerja??? Kadang-kadang kita ke tempat kerja dalam keadaan seronok dan gembira, malas, rasa terpaksa, tergesa-gesa (bila lambat bangun la) dan macam-macam lagi keadaan kita.
Ingat lagi pesan abah bila mula-mula start kerja... Abah kata setiap kali nak ke tempat kerja niat bahawa kerja kerana Allah s.w.t supaya dapat berkat dan abah pesan jugak mula melangkah dengan kaki kanan (ada banyak lagi pesanan tapi dua nie la yang utama). Bila ingat... buat la tapi bila nak cepat dan terlupa alamat memang tak buat semua pesanan tue.

Nie ada panduan dan peringatan untuk kita semua semoga kita akan lebih bermotivasi untuk ke tempat kerja dan dapat melakukan kerja dengan jujur dan ikhlas, dan bukan hanya menunggu 25 hb sahaja...

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita dapat ganjaran kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih…

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…

Nie dipetik dari email yang diforwardkan ke mail box saya oleh seorang teman dan rasa bagus untuk dikongsi bersama selain dari peringatan untuk diri sendiri.

4 comments:

Habshah said...

Assalammualaikum,

Sebenarnya kita kerja ni kena ikhlas supaya duit gaji yang kita bawa balik ke rumah itu berkat. anak kita sihat, belajar pandai dan hati pun tak runsing. Itu selalu abang Paizin cakap dekat aku. Kerja sampai puas sebelum kami pencen nanti. kalau dah pencen nanti baru teringat 'kenapa aku tak kerja betul-betul dulu'. Baru menyesal.
Thanks

siti_m said...

W'salam Kak cah
tau ko ngan abg paizin memang rajin sangat2 keje, memang respek la... tak terikut aku....
ikhlas dan keberkatan masa kerja tue tak dapat dinafikan tue la yang kita cari...

ASH said...

Siti,
kalau my hubby malas gi kerja, akak ingatkan dia anak anak dia yang berderet tuuu..

kalau akak pula malas gi kerja, akak bayangkan lambaian Kaabah..smile..( sebabnya duit Tabung Haji masih tak cukup cukup lagi untuk tunaikan rukun Islam yang terakhir tuuuu..Tak nak mati tanpa tertunai Rukun Islam!)

psssttt..
apasal la kalau dengar lagu Arab kat background ni hati jadi sayuuuuu sangat? walaupun tak faham?

siti_m said...

ashley..
akak saya pun tak faham lagu tue tapi first time dengar terus suka tue yang letak kat sini