Thursday, September 3, 2009

Kalau Tak Ada Bonus???

Salam semua... Dalam seminggu nie dalam akhbar banyak menyiarkan tentang harapan pekerja sektor awam agar dikurniakan bonus menjelang hari raya Aidil Fitri ini. Apa kata bonus tidak diberikan??? Apa yang anda akan lakukan???



Tue dia.... Cutekan gambar bebudak di atas tue menangis sampai keluar hingus lagi... Kita yang dah berusia nie takkan nak menangis kot. Pada pendapat saya, bonus elok la diberi di akhir tahun nanti untuk persiapan menjelang sesi persekolahan. Masa tue nak beli buku, baju sekolah, kasut sekolah dan barangan persekolahan. Mungkin ada yang tak sokong tapi hari raya tak semestinya semua kena baru mungkin kalau ada yang boleh digunakan lagi, kita gunakan, jangan membazir. Berhari raya ikut kemampuan kita.

8 comments:

Tukang cerita said...

kalau tak de bonus, pakai jer lah 'baju sekolah' tuk beraya....
:)
~org kg, tak tgk lagi kan?

TAAVEEKUN PERAK said...

salam ziarah,
apakhabar?
ETIKA TELEPON>utk renungan u

I dapat lawak talipon dalam e-mel. Mungkin ini cara nak kenakan pemanggil yang tidak tahu etika talipon:

1. Pemanggil: Helo, May I speak to bedah please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.

2. Pemanggil: Helo, siapa disana?
Jawapan: Entah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Pemanggil: Helo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.

4. Pemanggil: Helo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maaf cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur, tolak, kali dan bagi.

5. Pemanggil: Helo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak tak ada rumah. Bapak ada. Pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Pemanggil: Helo, saya bercakap dengan Siti?
Jawapan: Maap, nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye ... time kacih.

8. Pemanggil: Helo, tolong panggilkan Samad. Saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maaf.

9. Pemanggil: Heloooo ...
Jawapan: Helo. Pusat sakit mental di sini. Anda ingin mendaftar?

10. Pemanggil: Helo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maaf. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Pemanggil: Helo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Pemanggil: Assalammualaikum...
Jawapan: Waalaikummussalam ...(tupp!..terus letak tepon. Hanya untuk wajib jawab)

jgn marah k.saja seronok2 nak share dgn u.tq

Unknown said...

cgu lagi satu
tak dapat bonus..
potong kepala lembu...arak ke kementerian..
ha..ha...
yg lain boleh jual - dah nak raya ni

Brahim Nyior said...

Harap-harap ada, biar lah hujung tahun pun, takpe. Sebab kalu dapat semasa raya, abih juga...

Rasa-rasanya ada... (harapan je tu..)

ASH said...

Alaaa..orang datang rumah keluarkan kerepek jer..kuih raya tu sekadar buat jamu mata. Bukannye makan pun.

ONE ZABA said...

tak ada...buat cara tak ada. nangis dalam hati je...uhuuu!!

ummi afifah said...

ukur baju di badan sendiri la...
takut bkm habis bln baju dah tak de..he..hee

Anonymous said...

Salam.....

Nangis sampe....keluar hingus + taik hidung....*****#####?????

Tak dapek nak bayangkan.....