Saturday, January 31, 2009

Makan-makan

Hari nie nak buat entry tentang jalan-jalan cari makan masa ke Perlis di awal cuti Tahun Baru Cina. Nie kira entry yang dah berusia seminggu sebab ke Perlis pada hari Sabtu 24 Januari 2009 selepas Kursus Peningkatan Profesionalisme di sekolah. Kali nie ke Perlis dengan adik so ada la kawan sembang dan jalan memang jammed terutama bila masuk Penang kebetulan ada accident di Bukit Tambun tapi alhamdulillah kereta jalan walaupun perlahan.


Bila sampai di Napoh, Kedah tempat makan nie memang famous bagi orang di kawasan utara Kedah. Ha... nie dia Jo Cendol.... yang pernah belajar kat UUM mesti familiar ngan kedai makan nie. Terkenal dengan cendol pulut dan mee rebus, tapi ada banyak lagi menu di sini. Gambar atas tue cendolnya tapi bagi saya dan adik, cendol kat Taiping lagi sedap (orang Taiping mesti la puji... sori orang Kedah). Kedai yang dekat dengan SMK St George tue..... lupa nama apa kedai tue... nanti la balik Taiping tengok balik.


Ok belah kiri Mee Rebus dan kanan tu Moi Sup. Famous jugak kat sini. Kata Mazlinawati yang dah tinggal di Changloon Laksa dan Cucur Udang dia sedap, tapi tak try lagi dua hidangan tue.


Pagi hari Ahad tue kami breakfast di Arau kat Mek Siti Kantin KTMB Arau. Abah kata Nasi Dagang dia sedap jadi ke sana untuk sarapan.
Nie gambar abah ngan Abang Nan lepas selesai makan sarapan. Senyum je... sebab dah kenyang.
Masa tengah makan tue keretapi dari Bangkok berhenti di Arau untuk mengambil penumpang ke Butterworth. Menurut kata pemandu keretapi yang minum di kantin tue jugak perjalanan ke Bangkok dari Butterworth ada dua kali sehari. Lama dah tak naik keretapi.....

Nie dia Nasi Dagang dan Nasi Kerabu yang terkenal kat kantin Mek Siti. Ada jugak hidangan lain seperti nasi lemak dan lain-lain. Rasa dia tak la original macam kat Pantai Timur tapi ok la ....

Petang tue jalan-jalan ke Padang Besar, orang punya la ramai dan harga barang pun mahal dari biasa. Balik tue saya dan adik singgah kat Azlienas Cafe untuk minum petang. Menarik jugak tempat nie sebab ada pondok-pondok kecil yang dibuat dari buluh tempat menjamu selera selain ada wifi. Saya cuba hidangan yang terkenal di situ iaitu Mee Rebus Tulang dan adik makan Kuey Teow Goreng.


Malam tu adik kata dia nak belanja abah dan kakak dia makan di Putra Palace, Kangar. Ok je... hehehe... Kami pergi ke Bendang Coffee House. Masa tu ada buffet steamboat tapi sebab hanya saya je nak steamboat jadi dia kata tak boleh nak sediakan. Tak pe la makan je la ala carte. Abah order Sup Ekor Lembu, rasa pelik pulak bila Sup Ekor bubuh taugeh. Saya pula order Nasi Goreng Nenas.


Adik pula makan Pan Fried Salmon. Ok saja je nak buat entry tentang makan-makan mana tau nanti sesiapa yang ke sana boleh cuba. Cuti seminggu nie tak ke mana pun cuma ke Perlis dan balik ke Taiping sekejap. Hari Isnin nie dah sekolah balik.

Friday, January 30, 2009

Seni atau Membazir

Kalau ke Perlis nie la satu perkara atau keistimewaan yang mungkin tidak ada di negeri-negeri lain. Maaf la kalo kat negeri lain pun ada.., sebab mungkin saya tak sampai lagi atau tak perasan. Flyover atau jambatan di jalan-jalan kat Perlis nie kebanyakkannya dicat atau diwarnakan dan seperti dalam gambar di atas di bawah flyover tue dilukis dengan gambar buah mempelam. Perliskan terkenal dengan buah mempelam harum manis. Lukisan di atas diambil di flyover dekat Pauh. Simpang ke Arau pun ada lukisan pemandangan dan peta Perlis tapi tak ambik gambar sebab masa lalu tue dah gelap.
Di hujung flyover tue dicat dengan pelbagai warna.
Ok nie gambar di bawah flyover tue. Lukisan mempelam tue sebab di bawah jambatan jadi boleh tahan lama kot sebab terlindung dari matahari. Tapi entah la.... memang cantik tapi rasa macam membazir je. Ke aku je yang rasa macam tue???

