Sunday, February 8, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Penat membaca dan mengikuti blog-blog dan website yang menceritakan tentang keadaan politik di Perak sampai blog sendiri tidak dijenguk. Hari Isnin cuti kerana Thaipusam dan plan untuk jalan pun tak jadi maka duduk rumah saja dan nak buat apa ye??? Kemas-kemas rumah dan tengok blog warisku minangrawa dan ummi afifah ada entry tentang masakan. Jadi nak jugak la.... walaupun.... hehehe....
Saja la sebab Lin dan Azreen rajin letak entry masak-memasak jadi nak letak jugak la bole? Ok semalam Sabtu saja-saja main masak-masak, jadi masak capati makan dengan kuah kacang panjang dan telur. Nak kata berkuah tak la sebab ia kering. Masak capati nie saja sebab nak cuba kuali baru yang beli kat Kuala Kangsar ari tue.
Hari nie pulak masak yang simple je sup tulang dengan kuey teow. Ajak Maznah untuk makan sekali. Ok la tue. Esok kalau rajin nak masak lasagna pulak.

6 comments:

Habshah said...

Assalammualaikum,

Sijil SPM yang betul untuk tahun 2007, dah adakan? Nanti bila pula hendak pergi Manjung lagi? Weekend pun sibuk menyebuk yang tak pernah reda.

Terimakasih

siti_m said...

tak sure dah ada ke tak nanti tanya office

Hazlin Nazri said...

wah capati dan kueyteow.. dua-dua ku suka... makan selagi boleh dimakan..

siti_m said...

lin
kadang2 tak boleh makan pun makan jugak...

ummi afifah said...

ehmm..koteaw supp pun sodap gak...

siti_m said...

boleh la ummi afifah... maznah kata ok sedap hehehe...