Tuesday, February 3, 2009

Galeri Sultan Azlan Shah


Hari ini seluruh negeri Perak cuti bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34. Semalam rancang dengan Azalilah untuk ke Kuala Kangsar dan kebetulan dia belum pernah ke Bandar Diraja ini. Jadi destinasi pertama di bandar ini adalah ke Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Disebabkan hari ini ulang tahun ke 25 pemerintahan Sultan Azlan Shah maka kemasukkan ke dalam galeri pada hari ini adalah percuma. Kalau tidak pelawat dewasa dikenakan bayaran RM4.00 dan kanak-kanak RM2.00.

Galeri ini dulu dikenali dengan nama Istana Ulu atau Istana Kota yang telah dibina pada 1903. Sultan Idris I mula bersemayam di istana ini pada tahun 1903.

Istana ini telah dibaik pulih sempena seratus tahun pembinaannya pada tahun 2003. Kini istana ini dikenali sebagai Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini terbahagi kepada dua tingkat yang di bahagikan kepada beberapa bahagian seperti tentang keluarga sultan, zaman persekolahan, anugerah darjah kebesaran, barang kemas dan pingat, koleksi persendirian, kegiatan baginda dalam sukan, perundangan, koleksi permaisuri, sebagai Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Gambar tak dibenarkan diambil di bahagian dalam galeri jadi tak ada la gambar-gambarnya.

Gambar atas ini adalah bahagian galeri kereta di sebelah kiri dan kanan adalah galeri cenderamata yang diterima oleh baginda.

Ini di bahagian depan galeri dan gambar-gambar di atas adalah gambar di sekitar galeri.

3 comments:

hazlin said...

tak makan laksa ke?

Habshah said...

Assalammualaikum,

Makanlah laksanya. Memang sedap.

Thanks

siti_m said...

lin dan pn habshah
makannnn... dah sampai kuala kan