Thursday, January 29, 2009

Accident

Alhamdulillah bukan la accident langgar apa sangat cuma langgar pokok di atas nie... Tajuk bukan main lagi kan. Nasib baik langgar pokok kecik je.... Tapi siap rasa macam nak gugur jantung bila reverse kereta tiba-tiba BEDEBUKKK.... masa tue siap kata habis la kete aku.... dan dah bayangkan macam-macam..... cepat-cepat keluar kereta walaupun ketika itu hujan lebat sangat untuk tengok apa yang terjadi...
Nie kesan pada kete, kemek kat bumper. Alhamdulillah sikit je. Masa kejadian tue hujan lebat sangat dan tengah reverse kereta. Cermin belakang tak nampak apa pun, dan memang sensor berbunyi, suruh adik tengok ada apa kat belakang??? sebab saya tengok macam tak de apa-apa, adik pun kata ok tak de kete, tapi rupanyer ada pokok pinang nan sebatang nie. Alahai apa lagi terlanggar pokok nie.
Sedih gak tapi nak buat macam mana dah salah sendiri.. Hmmmmm.....

Talian Internet Dah OK

Balik dari Perlis ingat nak terus berblog dan banyak jugak entry yang nak letak di sini..... tapi tu la talian internet pulak ada masalah. Mula-mula ingatkan modem atau komputer yang problem (nak keluar duit la pulak...), so terus talipon TM di talian 100, tapi dua hari lepas tue TM call balik dan bagi tau memang ada problem talian streamyx kat sini dan dia kata ada lebih kurang 36 aduan tentang talian internet yang bermasalah dan masalah akan cuba diatasi sebelum 31 Januari.
Alhamduilillah hari nie cuba on kan modem dan try connect boleh la pulak.... YAHOOOOO.... streamyx dah ok....

Friday, January 23, 2009

Sambutan Hari Lahir Anjuran KGKT

Seperti tahun lepas, AJK Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMTSM tahun 2009 telah meneruskan tradisi dengan mengadakan sambutan hari lahir untuk guru-guru yang lahir pada bulan Januari. Saya juga salah seorang dari mereka yang lahir di bulan ini, maka kami telah dihadiahkan dengan kad hari lahir yang disampaikan oleh Puan Pengetua Kanan selepas perhimpunan mingguan sekolah. Terima kasih atas ingatan.
Seterusnya di kantin sekolah diadakan jamuan untuk semua guru dan kakitangan sekolah iaitu kuih dan air. Kuih cara berlauk, pulut seri kaya dan air teh tue adalah disponsor oleh KGKT sempena dengan sambutan hari lahir bulan Januari. Dengar-dengar bulan-bulan yang lain, lain pula menunya....
Terima kasih yee...

Lunch di Old Town White Coffee

Balik dari sekolah hari nie terus ke Giant untuk beli beberapa barang keperluan yang dah nak habis selain dari menambahkan stok barang-barang. Tau kan gula dengarnya lepas Tahun Baru Cina nie nak naik harga, jadi walaupun jarang guna gula tapi beli la untuk kegunaan mana tau nanti kalau rajin nak buat kuih atau puding..... hehehe rajin kee???? Masa nak gie Giant tu nampak la Old Town White Coffee nie dah buka, jadi lepas balik dari shopping terus gie makan di sini. Tambah lagi satu kopitiam di Manjung nie. Dulu ada City Kopitiam dan Manjung Kopitiam, sekarang wah.... Old Town dah mari....

