Thursday, August 13, 2009

Pemergian Ustaz Asri

Salam semua....
Kita dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Asri vokalis utama kumpulan Rabbani pagi tadi. Kumpulan Rabbani pernah datang ke sekolah untuk satu program motivasi bersama pelajar dan seterusnya mengadakan konsert di dewan sekolah (ceritanya ada disini). Malam tue Ustaz Asri begitu ramah dan sentiasa tersenyum melayan karenah pelajar-pelajar dan tak kurang cikgu-cikgu untuk bergambar. Semoga Allah mecucuri rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah..
Gambar nie semasa kumpulan Rabbani berehat di belakang pentas.
Cikgu dan pelajar ke belakang pentas untuk bergambar...
Pergi Tak Kembali
Artist: Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Semasa persembahan berjalan dan lambaian di bawah nie adalah semasa lagu nasyid terakhir dinyanyikan.

10 comments:

anahsak said...

terasa...kehilangan kelunakan suara yang banyak memberi keinsafan....semoga perjuangan beliau diredhai ALLAH SWT. Al fatihah...

Brahimnyior said...

Cikgu Siti, tak siapa dapat memahami ketentuan Allah, kerana sebagai makhluk kita harus redho dengan takdirnya.

Saya sering mendengar suara Ustaz Asri di IKIM.FM. Selagi mana suaranya berkumandang mengajak kebaikan, selagi itulah pahalanya berterusan.

Kita doakan yang terbaik untuknya.

Persoalannya, dia sudah pun pergi tak kembali, kita pula, bagaimana? Dah sedia?

Jika difikirkan, takut pun ada. Saya tak punya bekalan yang banyak untuk 'ke sana'..

Tukang cerita said...

Sangat terasa kehilangan nya...
~dolu2, masa praktikal kat mahkamah klang, kebetulan abang us.asri ni, jadi hakim disitu...selalu jugaklah dia cerita pasal telatah ustaz asri ni masa dorang kecik2 dulu...lucu!!!~

siti_m said...

anahsak
semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Al Fatihah

siti_m said...

Brahimnyior
bila fikir tentang giliran kita pula memang takut... persediaan kita belum tentu cukup sebagai bekalan... walau apa pun, ketentuanNya hanya Dia sahaja yang tahu...

siti_m said...

Tukang Cerita
semua tinggal kenangan kan... semoga roh beliau dicucuri rahmat Al Fatihah

ummi afifah said...

smg roh beliau bersama org yg disayangi Allah.. terkilan hr tu x sempat tgk konsert dia kat skolah

Anonymous said...

saya penah ke satu kursus masa saya berkhidmat di pj dulu. salah satu sessinya ialah menginsafi diri dan didalam satu bilik yg gelap, dihadapan kami di letak kan mock up mayat yg dikafankan dan kami masuk ke dalam bilik dalam keadaan mata tertutup. bila mata dibuka - lagu itu dipasangkan, sangat terkesannya lagu itu -mrak

siti_m said...

ummi affifah
sama2 la kita sedekah al Fatihah kepada beliau

siti_m said...

mrak
semoga kita sama2 menginsafi diri dan saling ingat mengingati ke arah kebaikan. lagu tue memang sangat2 mengesankan....