Hari nie cuti jadi masa banyak dihabiskan depan komputer nie sambil baca berita-berita hangat yang berlaku di sini sana. Macam-macam cerita dengan pelbagai versi mengikut pandangan masing-masing. Komen??? Telah dinasihatkan supaya jangan ada unsur-unsur tersebut semasa berblog..... jadi baca je la pendapat dan komen orang.....
Dalam lebih kurang pukul 6.5o petang tadi tiba-tiba ada orang bagi salam... Aik... sapa pulak yang datang dah nak Maghrib nie... rupa-rupanya orang dari Jabatan Kesihatan datang untuk tengok ada tak tempat pembiakan nyamuk (alamak kebetulan ada pokok kiambang kat depan rumah dah suspen..... takut jugak kena saman, jenuh jugak diaorang tengok-tengok pasu tue dan tengok ada tak jentik-jentik... huuuuu nasib baik dia orang bukannya datang nak saman.... legaaa...) selain memberitahu sebentar lagi mereka akan melakukan fogging sebab jiran belakang rumah ada yang kena demam denggi.
Lepas dia orang pergi terus buang air dalam pasu tue. Kena cari masa untuk kemas laman depan rumah.... Ok nie sedikit info tentang demam denggi dan nyamuk aedes sebagai panduan kita semua. Kawasan saya Manjung memang antara kawasan yang tinggi kadar mereka yang mengidap demam denggi.
Dalam perubatan moden, demam denggi merujuk kepada sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) yang dibawa oleh sejenis nyamuk. Individu yang sihat cenderung menghidap penyakit ini menerusi gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi.
Penyakit ini berlaku di kebanyakan negara tropikal. Lebih daripada separuh ahli WHO yang merangkumi jumlah seramai 2000 juta orang dibimbangi terdedah kepada denggi. Infeksi denggi mungkin berupa i) Asymptomatic atau i) Symptomatic, yang mungkin membawa kepada jenis demam denggi tertentu.
Jenis-jenis demam denggi
Antara jenis demam yang kerapkali disebut-sebut ialah:
* Demam tanpa mengalami sebarang gejala
* Denggi klasik (Classical Dengue fever), pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit
* Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic fever without shock), gejalanya adalah sama dengan denggi klasik tetapi terdapat juga pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut dan dubur, muntah darah dan berak berdarah
* Demam denggi berdarah beserta sindrom kejutan denggi (Dengue Haemorrhagic fever with shock). Pesakit mengalami gejala yang sama seperti demam denggi berdarah tetapi disertai dengan kaki dan tangan menjadi sejuk, bibir biru, pucat, gelisah, lesu dan mengantuk.
Kawasan denggi
Penyakit ini sangat berbahaya kerana perubatan moden masih tiada ubat terbaik untuk merawatnya ketika ini,. Jika sakit ini berlanjutan ia boleh membawa maut.
MENCEGAH
Mencegah ialah cara paling berkesan untuk menjauhkan penyakit ini. Hal ini dilakukan dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes. Untuk tujuan itu, kita perlu mengenali nyamuk yang menyebabkan denggi.
Berikut ialah panduan untuk mengenalpasti nyamuk aedes:
· Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki.
· Aedes lazimnya menggigit pada awal pagi dan di awal senja.
· Ia membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam ataupun di luar rumah, dan
· Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.
Tempat nyamuk aedes membiak pula ialah:
· Dalam kolah bilik mandi.
· Dalam tempayan.
· Pada pengalas pasu bunga.
· Di dalam tangki septik.
· Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.
· Di dalam tayar buruk.
· Tong atau deram berisi air.
· Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.
· Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.
· Di atas genting rumah.
· Di dalam buluh yang terbelah.
Nyamuk aedes
4 comments:
Assalammualaikum,
Kak cah pernah kena demam denggi ni. Tak lalu makan tapi rasa kebuluran yang amat sangat. Jaga diri baik-baik. I love you.
Thanks
W'salam Kak Cah..
u too take care.. love u too...
saya pernah kena denggi - masa minggu pertama di kem PLKN Air Tawar - Manjung.
Ngeri pengalaman tu.
itu kali pertama masuk hospital dalam tempoh yang lama...
dan terima kasih kerana info menarik....
jinggo
tempat saya nie manjung, memang ramai kena demam denggi dan fogging bole dikatakan selalu dilakukan oleh Jab. Kesihatan. ada yang kata bela burung layang-layang antara punca jugak. dah lama ke kena demam denggi tue?
Post a Comment