Kebetulan dah pukul satu terus lunch di sini. Jadi untuk kali ini (macam akan datang lagi dan lagi nie hehehe....) makan signature dish Old Town nie White Coffee dan Curry Mee. Fokus dekat sikit mee kari tue..
Haa... nie dia. Rasa ok la sedap dah pernah makan mee nie di cawangan Old Town yang lain dan rasa tak beza. Boleh makan lagi tapi lepas nie try yang lain pulak.
Lepas makan mee order pulak Kaya and Butter Toast nie. Memang kenyang la hari nie..... Alhamdulillah...

Tuesday, January 20, 2009

10 Peringatan Bumi Kepada Isinya

Jumpa peringatan nie masa jengok-jengok, jalan-jalan, tengok blog dan website. Letak sini sebab rasanya bagus untuk peringatan pada diri terutamanya dan kongsi dengan kawan-kawan yang mungkin sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.
Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r.a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Monday, January 19, 2009

I Believe

I believe
-that our background and circumstances may have influenced who we are, but we are responsible for who we become.
I believe
-that no matter how good a friend is, they're going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.
I believe
-that true friendship continues to grow, even over the longestdistance. Same goes for true love. I believe
-that it's taking me a long time to become the person I want to be.
I believe
-that you should always leave loved ones with loving words. It may be the last time you see them.
I believe
-that you can keep going, long after you can't.
I believe
-that we are responsible for what we do, no matter how we feel.
I believe
-that either you control your attitude or it controls you.
I believe
-that heroes are the people who do what has to be done when it needs to be done, regardless of the consequences.
I believe
-that money is a lousy way of keeping score.
I believe
-that my best friend and I can do anything or nothing and have the best time.
I believe
-that sometimes the people you expect to kick you when you're down, will be the ones to help you get back up.
I believe
-that sometimes when I'm angry I have the right to be angry, but that doesn't give me the right to be cruel.
I believe
-that maturity has more to do with what types of experiences you've had and what you've learned from them and less to do with how many birthdays you've celebrated.
I believe
-that it isn't always enough to be forgiven by others. Sometimes you have to learn to forgive yourself.
I believe
-that no matter how bad your heart is broken the world doesn't stop for your grief.
I believe
-that just because two people argue, it doesn't mean they don't love each other. And just because they don't argue, it doesn't mean they do.
I believe
-that you shouldn't be so eager to find out a secret. It could change your life forever.
I believe
-that two people can look at the exact same thing and see something totally different.
I believe
-that your life can be changed in a matter of hours by people who don't even know you.
I believe
-that even when you think you have no more to give, when a friend cries out to you, you will find the strength to help.
I believe
-that credentials on the wall do not make you a decent human being.
I believe
-that the people you care about most in life are taken from you too soon.

Sunday, January 18, 2009

Emak

Gambar ini diambil di sekitar bulan Mac tahun 2003. Dan bila tengok dalam laptop gambar digital emak dan abah ada yang ini sahaja.
Hari ini 18 Januari 2009, genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami. Sekejap je dah 5 tahun rupanya. Masih lagi terngiang-ngiang suara emak di telinga ini. Apa tah lagi ketika di hari terakhir bersama emak di hospital. Masih lagi teringat panggilan talipon dari adik mengatakan emak jatuh di bilik air. Ketika itu saya dan rakan-rakan di Bidor dalam perjalanan balik ke Manjung dari Tanjung Malim. Hanya Allah je yang tahu betapa risaunya sepanjang perjalanan balik ke Taiping ketika itu. Terus ke Hospital Taiping dan malam itu saya sempat menjaga emak di hospital. Esok pagi balik ke rumah untuk mandi dan masak, dan ketika itulah dapat panggilan dari hospital mengatakan emak dalam keadaan nazak.
Tergesa-gesa kami iaitu abah, adik dan saya ke hospital untuk melihat emak dan ketika sampai di sana emak dipindahkan ke wad ICU. Terus adik-beradik yang lain dihubungi. Seperti tidak percaya pagi itu adalah kali terakhir saya dapat berbual-bual dengan emak walaupun saya yang banyak berkata-kata, dan masih teringat lagi renungan mata emak ketika saya minta izin untuk balik dan berjanji akan datang tengahari itu. Malam itu lebih kurang pukul 8.00 malam emak pergi meninggalkan kami semua. Seperti tidak percaya kerana sebelum itu pun emak pernah sakit dan masuk hospital.
Kami anak-anakmu akan sentiasa merinduimu. Semoga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah...

Friday, January 16, 2009

Maaf dan Marah


Maaf itu penghujung sabar.
Marah pulak pelengkap benci.
Namun akan padamkah satu titik hitam dihati jika maaf dan marah menjadi dendangan lidah yang tak bertulang?
Akan tenangkah perasaan kalau sabar dan benci pemula gerak bibir untuk melahir kata-kata? Biar sekali dalam kehidupan memohon maaf asal nilainya sepanjang nyawa….

Thursday, January 15, 2009

Kenapa???

Semasa jalan-jalan di beberapa kompleks membeli-belah semasa cuti sekolah yang lepas, sempat ambil gambar hiasan yang dibuat oleh kompleks tersebut sempena perayaan Krismas. Bagi mereka yang tak tahu tentang Malaysia, mungkin mereka akan beranggapan Krismas satu sambutan yang utama dan diadakan secara besar-besaran bila melihat hiasan-hiasan tersebut. Gambar di atas diambil di Ikano.
Nie pula berhadapan dengan pintu masuk Cineleisure atau antara Cineleisure dan The Curve.
Di dalam The Curve hiasan pokok-pokok Krismas memang cantik dari kecil sampai la yang besar, memang kreatif.
Kalau di The Curve pokok Krismasnya hijau, di One Utama pulak, pokoknya dari lampu-lampu.
Shopping complex yang lain tak tau la pulak macam mana hiasannya, tapi mesti masing-masing berlumba-lumba untuk menghias premis masing-masing. Mungkin ada yang kata Krismas dah lama lepas tapi tue la ada persoalan yang bermain dalam fikiran... Yang menjadi tanda tanya kenapa semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri hiasan di kompleks membeli belah tersebut tidak semeriah ini???

Wednesday, January 14, 2009

Bila Penyakit "M" Melanda

Entah kenapa tak ada idea untuk tulis apa-apa di sini. Bukan tak de cerita, bukan juga kerana dah give up tapi lebih pada datangnya penyakit "M" iye... malas. Setiap kali buka komputer dan "sign in" untuk new entry tiba-tiba je tak tau nak tulis apa dan perasaan malas melanda. Terus tutup balik komputer dan tengok tv atau terus pergi tidur. Hmmm... Malam nie hujan, suasana agak dingin, nak tengok tv siaran terganggu akibat hujan jadi... tulis la sikit coretan di sini walaupun tak de idea.
Awal tahun memang banyak kerja yang perlu disiapkan, tapi itu juga bukan sebabnya.
Rasa nak je berehat-rehat dan relax di atas gunung yang indah macam gambar kat bawah nie. Takkan tak cukup cuti lagi???

Wednesday, January 7, 2009

Sunday, January 4, 2009

Hati-hati Guna Eskalator

Kenapa lak tunjuk gambar selipar kena gigit anjing??? Oppss... selipar nie bukan kena gigit anjing tapi digigit dek eskalator.
Cuti baru-baru nie, jalan-jalan di beberapa shopping complex kat Mutiara Damansara dan di Cineleisure nie la selipar yang adik pakai digigit oleh eskalator. Dia marah sangat sebab selipar nie baru beli seminggu je. Tak pe la nasib baik kasut je rosak dan bukannya jari-jari kaki. Kejadiaan nie berlaku ketika menaiki eskalator di tempat tersebut
Selama nie ingatkan naik eskalator nie selamat tapi bila tengok selipar adik tersangkut di eskalator tue jadi kena beringat lain kali. Jadi penting untuk kita berhati-hati ketika menggunakan eskalator terutama bagi kaum wanita dan kanak-kanak. Kain baju kurung tu elok dipegang ketika nak sampai di tingkat yang di tuju. Ini untuk mengelakkan kain atau kasut kita masuk atau tersangkut ke dalam tangga eskalator yang sedang berpusing tue. Kalau tersangkut, kan haru. Saja tunjuk gambar nie sebagai ingatan kepada kita semua, sebab dalam selamat sesuatu benda tu ada bahayanya, HATI-HATI.